♥ Our Special Moments ♥

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Jumaat, 7 Disember 2012

Ringkas

Salam dan hai

Pengumuman: Pada mereka yang ada minta kertas kerja kahwin, tapi terima emel tanpa sebarang fail kepilan, tolong emel pada saya semula. Saya secara tak sengaja telah TERdelete kan sent item kat dalam trash. Jadi langsung tiada rekod penerima.

Maaf, ditarik ke kiri dan ke kanan. Tengah cuba seimbangkan kehidupan yang telah berubah 360 darjah ini.



Saya tak perlukan lebih 24 jam sehari.

Saya cuma perlu menguruskan 24 jam yang telah diberi dengan lebih teratur.

Nana Di Mana ?

Salam dan hai

Hampir 2bulan berlalu sejak post terakhir saya disini.

Ye, saya masih disini dan masih belum sempat mengarang apa-apa post yang padat pengisiannya. Terlalu banyak yang saya ingin kongsikan disini.

Tentang pengalaman berpantang saya

Tentang pengalaman melanggar pantang saya. Hehe

Tentang pengalaman menyusu badan kali pertama

Tentang pengalaman kegagalan menyusu badan kali pertama juga. Haih *siap nangis-nangis berduet dengan baby haha.

Tapi si tenit ni perlukan perhatian juga.

Bos kecik.


Mengatur waktu dengan bijak--itu skill yang perlu saya tajamkan buat masa sekarang.

InsyaAllah, kalau berkesempatan menulis, saya akan berikan post terbaru nanti ya.

Sehingga itu, jaga diri dan mereka yang tersayang.

DIY DIY & DIY

Salam dan hai


Ok, post ringkas. Nak kongsi beberapa link DIY yang saya rasa mudah dan tidak mustahil dihasilkan sendiri. 


Enjoy!! Selamat mencuba




Letter Bottles With a Hot Glue Gun

Decor / I always wondered how they did that. hot glue a bottle and spray paint

Sumber: Disini



Color Your Shoe Soles With Nail Polish

Pinned Image
Sumber: Di sini

No-Sew Pillow Cover







Sumber Disini


 Make a Sharpie Mug

Make a Sharpie Mug


Inverted Balloon
Pinned Image
DIY: put a marble inside to weigh it down


Crayon heart shape as Doorgift for kids



Sumber: Di sini



Unexpected color to the ceiling or patio with crepe paper flowers



Sumber: Disini


Pattern Fan Blades

 

Ahad, 14 Oktober 2012

Drama KRONOLOGI Kelahiran 2


Salam


Ok, tanpa membuang masa, jom kita sambung cerita daripada bahagian pertama

.
.
.
.
.
Masa tu sakit contraction amat la sakit sangat-sangat.

Dan saya cuma asyik kata "SAYA NAK BERAK.. SAYA NAK BERAK"

Tapi rasa macam tiada siapa kasi perhatian pada saya.


Maka..


Saya TERkentut kat atas katil tu.

Berlaku sekelip mata, memang tak dapat nak tahan. Malu kot, sudah la doktor lelaki, jururawat sampai 3 orang, di hadapan Mr Husband lak tu.! Dulu, masa bercinta, nak kentut pun tak berani. Ni dah kahwin, siap depan Mr Husband pulak tu. Haha

Malu..

Tapi malu-malu pun sakit tak hilang. Doktor tengok bukaan masih sama, dia kata saya terpaksa buat ceaser sebab jantung baby dah lemah bila dia tengok result CTG yang kurang cantik,dengan saya yang menahan contraction nya. Masa ni dah fikir bukan2 sebab last minit ceaser,maunya tak panik Mr Husband bila dengar,Masa ni saya tengok Mr Husband dah tak senang duduk macam cacing kepanasan,dia mula call semua ahli keluarga kami. Saya pun reda jer sign borang yang di beri. Memang dah tak fikir apa,saya di siapkan untuk tolak masuk ke bilik OT,dalam perjalanan saya sempat memohon maaf dan menggenggam tgn Mr Husband walaupun masa tu contraction terasa makin teruk !


Sampai bilik OT

Saya??

Ok, tak cakap dah "Saya nak berak". Saya cuma cakap Allahuakbar aje masa tu sebab saya dah tak rasa apa2 yg Doktor Haji Nazri buar sebab saya telah dibius separuh sedar,masa ni lah saya borak2 dengan doktor dan nurse.

Serius, kecoh gila bilik bersalin tu.


alhamdulillah, tepat 11:22 pagi,  saya dengar tangisan pertama baby. Jururawat yang angkat baby tu dan kata, "Puan, tengok. baby boy ke baby girl?"

Saya??

Saya kata  "Baby boy" pasal masa pemeriksaan, doktor kata lelaki hehe. Masa tu memang badan penat sangat. Saya membayangkan lepas melahirkan bayi, saya akan nangis, macam dalam cerita petang-petang kat tv tu. Tapi saya tidak la menangis, Cuma terasa amat penat. Dan menuggu untuk Doktor selesai jahit luka didalam, Seterusnya saya ditolak ke satu ruang,tak pasti ruang apa,saya nampak baby ada di sebelah,Hampir 1jam juga saya di situ sementara saya di tolak balik masuk ke bilik.

Uri keluar Alhamdulillah tiada masalah. Doktor yang jahitkan saya juga keluarkan darah beku.  Lepas tu, jururawat bawa baby masuk semula ke wad bersalin dan beri pada saya untuk saya susukan. Tapi dia nak tidur, tak mahu susu. Jadi jururawat letak semula baby.

Bila tinggal berdua sahaja dengan Mr Husband, kami masing-masing berpandangan. Sebabnya? Kami tak tahu nak pegang baby ni macam mana.

Nasib doktor yang sambut baby tadi, muncul semula. Dia terpaksa tinggalkan saya sebab ada kecemasan di bilik OR. Dia datang semula untuk tengok keadaan saya. Kami terus terang sahaja pada dia, yang kami tak reti dan tak berani nak pegang baby kami. Doktor tu yang ajar  pegang, memandangkan Mr Husband kena azankan baby.

Sempat berborak dengan Mr Husband kejap,dia terlalu risau masa saya berada di dalam OT,Dia kata Dato Doktor Zul keluar terus ucapkan "tahniah dapat baby boy" tapi dia tak bagitau keadaan saya,dia tunggu lagi sampai doktor Haji Nazri keluar," isteri awak selamat dan sempat minta Mr husband belikan Bubur McD untuk saya lepas ni. ahaha




Tepat 12.30tghari,saya di usung keluar dari bilik OT untuk kembali ke bilik,dekat luar saya nampak muka Mr Husband dulu kemudian kaum kerabat kami.
Baby pun diletakkan disebelah saya. Baby baik, tak menangis. Cuma tidur sahaja. Malam tu saya tak dapat tidur, badan terlalu letih. Saya cuma berbaring sahaja, sehingga la subuh.Berbaring sambil melihat nyawa yang 38minggu saya kandungkan. Macam tak percaya semuanya telah selamat. Bagai tidak percaya yang saya dapat merasa kedua dua kesakitan yang hendak bersalin secara normal kemudian secara ceaser, Terkebil-kebil saya pandang dia, macam tak percaya saya dah jadi Ibu. Saya pegang perut yang dulu buncit, sekarang --erm.. perut berlapis.. huaa~~!!
.
Alhamdulillah, baby sihat . Saya keluar hospital pada 4hb sebab saya ceaser,tu makan masa untuk keluar berbanding bersalin normal, dalam pukul 3 lebih. Dapat hadiah daripada pihak Hospital. Dalam tu ada set mandian baby.


Jadi, tu la kisah pengalaman saya melahirkan permata hati kami ke dunia ini. Penuh dengan drama.

Selepas mengharungi pengalaman ini, apa yang saya boleh kata, rezeki setiap orang memang berbeza. Mungkin rezeki saya, tidak menanggung sakit nak bersalin, tapi saya merasa sakit contraction yang amat.

Untuk orang yang tidak pernah pergi ke mana-mana kelas atau membaca bahan untuk melengkapkan diri bagi menghadapi proses bersalin ni, bagi saya, selagi kita dengar cakap doktor dan jururawat, kita redha dan tawakal padaNya, semuanya InsyaAllah akan OK. Bersalin tak sakit, kalau kita dengar arahan mereka dengan betul dan memang teknik pernafasan amat penting.

Kita bercerita tentang baby tapi saya belum kongsi lagi nama anak kami kan?

Ada kisahnya, nak memberi nama ni. Mr Husband beri idea untuk gunakan huruf pertama nama dia untuk namakan baby kami. Untuk tu, dah tentu la huruf F


Perkenalkan:


Nama: Muhammad Firas Aryyan Bin Muhammad Farhain
Tarikh Lahir: 02 Oktober 2012
Tempat Lahir: Hospital KPJ Shah Alam
Waktu Kelahiran: 11:22 pagi
Berat: 2.74kg
Tinggi: 53cm



Saya tahu, saya suka letak gambar sipi-sipi, tapi untuk kali ni, saya kongsi gambar baby kami beberapa jam selepas dilahirkan ke dunia. Masa ni, masih lebam lagi. Sekarang pipi tembam dah takde, hari-hari kena picit. Hehe

InsyaAllah, post akan datang saya akan tulis tentang pengalaman berpantang saya.

Harap masa mengizinkan, InsyaAllah.

Sabtu, 13 Oktober 2012

Drama KRONOLOGI Kelahiran 1

Salam dan hai
Jauh sekali tak tahan dengan rutin berpantang yang sudah di aturkan. Cuma rasa macam tak sanggup di layan bagai 'tuan puteri'. Makan dihidangkan, cuma bawa diri sahaja ke meja makan. Pinggan pun akan di ambil. Air mandi disediakan. Serba serbi memang tugas saya cuma kasi baby susu sahaja * dan nyelit tulis blog :P* Semua yang lain telah di sediakan.
Ye, memang betul-betul pastikan saya berpantang mengikut cara-cara tradisionalnya. Semua kerja tak boleh dibuat. Angkat cawan ke dapur pun tak kasi.
 

Untuk post kali ini, saya nak berkongsi kronologi kisah kelahiran F junior

Tapi atas kekangan masa dan idea, saya bahagikan kisah ini kepada beberapa bahagian.
 

Bahagian Pertama: Kita hanya merancang. Allah tetap yang tentukan.Sabtu, 29hb Minggu ke 38
Aktiviti saya tidak berubah. Saya masih mengemas rumah macam biasa, masak macam biasa. Memenuhi temujanji bersama Doktor Haji Nazri pagi tu.

Macam biase bila nama dah dipanggil,Doc cek tu dan ini. Tak sangka pula kene seluk ! Okey sempat tanya dengan Nurse,"sakit tak seluk tu " nurse kata "tak sakit,tarik nafas dalam2 eh"   JENG JENG JENG ! tak sangka pun yang laluan dah terbuka 3cm,Okey sangat terkejut kami berdua,tercengang kejap ! Tapi Doc baik hati,tak bagi saya admit dan nasihatkan saya suruh pergi window shoping lagi tu. Doc cuma bagitau "tak lama dah ni,esok atau lusa dah boleh" haha macam tak percaya,saya nak beranak dah,walhal date EDD saya 14hb.
 

Ahad, 30hb

Masa ni dah sedikit risau bila la baby nak keluar. Sebab tanda tanda dah mula turun,sakit perut + lendir darah. tapi tetap nak pergi jalan jalan juga,Sempat pusing2 semua shopping mall dekat lembah klang dari pagi sampai malam.
Dengan harapan,bukaan cepat buka bila pergi temujanji esok dengan doktor lagi.

Isnin 1hb
Pagi tu, saya pergi untuk checkup di Hospital KPJ Shah Alam dengan Doktor Haji Nazri.
Doktor dah tetapkan untuk temujanji bersama saya. Pemeriksaan seperti biasa.Hari ni juga adalah pengalaman kedua kena seluk. Okey kali ni memang dah sakit sangat bila kene seluk !. Saya dah baca banyak sangat pengalaman sakit diseluk, jadi automatik saya dah bina dalam otak ni, mesti sakit kena seluk..Dan ye memang sakit kena seluk--terutama kalau kita melawan/ halang/ kemut. Haha. Terus trauma. Doktor Haji Nazri dah kata "jangan lawan", tapi saya kemut juga pasal takut sakit. Bila fikir semula, kena seluk aje kot, bukan kena raba ke apa nak trauma sangat aku ni! Bukaan masih 3 cm sahaja, Punya beria saya jalan kaki semalam bagai nak tercabut kaki ni,rupanya masih sama lagi bukaannya.

Tips: Doktor Haji Nazri ada bagitau, untuk elakkan induce, bila dah dekat-dekat dengan tarikh EDD, bersama la dengan suami. Tu "induce" yang paling semulajadi.

Disebabkan saya sakit sebab kene seluk tu,Doktor minta saya admit terus, Masa tu,baru saya ingat,dapur gas dah tutup ke? Pintu berkunci tak? haha.

Selepas pemeriksaan,Mulalah hati ni resah gelisah,siap menangis tu ! Sebabnya,betul ke AKU DAH NAK BESALIN?, Masa tu lah pandang muka Mr Husband,Naik wad, saya diminta untuk CTG. Nurse baik sangat, siap ajar Mr Husband cara nak tengok graf yang mana jantung baby, yang mana contraction.


Malam tu,Saya rehat atas katil, tapi sakit contraction dah mula terasa setiap 1jam,Masa tu Nurse memang keluar masuk bilik sebab nak cek CTG . Mr husband solat Isya' dulu di sebelah katil saya dan saya pula cuma mengerang-ngerang atas katil. Bila sakit contraction datang, saya pegang besi katil tu kuat-kuat. Tapi lama-lama tu terfikir, kalau macam ni, mahu nye masa bersalin nanti, saya takde tenaga dah. Jadi saya biarkan sahaja sakit contraction tu datang tanpa dilawan. Terfikir nak buat teknik pernafasan, tapi saya tak ada masuk mana-mana kelas haha. Jadi saya bernafas sahaja macam yang saya tengok kat tv bila ada adengan wanita nak bersalin. sambil tu baca surah Nabi Yunus masa keluar daripada perut ikan tu.
 
Hari Kelahiran - 2hb Oktober 2012
5pagi - Sakit contraction memang nauzubillah amat sakit bagi saya. Walaupun semalam saya takut diseluk, tapi masa sakit contraction ni, saya sendiri minta tolong jururawat periksa bukaan saya. Bila dia periksa, sudah 5cm.
 

Mr Husband sentiasa disebelah saya. Dia tak tahu nak buat apa. Saya cuma minta dia SMS keluarga kami .Masa tahan sakit contraction, macam-macam saya fikir dan rasa. Masa tu la terasa macam kepala baby dah nak keluar sangat kat bawah tu. Masa ni la fikir kenapa air ketuban tak keluar-keluar lagi.

Mungkin dah ditakdirkan, sakit contraction bagi saya memang tak tertanggung. Nak kira berapa kekerapannya, saya tak pernah tahu pasal tak baca hal ni hehe. *Teori saya, kalau saya tahu terlalu banyak, saya takut saya akan lebih panik. Jadi mungkin ada baik tak tahu. Tapi memang amat sakit. Apatah lagi untuk orang yang jarang kena period pain, jadi saya tak tahu nak samakan sakitnya bagaimana. Mr Husband disebelah cuma usap kepala saya sahaja pasal dia pun tak tahu nak buat apa.



6.30pagi - Saya di minta untuk pergi ke labour room,Masa ni macam macam ayat yang dah terkumat kamit dekat bibir saya. Saya di minta untuk baring kemudian nurse ada masukkan sebatang lidi,masa tu lah saya rasa sejuk di kaki,bila saya tanya Mr Husband "air apa yang mengalir" rupanya "nurse pecahkan air ketuban". Masa ni lah,contraction makin kerap yang amat ! Tambah lagi Nurse masukkan induce ! Sebab saya dah terlampau sakit sangat ! Sampaikan saya pegang besi katil tu bagau nak roboh! Masa nilah saya pegang erat tangan Mr Husband,kata Mr Husband "tangan saya macam lelaki nak gaduh" sampai merah2 saya genggam. Mana taknya contractionnya yang teramat sangat ! Nurse minta saya sedut gas bagi menghilangkan sakit tapi tak berjaya ! sebab gas tu tak mendatangkan apa2 faedah pun. haha


Walaupun sebelum ni, saya dah tanamkan azam dalam hati tak mahu ambil epidural selepas bermacam-macam pendapat yang saya dengar, tapi bila dah rasa sakit contraction tu, memang saya lemah semangat. Saya minta Mr Husband panggilkan nurse, saya nak amik epidural.
Tapi tak boleh bila nurse tengok hasil CTG saya kurang memuaskan,jantung baby dan saya tidak stabil sebab saya menahan sakitnya. Nurse minta saya bertenang dan suruh saya tarik nafas,tapi saya dah tak boleh buat semua tu sebab saya sakit yang terlampau !!!

Nurse Terus periksa bukaan saya dan bukaan baru 6cm,tapi saya dah tak tahan,bayangkan saya menahan contraction dari 7pagi smpai 10.30pagi,nurse pecahkan ketuban sekitar 6.45pagi kemudian induce masuk,maunya saya tak meraung.


Masa tu sakit contraction amat la sakit sangat-sangat.

Dan saya cuma asyik kata
"SAYA NAK BERAK.. SAYA NAK BERAK"
...

..

..


Episod seterusnya akan bersambung-- berak di atas katil bersalin-- nice~~~ ahaha * takmo dah bersalin kat KPJ pasal segan dengan jururawat dan doktor masa tu





Nota: Ada ke ibu mengandung yang terjerit-jerit kata nak berak selain saya? Harap ada, tak de la saya rasa keseorangan sangat aahahah

Seminggu


Salam dan hai

Ibu masih lagi tidak benarkan saya menulis blog tapi saya degil. Kata nak tulis sikit sahaja, tak best la kan biarkan blog bersawang sedangkan yang datang membaca masih ada.


Maka cuma dapat tempelkan gambar sahaja.




Mr Husband yang kepenatan melayan kerenah hero =)

Kelahiran Pertama Kami

 Salam


Rasanya, rata-rata ada yang sudah tau tentang kehadiran si hero baru dalam hidup saya dan Mr Husband dalam laman sosial Facebook.

Alhamdulillah, semuanya selamat. Bayi lelaki selamat dilahirkan pada hari selasa, 02 hb yang lalu, ketika berusia 38 minggu, cuma dua minggu awal dari tarikh EDD saya. Berat normal 2.74kg, dilahirkan secara last minit pemedahan di Hospital KPJ Shah Alam bersama team yang amat bagus dan suami tercinta di sisi.

Memang satu pengalaman yang tak dapat digambarkan. Juga membuktikan, setiap ibu pasti menempuh pengalaman yang berbeza. InsyaAllah, selepas mahupun semasa tempoh berpantang, saya dapat kongsikan serba sedikit pengalaman saya. 


Perkenalkan F junior !


 

Khamis, 20 September 2012

Kegatalan di 35w ++

Salam



 Kisah perut pula?

Saya dah mempunyai stretchmark yg agak banyak!!!Tiba2 jadi banyak plak tu! seblum ni masuk 30 weeks dah realize ada skit2.. tp skit jela.. makin ketara sejak last week!sampai ke pusat dah...yang tak tahannya gatal yang teramat!kalau setakat ada je ok la.. Nak buat macam mana ?? Saya pun tak tau macam mana strechmark ni bleh muncul pula... Sedangkan tiap2 hari sapu minyak bio-oil dengan Losyen.


Google2 carik cara nk hilangkan gatal strechmark nih:

1. Sapu losyen bukan sahaja membantu mempercepatkan tanda hitam diperut hilang, ia juga membantu melembabkan kulit.

2. Minum air suam atau air panas mengikut kuantiti yang disyorkan iaitu 2 liter sehari.


Kesimpulannya, gatal macam mana pun xleh garu tauuu!!!Nanti susah nk hilang parutnya.. dah le mmg susah nk hilang.


Imbasan Sejenak

Salam

Terutama sekali nak ucapkan maaf dan beribu maaf sebab dah lama tak muncul lepas post yang terakhir dulu,bukan tak nak post cume line internat yang kurang memuaskan hati untuk mengarang dan juga mengePOST gambar ! :< Pendekkan cerita,saya nak imbas kembali perjalanan cerita semasa puasa,semasa raya dan sesudah raya ni :)

1. Ramadan Kembali
Alhamdullilah,ramadan kali ni saya bersama Mr Husband menyambut dengan kesederhanaan,memandangkan saya tengah menyarat masa ni,masak pun ala kadar saja buat2 lepas tekak kami suami isteri,petang pula pergi bazar cari juadah kuih muih saja.







2. Ragam Raya 2012
Perjalan cerita raya ni memang memenatkan bagi saya pada tahun ni,kalau tahun lepas,masih bergiat aktif untuk ke sana sini tapi tahun ni terbatas sedikit dengan mengah2 melanda diri. Tahun ni saya beraya di rumah MIL,sebelah umah Husband saya,jadi kami balik kampung hari sabtu pagi,sehari sebelum raya. 

Balik saja umah MIL,adik beradik lain dah ada,kemas2 umah,pasang2 apa yg patut lah kan. Malam tu sempat pergi shoping lagi n halaman umah MIL memang penuh dgn anak buah main bunga api. Tengah Malam pula family abang Husband saya dari Bukit Merah sampai. Memang meriahlah kan.

Saya dan husband tak lama dekat kampung,selasa malam dah balik umah sebab raya keempat Husband dah mula kerja.Masing2 pun dah balik umah sendiri selasa petang tu.













3. Merdeka Oh Merdeka
Selang berapa minggu kita raya,muncul pula hari MERDEKA,31 Ogos jatuh pada hari jumaat,jadi sekali lagi kami ambil kesempatan untuk balik ke kampung n ari sabtu tu kami sempat pergi ke KPJ Shah Alam untuk buat booking dan check up,Alhamdullilah urusan kami di permudahkan semuanya

Hari ahad tu pula,kami pergi ke Umra Klinik untuk buat scan 3d/4d dengan Jezlyn sekali lagi atas sebab permintaan Husband saya. Masa scan saya tgh 34w dan ruang dah padat untuk tengok si kecil ni,tapi akhirnya dia tunjukkan juga muka tembamnya tu.

 Hujung minggu yang padat dengan pelbagai program,Masa tu jugalah saya di landa demam,selesema dan batuk yang teruk dan menyeksakan saya :<





Macam tu padatlah waktu harian saya sebelum ni,Semoga kita berjumpa lagi di post akan datang :-) Jangan risau,saya masih lagi menulis untuk anda2 semua.

 

Isnin, 23 Julai 2012

Persediaan Barang untuk ke Hospital

Salam

 Alhamdullilah puasa untuk hari ketiga kita semua hari ini,saya pun syukur rasa sebab dapat bertahan untuk puasa,walaupun adakala baby kick2 dengan aktif tidak seperti hari biasa :)  Sama2 kita puasa ya sayang.
 

My baby sekarang =>

Banyak persediaan yang perlu di buat,kata org 7 bulan pun dah boleh due tapi saya harap baby due pada date yang telah di jangkakan =)

Bila dah 7bulan kandungan ni,mulalah nak packing2 barang masuk dalam beg dan simpan terus dalam bonet kereta,kot2 lah kalau ada emergency,tak ada lah saya serta Husband kelam kabut untuk capai pakaian2 baby dan mommy =D 




Baby Bag's Hospital
 
 CHECKLIST FOR HOSPITAL BAG BABY

 
1.     newborn pampers 5pcs
2.     baju baby(Lengan panjang / pendek) 4 pasang
3.     minyak telon
4.     towel baby
5.     sarung tangan baby 4pasang
6.     sarung kaki baby 4pasang
7.     peralatan mandian baby
8.     selimut
9.     bedung
10.   barut 4helai
11.   blanket

Mommy Bag's Hospital

Okey boleh abaikan rempah herba serta bengkung JMD dalam gamabr tu sebab saya ambik gambar secara rawak =) haha.  

 
CHECKLIST FOR HOSPITAL BAG MOMMY

 
1.     buku merah
2.     kad pengenalan
3.     h/p
4.     baju/t'shirt 4helai
5.     stokin
6.     kain batik 4 helai
7.     baju dalam
8.     sluar dalam
9.     peralatan mandi
10.   tuala mandi
11.   maternity pad madame pureen
    12.      air zam zam
    13      nursing pad pureen
    14.     breastpam avent manual


Ramadhan Menjelang Lagi





Salam


Post Pendek


Alhamdullilah,rata2 semua sudah mengetahui bahawa tanggal 21 Julai 2012 adalah tarikh untuk semua umat islam berpuasa. Dan kali ni juga tahun kedua saya sebagai isteri menyambut puasa bersama suami tersayang =) Ops ! haha. Saya berharap sangat tahun ni saya dapat berpuasa penuh dan di beri kekuatan dan kesihatan untuk menahan puasa saya. Bermakna puasa saya tahun ni dengan kehadiran si kecil di dalam perut,Harap baby dapat bertahan bila mumy berpuasa nanti =)


Jadi di kesempatan ini saya serta suami ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK =)


Pergi ke pasar membeli mangga
Dibuat sambal segar rasanya
Beberapa hari lagi kan tiba
Puasa Ramadhan rukun ketiga

Ramadhan bulan penuh keinsafan
Mendidik jiwa mengajar kesabaran
Buat lah amalan dengan kesungguhan
Agar Al Qadar kita temukan

Hiasi Ramadhan dengan tasbih
Untuk kuatkan diri yang lemah
Jaga pandangan kawal lah lidah
Semoga sentiasa dilindungi Allah

Terawih jangan kita lupakan
Walaupun ia nya sunat di amalkan
Tadarus Al Quran juga disertakan
Hati yang keras mudah dilembutkan

Ramadhan hanya tiba sekali
Dekatkan diri kepada Ilahi
Sucikan diri bersihkan hati
Agar wajah muda berseri