♥ Our Special Moments ♥

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Jumaat, 7 Oktober 2011

Cenderahati yang perlu diketahui





Salam


Kali ini saya ingin menceritakan serba sikit perkara yang selama ini kita anggap perkara remeh temeh saja dalam majlis iaitu Cenderahati. Cenderahati ini adalah elemen penting yang perlu diambil kira walaupun adakala mempelai suka membelinya di saat saat akhir. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku,ini kerana cenderhati juga memerlukan masa yang panjang untuk menguruskannya.

Pertama sekali tentukan jenis dan konsep cederahati yang anda inginkan untuk majlis perkahwinan anda.Jika anda inginkan cenderahati sama dengan konsep perkahwinan anda,kesemuanya bergantung pada kehendak diri sendiri.

Kini,terdapat pasangan mempelai yang gemar membuat kategori cenderahati.Seperti,mempelai akan membahagikan jenis cenderhati berdasarkan tetamu. Tetamu VIP,saudara mara,sahabat andai mahupun tetamu cilik pasti akan mendapat cenderhati yang berlainan.Perancangan yang rapi perlu dilakukan supaya anda dapat memilih cenderahati yang sesuai untuk tetamu. Bukan untuk membazir,namun pasti anda inginkan kelainan dan sesuatu yang istimewa.

Ketahui isi kotak cenderahati,terdapat banyak beg dan juga kotak cenderhati yang pastinya mempunyai rekaan yang menarik. Namun perlu diketahui terlebih dahulu isi yang perlu diletakkan di dalamnya.jika saiz beg atau kotak terlalu besar,pilihlah dua atau tiga jenis isi untuk didisi di dalamnya.

Perlu diketahui bahan bahan yang digunakan untuk membuat cederahati atau penambah hiasan yang sedi ada pada cederahati agar lebih menarik.

Jenis Reben;

Reben Satin – biasa digunakan untuk membuat hiasan pada kotak cenderahati.reben satin lebih dikenali dengan fabric bahagian depannya agak licin sedikit berbanding bahgian belakang agak kasar. Harganya mengikut saiz iaitu antara rm1.50 – rm2.50 segulung.

Reben Organza – Sangat mudah dikenali,fabriknya agak jarang dan kasar sedikit berbanding reben satin. Saiznya antara ¾ hingga 3 inci dan harga ialah 45sen untuk satu meter.

Raben Bercorak – Reben jenis ini boleh didapati sama ada reben satin atau reben organza,perbezaannya ialai mempunyai corak dan rekaan yang lebih menarik dan cantik. Ada corak berkalur,polka dot,abstrak dan keemasan di sekelilingnya. Harga segulung reben bergantung pada corak dan fabric.















Tiada ulasan: