Apa perkembangan nana dengan baki majlis 38 hari lagi ni?
1. Kad Kahwin
Siap! Akhir sekali aktiviti untuk memasukkan kad ke dalam sampul sudah siap kesemuanya.InsyaAllah nana akan mula mengepos dan mengedarkan pada awal bulan mei nie
2. Deko bilik pengantin
Tunggu awal bulan mei nie baru nana akan memikirkan deco yg sesuai..memandangkan cadar dan langsir telah beli so kami tidak perlu kelam kabut lagi..set perabot juga akan sampai pada awal bulan mei
3. Hantaran
Hantaran dua-dua belah dah hantar kedai untuk digubah, cuma tinggal manisan saja tinggal kek saja yg belum di cari lagi
4. Buku tetamu
Siap!tak perlu fikir lagi sebab nana dah siapkan buku tetamu pertengahan bulan 3,jadi tak perlu dirisaukan lagi
5. Rozek
Masih lagi dalam pencarian,sbb kami nak membezakan rozek untuk kaum keluarga,penanggah serta ahli2 konvoi.Serta reben untuk setiap kereta
6. Baju pengiring
Majlis kami memang tiada flower girls..Kami mahu hanya kami di karpet merah..untuk baju pengapit pula telah di sponsor oleh kami n telah siap untuk dipakai ketika majlis
8. Misi Sulit
Misi untuk budak2 konvoi sebelah mr boo,masih lagi dalam proses kemas kini..InsyaAllah akan siap pada pertengahan bulan mei nanti
Tiada ulasan:
Catat Ulasan