♥ Our Special Moments ♥

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Jumaat, 29 April 2011

INTAI : BAju Nikah Part 1


BAJU AKAD NIKAH

Tema : Pink Cream

Nana

Design : Baju kurung moden

Material : Kain sifon cream
             : Kain lace pink

Shawl : tudung bawal or tudung ekin berwarna cream

Veil : cream + pink(untuk jemaki)







Farhan
Design : Baju melayu berwarna cream
(bahagian leher & tangan bersulam berwarna pink)
Sampin : Sampin songket berwarna pink
Songkok : Jenis sederhana tinggi dan letak brooch










Kain Baju Nikah Lelaki & Perempuan : Jakel
Tukang Jahit : Triana D'Collections
Sampin : @ jalan.T.A.R
Veil : Jakel
Shawl : Ariani

Khamis, 28 April 2011

Prosedur Pernikahan Kami - Part 2



Salam


Dengan ini saya mengumumkan,status prosedur pernikahan kami sudah 100% selesai.

Petang semalam, saya ke Klang untuk selesaikan prosedur untuk belah lelaki dan pagi tadi pula saya ke Klang lagi untuk selesaikan prosedur untuk pihak perempuan pula

1. Masuk bangunan kemudian masuk kat pintu lobi utama,belok kiri. Terus ke kaunter pertanyaan tu. Bagitau nak ke Pendaftaran Nikah.Kemudian mereka akan beri no giliran
2. Selepas no giliran di panggil,terus pergi ke kaunter dah terus serahkan borang dengan senyuman (pihak sana akan semak segala dokumen dan minta anda duduk sebentar sehingga nama di panggil)

3. Lebih kurang 1ominit nama akan dipanggil,kemudian dia ada beri lagi satu borang 4A REKOD CATATAN AKAD NIKAH

4. Kemudian dia akan beri Surat Kebenaran Nikah untuk pihak LELAKI & PEREMPUAN.

5. Jangan lupa bayar RM10 untuk borang








OK huby! kita da bleh kawen
" i'Allah lagi 37hari "



Contoh Borang 4A Rekod Catatan Akad Nikah



Resit Rasmi




" Segala tandatangan,cop yang telah diluluskan "

 

Lepas selesai urusan kami,terus ke jalan T.A.R,nak cari sampin songket,butang baju melayu dan juga anak tudung untuk akad nikah nanti.


Soal parking jgn cakaplah,dekat 1jam juga kami duk ronda2 cari,tambah pula time 2 kami pergi dgn kawan mr boo. Kebetulan time 2 sekali jalan nak pergi ke Sentul untuk cari barang2 motor sekali


Lepas ke Sentul terus pergi IKEA. Baru teringat nak beli batang langsir untuk bilik. Pusing punya pusing,bukan batang langsir yang kami jumpa tapi pelbagai jenis yang kami ambil untuk buat deco bilik,time2 tu jugak lah idea untuk deco bilik mula dtg.


Untuk batang langsir jumpa yg ini! suke yg ini walaupun tau byk lagi design yg cantik! tapi hati berkenan yg ini!






Sebenarnya ada juga beli cermin untuk deco tapi cermin 2 tertinggal dalam kereta mr boo. Ok esok terpaksa minta mr boo hantar ke rumah. Memang cantik,Saya ambil yg design spider 10pcs RM69 n mr boo pula ambil yg cermin berframe 1pcs RM3.80 so mr boo ambil 15pcs. Dengan cermin ini mungkin dapat membantu untuk deco bilik nanti. (i'allah,gambar cermin akan diuplod untuk post akan dtg)


Tengok jam dah pukul 4pm,rasa cepat masa berlalu. Smpai station yg last sekali bahagian decoration,kami cuma ambil lilin wangi saja untuk deco pada hantaran n meja beradap nanti,tak pasti berapa harganya sebab main rembat jer memandangkan perut sudah lapar









Prosuder Pernikahan Kami - Part 1

Salam


Kali ini,saya nak menulis tentang prosedur pernikahan.Setiap bakal pengantin akan melalui proses prosedur yang berlainan daripada segi pengalaman dan cabaran. Tapi bagi saya byk jugak cabarannya,memandangkan saya ini anak bongsu dan tiada lagi dalam keluarga " anak permpuan kawin sebelum ini" so byk yg saya belajar dari kesilapan.


