♥ Our Special Moments ♥

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Ahad, 14 Oktober 2012

Drama KRONOLOGI Kelahiran 2


Salam


Ok, tanpa membuang masa, jom kita sambung cerita daripada bahagian pertama

.
.
.
.
.
Masa tu sakit contraction amat la sakit sangat-sangat.

Dan saya cuma asyik kata "SAYA NAK BERAK.. SAYA NAK BERAK"

Tapi rasa macam tiada siapa kasi perhatian pada saya.


Maka..


Saya TERkentut kat atas katil tu.

Berlaku sekelip mata, memang tak dapat nak tahan. Malu kot, sudah la doktor lelaki, jururawat sampai 3 orang, di hadapan Mr Husband lak tu.! Dulu, masa bercinta, nak kentut pun tak berani. Ni dah kahwin, siap depan Mr Husband pulak tu. Haha

Malu..

Tapi malu-malu pun sakit tak hilang. Doktor tengok bukaan masih sama, dia kata saya terpaksa buat ceaser sebab jantung baby dah lemah bila dia tengok result CTG yang kurang cantik,dengan saya yang menahan contraction nya. Masa ni dah fikir bukan2 sebab last minit ceaser,maunya tak panik Mr Husband bila dengar,Masa ni saya tengok Mr Husband dah tak senang duduk macam cacing kepanasan,dia mula call semua ahli keluarga kami. Saya pun reda jer sign borang yang di beri. Memang dah tak fikir apa,saya di siapkan untuk tolak masuk ke bilik OT,dalam perjalanan saya sempat memohon maaf dan menggenggam tgn Mr Husband walaupun masa tu contraction terasa makin teruk !


Sampai bilik OT

Saya??

Ok, tak cakap dah "Saya nak berak". Saya cuma cakap Allahuakbar aje masa tu sebab saya dah tak rasa apa2 yg Doktor Haji Nazri buar sebab saya telah dibius separuh sedar,masa ni lah saya borak2 dengan doktor dan nurse.

Serius, kecoh gila bilik bersalin tu.


alhamdulillah, tepat 11:22 pagi,  saya dengar tangisan pertama baby. Jururawat yang angkat baby tu dan kata, "Puan, tengok. baby boy ke baby girl?"

Saya??

Saya kata  "Baby boy" pasal masa pemeriksaan, doktor kata lelaki hehe. Masa tu memang badan penat sangat. Saya membayangkan lepas melahirkan bayi, saya akan nangis, macam dalam cerita petang-petang kat tv tu. Tapi saya tidak la menangis, Cuma terasa amat penat. Dan menuggu untuk Doktor selesai jahit luka didalam, Seterusnya saya ditolak ke satu ruang,tak pasti ruang apa,saya nampak baby ada di sebelah,Hampir 1jam juga saya di situ sementara saya di tolak balik masuk ke bilik.

Uri keluar Alhamdulillah tiada masalah. Doktor yang jahitkan saya juga keluarkan darah beku.  Lepas tu, jururawat bawa baby masuk semula ke wad bersalin dan beri pada saya untuk saya susukan. Tapi dia nak tidur, tak mahu susu. Jadi jururawat letak semula baby.

Bila tinggal berdua sahaja dengan Mr Husband, kami masing-masing berpandangan. Sebabnya? Kami tak tahu nak pegang baby ni macam mana.

Nasib doktor yang sambut baby tadi, muncul semula. Dia terpaksa tinggalkan saya sebab ada kecemasan di bilik OR. Dia datang semula untuk tengok keadaan saya. Kami terus terang sahaja pada dia, yang kami tak reti dan tak berani nak pegang baby kami. Doktor tu yang ajar  pegang, memandangkan Mr Husband kena azankan baby.

Sempat berborak dengan Mr Husband kejap,dia terlalu risau masa saya berada di dalam OT,Dia kata Dato Doktor Zul keluar terus ucapkan "tahniah dapat baby boy" tapi dia tak bagitau keadaan saya,dia tunggu lagi sampai doktor Haji Nazri keluar," isteri awak selamat dan sempat minta Mr husband belikan Bubur McD untuk saya lepas ni. ahaha




Tepat 12.30tghari,saya di usung keluar dari bilik OT untuk kembali ke bilik,dekat luar saya nampak muka Mr Husband dulu kemudian kaum kerabat kami.
Baby pun diletakkan disebelah saya. Baby baik, tak menangis. Cuma tidur sahaja. Malam tu saya tak dapat tidur, badan terlalu letih. Saya cuma berbaring sahaja, sehingga la subuh.Berbaring sambil melihat nyawa yang 38minggu saya kandungkan. Macam tak percaya semuanya telah selamat. Bagai tidak percaya yang saya dapat merasa kedua dua kesakitan yang hendak bersalin secara normal kemudian secara ceaser, Terkebil-kebil saya pandang dia, macam tak percaya saya dah jadi Ibu. Saya pegang perut yang dulu buncit, sekarang --erm.. perut berlapis.. huaa~~!!
.
Alhamdulillah, baby sihat . Saya keluar hospital pada 4hb sebab saya ceaser,tu makan masa untuk keluar berbanding bersalin normal, dalam pukul 3 lebih. Dapat hadiah daripada pihak Hospital. Dalam tu ada set mandian baby.


Jadi, tu la kisah pengalaman saya melahirkan permata hati kami ke dunia ini. Penuh dengan drama.

Selepas mengharungi pengalaman ini, apa yang saya boleh kata, rezeki setiap orang memang berbeza. Mungkin rezeki saya, tidak menanggung sakit nak bersalin, tapi saya merasa sakit contraction yang amat.

Untuk orang yang tidak pernah pergi ke mana-mana kelas atau membaca bahan untuk melengkapkan diri bagi menghadapi proses bersalin ni, bagi saya, selagi kita dengar cakap doktor dan jururawat, kita redha dan tawakal padaNya, semuanya InsyaAllah akan OK. Bersalin tak sakit, kalau kita dengar arahan mereka dengan betul dan memang teknik pernafasan amat penting.

Kita bercerita tentang baby tapi saya belum kongsi lagi nama anak kami kan?

Ada kisahnya, nak memberi nama ni. Mr Husband beri idea untuk gunakan huruf pertama nama dia untuk namakan baby kami. Untuk tu, dah tentu la huruf F


Perkenalkan:


Nama: Muhammad Firas Aryyan Bin Muhammad Farhain
Tarikh Lahir: 02 Oktober 2012
Tempat Lahir: Hospital KPJ Shah Alam
Waktu Kelahiran: 11:22 pagi
Berat: 2.74kg
Tinggi: 53cm



Saya tahu, saya suka letak gambar sipi-sipi, tapi untuk kali ni, saya kongsi gambar baby kami beberapa jam selepas dilahirkan ke dunia. Masa ni, masih lebam lagi. Sekarang pipi tembam dah takde, hari-hari kena picit. Hehe

InsyaAllah, post akan datang saya akan tulis tentang pengalaman berpantang saya.

Harap masa mengizinkan, InsyaAllah.

Tiada ulasan: