♥ Our Special Moments ♥

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Jumaat, 29 Jun 2012

Perjalanan Cerita


Salam

 Aih, kenapa la ni kan? Lambat benar nak letak post terbaru. Kadang-kadang rasa bersalah pula bila tengok pelawat kat blog ni sentiasa ada. tapi bila sudah tak kemas kini seminggu, masih ada yang sudi menjenguk.

 Ramai sebenarnya yang emel bertanyakan tentang kandungan saya. Mungkin kerana saya jarang-jarang meletakkan cerita tentang perjalanan saya dalam blog ini. Entah, kurang pasti daripada mana nak dimulakan sebenarnya.maka rasanya boleh kot saya kongsikan serba sedikit perjalanan sepanjang tempoh mengandung saya secara ringkas.
 


1. Mengidam

Alhamdulillah, saya tiada mengidam yang bukan-bukan, semua boleh dicari, cuma bezanya, ada apa yang saya idamkan, diluar musim. Ada juga yang hati saya beria-ria untuk masak sendiri, tak ingin yang dibeli. Perkara pertama saya mengidam adalah sambal telur hancur. Kemudian nasi lemak paru kakak jiran sebelah rumah saya ni. Kuew teow basah dan juga mee jawa,terpaksa masak sendiri dan mencari resepinya. Tak lupa pada cempedak goreng,terpaksalah Mr Husband cari cempedak di pasar2 berdekatan rumah.

Tapi antara yang paling pelik saya mengidam, bila saya mengidam nak makan kelupis nenek saya. Di semenanjung memang tak ada kelupis ni,dan ia hanya boleh di dapati di sabah saja. Saya akui sampai sekarang saya masih belum dapat lagi makan kelupis nenek.


Mr Husband pun kena tempias mengidam saya. Dia mengidam coklat moist dan kastard jagung. Ia bukan sesuatu yang susah di masak tapi leceh untuk di buat tapi Mr Husband ngidam sangat sangat.



2. Alahan & Peel (morning sicknes)

Masa awal-awal mengandung, saya amat suka tidur petang. Saya hadapi mabuk yang teramat teruk,hinggakan 3bulan saya tidak turun ke dapur sebab saya tak tahan dengan bau bila memasak. Selain tu,muntah pening dan loya memang tergolong dalam 1 pakej. Kesian juga dengan Mr Husband bila terpaksa turun dapur untuk memasak,nasiblah dia seorang yang memahami

Satu-satunya sakit yang saya kena sepanjang mengandung ini adalah kejang kaki, bermula pada usia kandungan masuk 5 bulan. Memandangkan saya tak pernah kena kejang kaki. Buasanya Mr Husband yang tolong urutkan. Memang hampir setiap minggu, mesti akan kena sekurang-kurangnya sekali kejang kaki, sampai saya takut nak tidur malam. Biasanya, saya terus jerit sahaja kejutkan Mr Husband, dan dia dalam mamai-mamai yang akan urutkan *saya sambung tidur hehe. Tapi pernah juga bila dia terlalu penat, dia cuma pakai kaki dia untuk tegakkan kaki saya, Tapi malangnya, dia tersilap kaki yang kejang. Jadi marah sikit disitu. Sampai sekarang masih mengalaminya.


 Saya amat bersyukur dalam tempoh kehamilan ini, saya masih ada tenaga nak buat itu dan ini. Walau dalam tempoh saya mengandung, kami sudah mula sibuk dengan pelbagai urusan untuk masuk rumah baru, tapi alhamdulillah, saya syukur sangat-sangat, badan saya tidak lemau. Masih larat nak buat kerja rumah serba sedikit kecuali vakum dan mop rumah--terima kasih Huby tolong B hehe, masih larat nak memasak untuk Mr Husband sebab tu laj rutin harian saya.
 

Sangat sedih bila kaki mula bengkak,pinggang mula sakit dan tidak lena untuk tidur sekarang ni.


Daripada ini --(4 bulan+)

kepada ini --(5 bulan+)



Sehingga ini--(6 bulan++)



Bila dah nak masuk bulan ke 7 ni, baru mudah terasa penat. Memang patut la kan, dah nak bersalin pun InsyaAllah. Cuma, saya dalam sarat-sarat macam ni pun, peel yang luar biasa saya adalah amat suka cuba resepi baru. Tapi sejak mengandung ni, suka amat cuba resepi baru, walaupun tidak la sedasyat mana. Mr Husband selalu marah, pasal dia takut saya penat sangat, tapi masa nak masak tu tak penat, dah masak baru rasa penat.

Cuci mata jap hehe. Ni sahaja gambar yang sempat saya ambil.










3. Membesar dengan semangat

Bakal ibu dan bayi, kedua-duanya membesar dengan jayanya.

Berat sebelum berkahwin = 62.3kg
Berat sekarang 25 minggu = 75kg (+12.7kg)


Memang memasuki bulan ke enam dan, tumbesaran bayi (.. dan ibunya juga) memang amat cepat!  

"Tengoklah perut ku semakin bulat dan bulat. haha"
4. Perancangan Berpantang

Saya memang teruja juga nak mengharungi tempoh berpantang ni. Banyak komen positif dan negatif yang saya dah baca dan dengar, tapi saya tetap nak laluinya sendiri. Walaupun saya berpantang ketika semua umat islam menyambut hari raya korban, tidak apa. Yang penting, semua aktiviti yang disusun oleh suami, saya dapat lalui dengan hati yang rela InsyaAllah.

Nasib ada rujukan daripada Internet ni ,
jadi semua isi-isinya yang penting, saya cetak dan beri pada suami untuk rujukan dia.

5. Pemeriksaan Kesihatan

 Saya memang tak pernah rekodkan tarikh saya period kerana period saya alhamdulillah memang sentiasa teratur. Tapi saya cuma ingat-ingat lupa sahaja, tak pernah catat kat mana-mana.

Masa saya nikah dulu, saya baru habis period dan saya masih sempat period lagi hingga bulan Disember. Masa bulan Januari saya tidak datang period hinggalah awal bulan Febuari,tidak mengharap sebab tak nak kecewa setelah 6bulan mendirikan rumah tangga,masa ni dah tak simpan rekod pasal malas jadi saya pun tak pasti. Akibat orang yang tak pernah simpan rekod dan tak tahu nak buat perkiraan kitaran haid, jadi saya pun biarkan sahaja walau dah lewat *agak aje dah lewat, sedangkan nak kira pun tak tau, . Mr Husband tanya saya lewat ke, tapi saya yakin kata tak -- malu nak ngaku kat dia yang saya tak pandai kira. Hehe. Jadi pada awal bulan Febuari lepasa kami balik dari percutiaan,saya tergerak hati untuk membuat ujian kehamilan *pergi kedai dan sambil menyelam pergi farmasi untuk beli kit kehamilan* Haha rasa macam nak tergelak pun ada juga sebab buat ujian ni secara diam diam dalam bilik air tanpa pengetahuan Mr husband


Reaksi pertama setelah melihat ini --
 





Menangis ? -- Tak
Bagitau Suami ? -- Ya
Bagitau Ibu ? -- Tak
Jadi perkara pertama yang saya buat,saya pergi ke ruang tamu dan duduk seketika sambil melihat Mr Husband dan anak2 buah saya yang sedang mengemas rumah baru kami. Selang berapa minit baru saya tunjukkan pada Mr Husband kit kehamilan saya yang naik dua line -- Okey masa ni saat gembira menagis tersedu semua setiap pakej ada. haha. mungkin penantian kami selama 6 bulan telah membuat hasil dan kurniaan rezeki yang tidak ternilai buat kami.

Pada minggu ke 12 kehamilan saya suda membuat pemerikasaan serta buku d klinik yg berdekatan dengan rumah saya. Memandangkan saya ingin bersalin di hospital tempat cadangan Mr Husband.


Saya telah pun membuat appoiment untuk full scan 3D/4D Scan Malaysia bersama Doc Jezzlyn di Klinik Umra,Shah Alam pada minggu hadapan setelah di persetujui oleh Mr Husband. Jadi buat masa ini setiap kali checkup doktor akan buat scan 2D untuk melihat perkembangan baby di dalam.



Sepanjang tempoh mengandung ni, saya cuma amik ubat Obimin serta DHA yang di beri oleh pihak klinik. Lain-lain, saya cuma amik susu anmum sahaja. Kadang-kadang kalau bosan dengan Anmum, saya ganti dengan susu kotak rendah lemak, kalsium tinggi Dutch lady. Memandangkan saya tak loya dengan susu, jadi memang saya tak makan asam. Cuma saya suka makan epal hijau. Kurma dan Kismis pun mula makan bila mak mertua saya balik dari umrah tempoh hari.



Sekian, 5 perkara yang saya terlintas untuk berkongsi pada waktu ini. InsyaAllah kalau ada yang saya tiba-tiba teringat, saya selitkan kemudian ya?























































Rabu, 13 Jun 2012

Benih Cinta Kami



Salam

Ada pelbagai cara mantan B2B mengumumkan berita gembira mereka, tentang kehadiran sekecil yang bakal menjadi orang ketiga mengukuhkan hubungan suami isteri.

Yang pasti, ramai yang memulakan bicara dengan berkongsi gambar kesan positif pada kit ujian mengandung mereka.





Kemudian, baru la mereka berkongsi pengalaman check up








.. Hasil scan baby pun perkara wajib letak



Perkembangan perut pun kena kalau sempat amik gambar, pasti dikongsi.







Pengalaman berteka teki tentang jantina bayi pun pasti dialami




Saya??

Erm.. Rasanya sudah ramai dapat tahu kisah saya, kan? Beberapa kepin gambar di atas serta pengalaman2 di status facebook saya telah membongkarkan rahsia yang disimpan. Haha.



Cuma yang pasti, menjadi persoalan yang lebih penting dikalangan pembaca:

1. Sudah berapa bulan
2. Lelaki atau perempuan

InsyaAllah saya akan kongsikan dalam post akan datang. Yang pasti, saya akan berkongsi ceritanya, dalam cara saya yang tersendiri.

Terima kasih untuk semua ucapan tahniah.

Rabu, 6 Jun 2012

Besar Kecil Besar

Salam 

 


Kemudian, klik pula pada link dibawah untuk mengetahui lebih lanjut langkah-langkah untuk merealisasikan idea ni

100layercake.com





Diajar langkah demi langkah untuk DIY bunga kertas ni.

Rasanya, kalau dalam warna putih, lebih cantik dan nampak klasik. Tapi mungkin juga penggunaan kertas bewarna akan nampak lebih ceria dan ala-ala Alice in The Wonderland. Atau kertas metalik akan nampak mewah?






Selamat mencuba!