 1. Kursus kahwin
Kami dah amik kursus kahwin pada awal tahun iaitu Januari 2011.Kami ambil di MAIS Shah Alam. Memandangkan pejabat mr boo berhampiran dgn MAis jadi senang mr boo untuk membuat urusan

2.Ujian saringan HIVSaya buat pada pertengahan bulan 4,supaya tak lari sangat daripada tempoh 3 bulan sah sebelum majlis kami nanti.

3. Surat kebenaran nikah (pihak lelaki)
Lepas pihak pejbat proses borang, kemudian baru dapat surat Kebenaran Berkahwin Lelaki. Dalam surat tu sudah dicetak nama anda,nama pasangan serta kariah untuk nikah nanti (bayaran rm10 dikenakan selepas anda  itu)
mendapat borang

Prosedur ini mula dari pihak lelaki dulu. Mereka kena isi borang yang berkaitan, serta lampirkan dokumen-dokumen yang dikehendaki macam salinan sijil kursus kahwin,IC empunya diri & saksi-saksi,surat perakuan bujang.Lepas tu pihak lelaki dapatkan tanda tangan penolong pendaftar nikah(tok kadi) kariah dia. Kemudian hantar borang ke Pejabat Agama,Klang


Ujian Saringan HIV



Salam

 
Memandangkan saya tgh MC demam n mr boo pulak sudah ambil cuti untuk selesaikan borang nikah. jadi saya terpaksa meringankan kepala untuk pergi ke klinik kerjaan. pada mulanya memang sakit hati

1. Tiba di klinik Bukit Kuda,klang dalam pukul 9.30pagi. Sampai di kaunter, jururawat ckp ujian saringan akan buat pada pukul 2ptg.

2. Jadi mr boo pun drive pergi ke klinik kesihatan Shah Alam,selepas pintu masuk belakang UITM. Sekali lagi,kena buat temujanji. Jadi mr boo ambil keputusan untuk pergi ke klinik Bukit kuda,Mr boo hantar saya balik sementara untuk tunggu pukul 1pm

3. Sementara tunggu tu,sempat jugak siapkan "Thank You" untuk bunga pahau n goodybag

4. Bila smpai klinik Bukit Kuda,jururawat bagitahu kena buat temujanji n test darah pada keesokan harinya. Agak sakit hati jugak time 2 sebab 1st kami dtg,kenapa jururawat tak bagitahu untuk buay temujanji,so tak adalah kami balik ke rumah untuk tunggu pukul 2ptg.

5. Mr boo terus drive ke klinik kesihatan di Pendamaran,tapi kali ini saya n mr boo memang betul2 sakit hati. Jururawatnya hanya ckp " Maaf cik,kat sini kami dahulukan dulu penduduk pendamaran baru orang luar ". pening2, dulu time kursus ckp mana2 klinik kerajaan boleh buat test HIV dalam masa satu hari tapi bila smpai time?habuk tak ada! Siap berbagai2 temujanji semua.

6. Dengan pantas terus pergi patah balik ke klinik kesihatan,Kapar pulak. Pergi terus ke kaunter dgn cepat,memandangkan time dah menunjukkan 4ptg.

7. Jururawat akan beri borang untuk di isi (hanya perlu bayar RM1 sahaja)





8. Memandang hari dah ptg tiada yg ambil ujian HIV,maka no giliran kami cepat.hohoho. Sekejap sangat buat saringan ini. Tak sampai 10 minit pun. 1st saya tengok mr boo dulu,sebab saya tau saya ini memang penakut jarum dan anti jarum! Rupanya mereka tak gunakan jarum tapi hanya menggunakan sejenis alat mcm stapler,hanya ketipkan pada jari nampak saja kecil alat 2 tapi makan dlm bila jari kita di koyakkan sedikit saja (bunyinya mcm kita stapler kertas "Ketet") kemudian darah keluar dan di titiskan pada 1 alat panjang berwarna putih



Terus dapat keputusan masa tu juga. Sekejap saja buat ujian saringan ini



* Apa yg kami dapat pada hari itu ialah belajar dari kesilapan. Bukan kita sebagai manusia terus menjadi pandai untuk membuat sesuatu. Pasti ada kesalahan yang berlaku secara tidak sengaja

* Pada bakal pengantin,sentiasa banyak bertanya untuk tidak membuat kesilapan berulang kali
 


Selasa, 26 April 2011

38 Hari Lagi


 

 
Apa perkembangan nana dengan baki majlis 38 hari lagi ni?

1. Kad Kahwin

Siap! Akhir sekali aktiviti untuk memasukkan kad ke dalam sampul sudah siap kesemuanya.InsyaAllah nana akan mula mengepos dan mengedarkan pada awal bulan mei nie

2. Deko bilik pengantin

Tunggu awal bulan mei nie baru nana akan memikirkan deco yg sesuai..memandangkan cadar dan langsir telah beli so kami tidak perlu kelam kabut lagi..set perabot juga akan sampai pada awal bulan mei

3. Hantaran

Hantaran dua-dua belah dah hantar kedai untuk digubah, cuma tinggal manisan saja tinggal kek saja yg belum di cari lagi

4. Buku tetamu

Siap!tak perlu fikir lagi sebab nana dah siapkan buku tetamu pertengahan bulan 3,jadi tak perlu dirisaukan lagi



5. Rozek
Masih lagi dalam pencarian,sbb kami nak membezakan rozek untuk kaum keluarga,penanggah serta ahli2 konvoi.Serta reben untuk setiap kereta

6. Baju pengiring
Majlis kami memang tiada flower girls..Kami mahu hanya kami di karpet merah..untuk baju pengapit pula telah di sponsor oleh kami n telah siap untuk dipakai ketika majlis

8. Misi Sulit
Misi untuk budak2 konvoi sebelah mr boo,masih lagi dalam proses kemas kini..InsyaAllah akan siap pada pertengahan bulan mei nanti

ALUNAN MUZIK

        Alunan muzik ketika majils perkahwinan amatlah penting sesangat....so untk pemilihan lagu kali nie,nana n mr boo telah memilih lagu tradisional untuk majlis malam berinai nanti memandang kita sendiri tau yang lagu2 tradisional melayu kita makin kurang di dengari oleh anak2 muda sekarang..Oleh 2 nana n mr boo nak menaikan lagi suasana org2 melayu kita dgn dendangan lagu2 tradisional kita sendiri..;)

1) Kompang Dipalu - Izam Eye & Waheeda
2) Direnjis-renjis - M.Daud Kilau

3) Joget Pahang - Siti Nurhaliza

4) Kenek-keneklah udang _ Ahmad Jais & Zaleha Hamid
5) Kurik Kundi - Siti Nurhaliza

6) Gendang Berbunyi - Zaleha Hamid
7) Nirmala - Siti Nurhaliza
 
8) Selamat Pengantin Baru - Anita Sarawak

9) Joget Malam Berinai - Masnah Ali
10) Joget Pengantin Baru - Rafeah Buang

11) Penawar Rindu
12) Dia Datang

13) Empat Dara- Noraniza Idris
14) Pantun Budi -S.M.Salim

15) Cik Mek Molek-M.Daud Kilau
16) Tari Tualang Tiga - Sanizah Huri

17) Zapin Budi - Noraniza Idris

18) Zapin Usik Mengusik - Senario

19) Zapin Senandung Dua0 Rosiah Chik
20) Zapin Yaladan - Allahyarham Fadzil Ahmad + Sharifah Aini

21) Zapin Cinta SMS - Senario

22) Zapin Ya Salam (Zapin Johor)
23) Zapin Pusaka - Noraniza Idris

24) Joget Hati Senang - Adibah Nor
25) Joget Berhibur - Siti Nurhaliza

26) Masri Manis - Siti Nurhaliza