Salam
Saya baru sahaja diraikan dalam satu
majlis Bridal shower yang simple dengan kawan-kawan rapat saya. Sekadar
berkumpul, makan-makan dan berbual. Tiada aktiviti liar. Saya
pasti Kalau saya terjumpa
idea ni, saya pakai dah masa Bridal shower dulu. Tak pun minta kawan2 rapat saya
yang datang masa nikah, untuk tinggalkan kesan bibir mereka.minta sign skali
siap-siap dengan ucapan.
Saya nak kongsikan beberapa idea
perkahwinan yang saya perolehi daripada Pinterest. Google pictures adalah 2010.
Sekarang semua pakai Pinterest.
1. Dalam budaya kita, takde budak yang
akan bawa cincin pasal semuanya diletakkan dalam dulang hantaran. Tapi kalau nak
gunakan idea ni untuk pengiring cilik ketika perarakan pengantin, mungkin
boleh
2. Arch bunga sudah menjadi kebiasaan.
Mungkin boleh gunakan idea baru ni. Kelihatan terapung-apung, beri kesan baru
kepada tetamu
3. Beri sedikit pengenalan kepada
tetamu tentang perjalanan cinta korang. Letakkan di meja Guestbook pun
boleh
4. Buat sesuatu yang berbeza untuk gambar
bersama dayang-dayang. Daripada pose gila-gila/manja/ gedik, apa kata amik
gambar seorang wakil dayang membacakan doa buat bakal pengantin. Macam gambar
kat bawah ni, cara diorang berdoa begitu. Tapi kita orang Islam berbeza, jadi
mungkin boleh abadikan pose ketua dayang/ pengapit membacakan doa buat bakal
pengantin untuk menempuh hari majlis di dalam bilik pengantin.
5. Ni sesuai untuk majlis di waktu malam
atau dewan. Gunakan lampu lip lap kecil ni dan selitkan di bawah meja. Tak
perlukan bunga bagai sudah.
6. Tiada sebab untuk gambar-gambar
dibawah. Saya suka tengok, jadi saya masukkan.
.. Dan apabila melihat gambar di bawah
ni
Selamat merancang bakal-bakal pengantin
2013
1 ulasan:
hehe. cute! suke statement last "selamat merancang.."
comeL jek! =)
sya-orked.blogspot.com
Catat Ulasan