Salam
Lama menghilang dari dunia blog gara gara sibuk dengan
kerja yang ada,sebenarnya saya dah menulis dalam word Cuma belum dipindahkan ke
dalam dash sahaj,jadi petang ni sempat jugaklah nak memindahkan segala galanya
ke dunia blog.
Okay kembali pada tajuk hari ini,mesti ada yang keliru
dan masih terbinggung2 kenapa tajuk saya hari ini begitu? Peredaran zaman
semakin berluasa,tak hiranlah kita kalau anak2 remaja sekarang gemar mengubah
cara hidup masing2,dari yang kanak kanak hinggalah dewasa. Mesti anda masih tertanya2
lagi,apa yang cuba saya sampaikan sekarang ini,Beginilah sejak akhir akhir ini
kita dapat lihat anak remaja kita yang ingin berkahwin tetapi tidak mengikut
langkah mahupun perancangan yang betul bagi mengelakkan masalah yang bakal
terjadi. Mereka ingin berkahwin tetapi masih lagi tidak ada perancangan dari keluarga
mahupun bakal keluarga.
Okay dekat sini saya bagi langkah2 bagi yang masih
tercari cari lagi permulaan yang kita lakukan untuk majlis perkahwinan pada bajet
bawah rm30.000;
1.
- Tetapkan dahulu tarikh: Merisik : Bertunang : Bernikah : Berkahwin (8bulan).
- Berbincang mengenai Mas kahwin dan Hantaran dengan pasangan secara formal (8bulan).
- Berdaftar kursus Pra – Perkahwinan (7bulan).
- Beli cincin tunang dan barang hantaran (7bulan).
- Mula mengubah hantaran,menempah OP,kanopi,etc (6/7bulan).
- Bertunang (6bulan – biasanya bergantung pada keluarga dan pasangan).
- Tentukan jumlah tetamu serta kosnya,fikirkan siapa yang hendak dijemput (6bulan).
- Tempah tempat majlis perkahwinan(jika bukan dirumah) jika dirumah,perlu penyediaan catering (jika menggunakan),kanopi,tentukan jika andan ingin menggunakan system bunyi dan karaoke. Teliti betul2 jika jumlah harga lebih murah jika mengambil perkhidmatan ini secara berasingan dengan catering atau sebagai pakej (6bulan).
- Beli barang hantaran dan hadiah untuk tetamu (5bulan).
- Fikirkan cara cara untuk menggubah,cari contoh gubahan atau anda boleh gubah sendiri (5bulan).
- Tinjau pakej pakej kahwin yang sedia ada yang menyediakan baju kahwin,aksesori,Andaman pelamin dan jurugambar dalam pakej.Lihat hasil kerja mereka dahulu sebelum menempah (5bulan).
- Ambil borong permohonan pernikahan untuk bernikah (4bulan)
- Tempah kad kahwin (4bulan)
- Sahkan tempahan jurusolek atau juruandam,jurugambar,pakej kahwin,catering dan kanopi (4bulan)
- Pilih cincin kahwin/pembatalan air sembayang (3bulan)
- Jalani ujian pra HIV di klinik kesihatan kerajaan (ujian hiv hanya sah dalam masa tiga bulan selepas ujian dijalankan,oleh itu pastikan tarikh nikah anda adalah dalam masa 3 bulan selepas menjalani ujian HIV) (3bulan sebelum)
- Isi dengan lengkap boring permohonana nikah anda dan pastikan dokumen yang diperlukan (salinan kad perkenalan,sijil asal kursus pra perkahwinana,lampirkan borong keputusan ujian pra HIV anda.Nota;Pihak lelaki haruslah memohon dan mendapat kebenaran dahulu,sebelum boring kebenarannya diberikan kepada pihak perempuan bagi permohonan pihak perempuan. (2/3bulan sebelumnya)
- Bawa borang pernikahan dari pejabat agama berjumpa dengan imam jurunikah untuk memaklumkan tarikh dan waktu pernikahan anda.(2/3bulan)
- Fitting baju nikah dan persandingan anda (1bulan)
- Bernikah
- Berkahwin
Apa yang saya terangkan secara ringkas
diatas adalah sebahagian dari PERANCANGAN AWAL PERKAHWINAN. Jika tidak,sesuatu
yang dilakukan secara terburu buru akan menyebabkan anada mudah terpengaruh
dengan perbelanjaan lebih semata mata untuk kemudahan anda dan mendapatkanya
lebih cepat.
Berikut pula adalah anggaran saya bagi
perkahwinan yang menjemput 1000 tetamu pada bajet bawah rm30.000;
Perbelanjaan;
a.
Kursus perkahwinan – RM 160 (rm80 x 2
orang)
b.
Hantaran Perkahwinan – RM 8000
c.
Barangan hantaran perkahwinan
dan gubahan hantaran – RM 3000
d.
Mas Kahwin – RM 300
e.
Cincin kahwin/pembatalan air sembayang – RM 3000
f.
Bayaran tok kadi dan pejabat agama – RM 160
g.
Katering – RM 7500 (rm7.50 x 1000 tetamu)
h.
Kad undangan – RM 800 (rm0.80 x 1000
tetamu)
i.
Hadiah tetamu – RM 1200 (rm1.20 x 1000
tetamu)
j.
Sewa baju,persalinan,pelamin,Andaman,jurugambar
(untuk kedua dua belah majlis perempuan dan lelaki) - RM 2500 x 2 rumah
k.
Hiasan bunga dan juga perhiasan mengikut
tema - RM 300
l.
Baju kaum keluarga mengikut tema – RM 350
m. Kos
berinai (jika memangil mereka datang
berinai
di rumah – RM180
TOTAL
: RM 24,810
Sekali
lagi saya nak jelaskan anggaran di atas tidak termasuk PA system,kompang,canopy dan
jika anda tidak menggunakan catering,mungkin bajet anda dalam lingkungan RM 22
000 – RM 25 000. Semuanya tertakluk pada harga barang pada peredaran masa kita
sekarang ini,sebab itu mak mak kita selalu kata “ Mak dulu kawin dengan ayah
tak ada mahal2 macam anak2 mak kawin “ Yaaa..! memang tersangat beza zaman
dahulu nak dibandingkan dengan zaman kita sekarang ini yang serba mewah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan