Salam
masih lagi dalam keadaan mood raya raya,puasa sebulan,raya mesti sebulanlah kan kan? Meriah tak meriahlah raya kita tahun ini,rasanya inilah tahun pertama saya sebagai isteri dan juga saya beraya jauh beribu kilometer dari area selangor. Raya kelima hari tu,saya dan mr husband ikut kawan housemate nya,Hashim dulu balik ke sungai petani,kedah. Tu lah pengalaman pertama saya dalam kereta untuk pergi beraya. Cerita banyak pun tak best,meh saya listkan jadual kami ke sana;
03/09/2011 (raya kelima)
3.00ptg : sempat pergi beraya rumah cik Sue,depan umah. Then balik paking2 baju,sementara tunggu Hashim dtg,sempatlah duduk tarik nafas sekejap.
5.00ptg : kami ikut jalan dalam saja,saya cuma drive dari kuala selangor hingga sg besar sahaja,then lepas tu yang lain2 drive pula.ada 3 drive,pergi dua kereta saja.
04/09/2011(raya keenam)
2.00pagi : akhirnya sampai juga di sungai petani,masa dalam perjalanan saya tidur saja,saya start tidur dari lepas plaza tol Juru
11.00pagi : masing2 siap,tapi sebelum tu sempat juga pusing2 kat sungai petani,semata mata nak cari sikat punya pasal.
1.00tghari : beraya di rumah girlfriends hashim,dekat mana pun kami tak tau.hanya ikut sahaja.
3.00ptg : dah gerak balik,memang jem sesangat,yelah masing2 nak balik ke kuala lumpur untuk meneruskan tugas mereka selepas seminggu bercuti.
8.00mlm : yeaay! dapat juga raya rumah kawan kami kat teluk intan,perak.
12.00tghmalam : akhirnya sampai jugadi rumah,nasib baik hari isnin tu mr husband masih cuti lagi.Jadinya kami tidur saja kat rumah dengan keadaan kepenatan.
Kalau dah raya kelima dan keenam kami ke kedah dan perak,jadi raya raya yang lain,kami di penuhi jemputan open house,beraya ke rumah sanak saudara,sampaikan hari ini masih beluum habis lagi kami beraya,biasanya kami akan beraya dari hari jumaat malam hingga ahad sebab masa tu saja yang terluang.
Nie semua gambar masa di kedah,ada video,nanti saya akan upload..=)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan