Isnin, 31 Oktober 2011
Membentuk atau Mendidik Diri Kita Sendiri
Salam
Suami yang bijak dan peka adalah pemimpin rumah tangga yang seharusnya sentiasa berusaha sekreatif yang mungkin untuk mencorak rumahtangga yang harmoni dalam mendidik seorang insan yang bergelar isteri. Kejadian Allah yang amat unik dan terperinci membekalkan sesuatu yang amat istimewa kepada kaum lelaki dimana dianugerahkan kekuatan akal yang rasional, tidak terlalu mudah untuk beremosi atau tidak mudah didorong oleh perasaan.
Oleh sebab itulah kenapa Allah menciptakan lelaki dgn sembilan akal dan satu nafsu. Jika kekuatan akal yang dikurniakan ini dapat digunakan sebaik-baiknya, ditambah dengan kekuatan ilmu dan kesabaran yang disertai dengan kekuatan jasmani dalam mencari nafkah keluarga, maka suami akan menjadi tunjang kepada lahirnya sebuah keluarga yang harmoni seterusnya menjadi pelindung dan pendidik yang berwibawa kepada keluarga yang bahagia.
Keteguhan iman dan ketakwaan kepada Allah disertakan dengan usaha dan doa yang tidak putus- putus kepada illahi memberikan suami semangat untuk melayani karenah dan ragam isteri saban hari. Sepertimana yang difirmankan oleh Allah SWT yang bermaksud: "Lelaki adalah pemimpin(pembela dan pelindung) bagi wanita, kerana Tuhan telah melebihkan yang satu dari yang lainnya, dan kerana suami telah menafkahkan sebahagian daripada hartanya."
Dalam mewujudkan suasana yang tenteram dan aman damai diantara suami dan isteri, perlunya wujud suatu pro dan kontra antara suami isteri ini. Sekiranya si isteri sedang berduka, suami perlulah bijak dalam bertindak selaku pengemudi kepada sang isteri untuk mewujudkan perasaan gembira di dada isteri yang sedang berduka. Dengarlah segala rintihan hati isteri dengan penuh rasa bertanggungjawab dan minat dalam mendengar perasaan hatinya. Disinilah lelaki hendaklah menggunakan daya fikir yang dikurniakan oleh Allah dalam mengahadapi wanita.
Jika dibandingkan dengan kaum lelaki, memang benar wanita dikurniakan dengan sembilan nafsu dan satu akal. Apa yang dimaksud bukanlah nafsu seks semata-mata, tetapi nafsu yang mendorong seseorang itu mudah berprasangak buruk,pemarah, pemboros dalam berbelanja dan sebagainya. Hasil dorongan nafsu itulah yang melahirkan pelbagai sifat dan perasaan di dalam dada para wanita. Disebabkan wujudnya benda-benda seperti itu,maka atas dasar inilah wanita harus diberi bimbingan dan panduan untuk mengawal segala tingkah lakunya supaya tidak melepasi sempadan sebagai seorang wanita.
Dalam mendidik isteri, kaum lelaki haruslah sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi pelbagai dugaan yang ditimbulkan oleh isteri ini. Didiklah dengan penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang yang tidak putus-putus walaupun kadangkala didikan yang harus diberi itu memakan masa yang cukup panjang. Janganlah jemu dalam memberi sifat tanggungjawab ini kerana tugas dalam melaksanakan segala perihal ini memang menjadi tanggungjawab suami.
Kadangkala,kita sering terlupa akan hal ini, dimana Allah menjadikan lelaki@suami untuk mendidik isteri dan keluarganya tetapi apabila berhadapan dengan kaum perempaun yang pendek akal fikirannya, kaum lelaki lebih mudah naik angin. Tanpa kita semua sedari, memang tidak dapat dinafikan ada masa dan waktunya, kaum perempuan memerlukan masa yang lebih untuk memahami sesuatu perkara itu dan oleh sebab itulah lelaki mestilah memahami bahawa kaum perempuan ini sediakala lemah pemikirannya.
Ingatlah kita wahai kaum lelaki, Rasulullah SAW juga pernah berhadapan dengan pelbagai karenah daripada perempuan yang suka berleter. Taktala mendengar leteran daripada kaum perempuan ini, Rasullulah SAW tidak menjawab satu patah pun sehinggalah leteran oleh perempuan itu berakhir. Rasullulah memberi peluang kepada perempuan itu untuk meluahkan segala rasa ketidakpuasan hati yang melanda diri perempuan itu. Apabila segala yang diluahkan itu berakhir, barulah Rasulullah memberi penjelasan atau pun memaafkan saja dan melupakan perkara tersebut.
Rasullullah SAW juga bersabda yang bermaksud: "Dunia adalah hiasan dan hiasan yang terbaik ialah memiliki isteri yang solehah." Apabila didikan yang sempurna diberikan kepada wanita ini, maka disinilah segalanya bermula. Kebaikan daripada seorang wanita yang menerima didikan yang betul mampu melahirkan kebaikan kepada seluruh umat yang dicorakkan oleh tangan wanita ini.
Seluruh alam dan isinya akan berbahagia andainya tangan yang lembut dan kehalusan belaian tangan ini datangnya daripada seorang yang bergelar wanita yang solehah. Sepertimana yang dapat disenaraikan disini beberapa sifat-sifat isteri yang solehah dan andaikata apa yang disenaraikan tidak ada pada seorang wanita itu, maka tidaklah boleh dijadikan alasan untuk tidak berkahwin, salah satu sifat lelaki yang sejati dan bertimbang rasa ialah bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka.
Sifat-sifat isteri solehah:2. Sentiasa menjaga hati suami dengan bercakap dengan perkataan yang lembut-lembut.
3. Hendaklah mendiamkan diri ketika suami berkata- kata.
4. Hendaklah sentiasa menyerahkan diri kepada suami apabila diperlukan
5. Menghiasi diri dengan wangi-wangian dan (bersolek)
6.Tidak berhias dan memakai wangi-wangian apabila semasa ketiadaan suami.
7. Memelihara mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan suami.
8. Tidak curang dan mengkhianati suami apabila ketiadaanya dirumah.
9. Hendaklah sentiasa menghormati keluarga suami.
10. Mensyukuri apa yang disediakan oleh suami.
11. Sentiasa rela dan bersedia apabila disentuh suami bila sahaja dikehendakinya.
12. Tidak melakukan puasa sunat tanpa keizinan suami.
13. Tidak keluar rumah tanpa keizinan suami.
NOTE: Segala email dari anda akan saya memberi feedback.Untuk yang meminta kertas kerja pula saya akan balas secara pukal bersama pembaca lain.1.Mentatai perintah Allah SWT dengan mengerjakan segala perintah suami selagi tidak melanggar hukum Allah SWT.
Andai Lelaki Tahu
Salam
Dah sebulan menghilang diri dari biasa,kesibukkan melanda diri dengan tugas sebagai isteri selain itu sibuk untuk mencari/membeli rumah sendiri untuk masa hadapan. Alhamdullilah sedikit demi sedikit saya dan mr husband cuba mengumpul harta sendiri untukmasa depan keluarga kami sendiri. Sentuh mengenai blog,saya masih belum semput menuliscerita cinta mengenai majlis perkahwinana saya,gara2 lappy saya rosak. Pada yang dah tengok gambar saya di album facebook saya,saya ucapkan terima kasih banyak,pada yang email mengenai kertas kerja,insyaAllah saya akan balas secepat mungkin Dan pada yang dah terima email feddback dari saya,saya ucapkan Tahniah dan semoga majlis anda berjalan dengan lancar.Memandangkan saya masih sakit lagi dan tidak dapat menulis,memikir terlalu banyak sangat gara gara menahan sakit. Tertanya tanya sakit apa? okay baru2 ni sakit lama saya kembali lagi,Darah beku serta bisul di bahagian dalam telinga saya kembali lagi,ia menutup bahagian gegendang telinga dan membengkak membuat saya kurang pedengaran,nampak saja saya okay tapi saya menahan sakit yg berada di dalam telinga ini,insyaAllah saya akan menulis entri mengenai ini dan saya berharap saya tak akan membuat pemedahan sekali lagi di telinga. Kembali pada tajuk saya mengenai Andai Lelaki Tahu? mungkin ada segelintir lelaki menganggap wanita sekarang sangat lemah tapi..? Mereka hanya lakukan semua untuk insan yang bernama LELAKI ---->
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang
paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam
matanya,dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana
nak menerima pujian.7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh
mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi, lukisan
dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak
berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan
senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan Persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu
ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu
panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia
sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk
memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki
yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan
tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang
mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah. ..
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu
hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa."
Jumaat, 7 Oktober 2011
LANGKAH DEMI LANGKAH
Salam
Lama menghilang dari dunia blog gara gara sibuk dengan
kerja yang ada,sebenarnya saya dah menulis dalam word Cuma belum dipindahkan ke
dalam dash sahaj,jadi petang ni sempat jugaklah nak memindahkan segala galanya
ke dunia blog.
Okay kembali pada tajuk hari ini,mesti ada yang keliru
dan masih terbinggung2 kenapa tajuk saya hari ini begitu? Peredaran zaman
semakin berluasa,tak hiranlah kita kalau anak2 remaja sekarang gemar mengubah
cara hidup masing2,dari yang kanak kanak hinggalah dewasa. Mesti anda masih tertanya2
lagi,apa yang cuba saya sampaikan sekarang ini,Beginilah sejak akhir akhir ini
kita dapat lihat anak remaja kita yang ingin berkahwin tetapi tidak mengikut
langkah mahupun perancangan yang betul bagi mengelakkan masalah yang bakal
terjadi. Mereka ingin berkahwin tetapi masih lagi tidak ada perancangan dari keluarga
mahupun bakal keluarga.
Okay dekat sini saya bagi langkah2 bagi yang masih
tercari cari lagi permulaan yang kita lakukan untuk majlis perkahwinan pada bajet
bawah rm30.000;
1.
- Tetapkan dahulu tarikh: Merisik : Bertunang : Bernikah : Berkahwin (8bulan).
- Berbincang mengenai Mas kahwin dan Hantaran dengan pasangan secara formal (8bulan).
- Berdaftar kursus Pra – Perkahwinan (7bulan).
- Beli cincin tunang dan barang hantaran (7bulan).
- Mula mengubah hantaran,menempah OP,kanopi,etc (6/7bulan).
- Bertunang (6bulan – biasanya bergantung pada keluarga dan pasangan).
- Tentukan jumlah tetamu serta kosnya,fikirkan siapa yang hendak dijemput (6bulan).
- Tempah tempat majlis perkahwinan(jika bukan dirumah) jika dirumah,perlu penyediaan catering (jika menggunakan),kanopi,tentukan jika andan ingin menggunakan system bunyi dan karaoke. Teliti betul2 jika jumlah harga lebih murah jika mengambil perkhidmatan ini secara berasingan dengan catering atau sebagai pakej (6bulan).
- Beli barang hantaran dan hadiah untuk tetamu (5bulan).
- Fikirkan cara cara untuk menggubah,cari contoh gubahan atau anda boleh gubah sendiri (5bulan).
- Tinjau pakej pakej kahwin yang sedia ada yang menyediakan baju kahwin,aksesori,Andaman pelamin dan jurugambar dalam pakej.Lihat hasil kerja mereka dahulu sebelum menempah (5bulan).
- Ambil borong permohonan pernikahan untuk bernikah (4bulan)
- Tempah kad kahwin (4bulan)
- Sahkan tempahan jurusolek atau juruandam,jurugambar,pakej kahwin,catering dan kanopi (4bulan)
- Pilih cincin kahwin/pembatalan air sembayang (3bulan)
- Jalani ujian pra HIV di klinik kesihatan kerajaan (ujian hiv hanya sah dalam masa tiga bulan selepas ujian dijalankan,oleh itu pastikan tarikh nikah anda adalah dalam masa 3 bulan selepas menjalani ujian HIV) (3bulan sebelum)
- Isi dengan lengkap boring permohonana nikah anda dan pastikan dokumen yang diperlukan (salinan kad perkenalan,sijil asal kursus pra perkahwinana,lampirkan borong keputusan ujian pra HIV anda.Nota;Pihak lelaki haruslah memohon dan mendapat kebenaran dahulu,sebelum boring kebenarannya diberikan kepada pihak perempuan bagi permohonan pihak perempuan. (2/3bulan sebelumnya)
- Bawa borang pernikahan dari pejabat agama berjumpa dengan imam jurunikah untuk memaklumkan tarikh dan waktu pernikahan anda.(2/3bulan)
- Fitting baju nikah dan persandingan anda (1bulan)
- Bernikah
- Berkahwin
Apa yang saya terangkan secara ringkas
diatas adalah sebahagian dari PERANCANGAN AWAL PERKAHWINAN. Jika tidak,sesuatu
yang dilakukan secara terburu buru akan menyebabkan anada mudah terpengaruh
dengan perbelanjaan lebih semata mata untuk kemudahan anda dan mendapatkanya
lebih cepat.
Berikut pula adalah anggaran saya bagi
perkahwinan yang menjemput 1000 tetamu pada bajet bawah rm30.000;
Perbelanjaan;
a.
Kursus perkahwinan – RM 160 (rm80 x 2
orang)
b.
Hantaran Perkahwinan – RM 8000
c.
Barangan hantaran perkahwinan
dan gubahan hantaran – RM 3000
d.
Mas Kahwin – RM 300
e.
Cincin kahwin/pembatalan air sembayang – RM 3000
f.
Bayaran tok kadi dan pejabat agama – RM 160
g.
Katering – RM 7500 (rm7.50 x 1000 tetamu)
h.
Kad undangan – RM 800 (rm0.80 x 1000
tetamu)
i.
Hadiah tetamu – RM 1200 (rm1.20 x 1000
tetamu)
j.
Sewa baju,persalinan,pelamin,Andaman,jurugambar
(untuk kedua dua belah majlis perempuan dan lelaki) - RM 2500 x 2 rumah
k.
Hiasan bunga dan juga perhiasan mengikut
tema - RM 300
l.
Baju kaum keluarga mengikut tema – RM 350
m. Kos
berinai (jika memangil mereka datang
berinai
di rumah – RM180
TOTAL
: RM 24,810
Sekali
lagi saya nak jelaskan anggaran di atas tidak termasuk PA system,kompang,canopy dan
jika anda tidak menggunakan catering,mungkin bajet anda dalam lingkungan RM 22
000 – RM 25 000. Semuanya tertakluk pada harga barang pada peredaran masa kita
sekarang ini,sebab itu mak mak kita selalu kata “ Mak dulu kawin dengan ayah
tak ada mahal2 macam anak2 mak kawin “ Yaaa..! memang tersangat beza zaman
dahulu nak dibandingkan dengan zaman kita sekarang ini yang serba mewah.
Cenderahati yang perlu diketahui
Salam
Kali ini saya ingin menceritakan serba sikit perkara
yang selama ini kita anggap perkara remeh temeh saja dalam majlis iaitu
Cenderahati. Cenderahati ini adalah elemen penting yang perlu diambil kira
walaupun adakala mempelai suka membelinya di saat saat akhir. Perkara ini tidak
sepatutnya berlaku,ini kerana cenderhati juga memerlukan masa yang panjang
untuk menguruskannya.
Pertama sekali tentukan jenis dan konsep cederahati
yang anda inginkan untuk majlis perkahwinan anda.Jika anda inginkan cenderahati
sama dengan konsep perkahwinan anda,kesemuanya bergantung pada kehendak diri
sendiri.
Kini,terdapat pasangan mempelai yang gemar membuat
kategori cenderahati.Seperti,mempelai akan membahagikan jenis cenderhati berdasarkan
tetamu. Tetamu VIP,saudara mara,sahabat andai mahupun tetamu cilik pasti akan
mendapat cenderhati yang berlainan.Perancangan yang rapi perlu dilakukan supaya
anda dapat memilih cenderahati yang sesuai untuk tetamu. Bukan untuk
membazir,namun pasti anda inginkan kelainan dan sesuatu yang istimewa.
Ketahui isi kotak cenderahati,terdapat banyak beg dan
juga kotak cenderhati yang pastinya mempunyai rekaan yang menarik. Namun perlu
diketahui terlebih dahulu isi yang perlu diletakkan di dalamnya.jika saiz beg
atau kotak terlalu besar,pilihlah dua atau tiga jenis isi untuk didisi di
dalamnya.
Perlu diketahui bahan bahan yang digunakan untuk
membuat cederahati atau penambah hiasan yang sedi ada pada cederahati agar
lebih menarik.
Jenis Reben;
Reben Satin – biasa digunakan untuk membuat hiasan pada
kotak cenderahati.reben satin lebih dikenali dengan fabric bahagian depannya
agak licin sedikit berbanding bahgian belakang agak kasar. Harganya mengikut
saiz iaitu antara rm1.50 – rm2.50 segulung.
Reben Organza – Sangat mudah dikenali,fabriknya agak
jarang dan kasar sedikit berbanding reben satin. Saiznya antara ¾ hingga 3 inci
dan harga ialah 45sen untuk satu meter.
Raben Bercorak – Reben jenis ini boleh didapati sama
ada reben satin atau reben organza,perbezaannya ialai mempunyai corak dan
rekaan yang lebih menarik dan cantik. Ada corak berkalur,polka dot,abstrak dan
keemasan di sekelilingnya. Harga segulung reben bergantung pada corak dan
fabric.
Langgan:
Catatan (Atom)