♥ Our Special Moments ♥

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Sabtu, 13 Oktober 2012

Drama KRONOLOGI Kelahiran 1

Salam dan hai
Jauh sekali tak tahan dengan rutin berpantang yang sudah di aturkan. Cuma rasa macam tak sanggup di layan bagai 'tuan puteri'. Makan dihidangkan, cuma bawa diri sahaja ke meja makan. Pinggan pun akan di ambil. Air mandi disediakan. Serba serbi memang tugas saya cuma kasi baby susu sahaja * dan nyelit tulis blog :P* Semua yang lain telah di sediakan.
Ye, memang betul-betul pastikan saya berpantang mengikut cara-cara tradisionalnya. Semua kerja tak boleh dibuat. Angkat cawan ke dapur pun tak kasi.
 

Untuk post kali ini, saya nak berkongsi kronologi kisah kelahiran F junior

Tapi atas kekangan masa dan idea, saya bahagikan kisah ini kepada beberapa bahagian.
 

Bahagian Pertama: Kita hanya merancang. Allah tetap yang tentukan.Sabtu, 29hb Minggu ke 38
Aktiviti saya tidak berubah. Saya masih mengemas rumah macam biasa, masak macam biasa. Memenuhi temujanji bersama Doktor Haji Nazri pagi tu.

Macam biase bila nama dah dipanggil,Doc cek tu dan ini. Tak sangka pula kene seluk ! Okey sempat tanya dengan Nurse,"sakit tak seluk tu " nurse kata "tak sakit,tarik nafas dalam2 eh"   JENG JENG JENG ! tak sangka pun yang laluan dah terbuka 3cm,Okey sangat terkejut kami berdua,tercengang kejap ! Tapi Doc baik hati,tak bagi saya admit dan nasihatkan saya suruh pergi window shoping lagi tu. Doc cuma bagitau "tak lama dah ni,esok atau lusa dah boleh" haha macam tak percaya,saya nak beranak dah,walhal date EDD saya 14hb.
 

Ahad, 30hb

Masa ni dah sedikit risau bila la baby nak keluar. Sebab tanda tanda dah mula turun,sakit perut + lendir darah. tapi tetap nak pergi jalan jalan juga,Sempat pusing2 semua shopping mall dekat lembah klang dari pagi sampai malam.
Dengan harapan,bukaan cepat buka bila pergi temujanji esok dengan doktor lagi.

Isnin 1hb
Pagi tu, saya pergi untuk checkup di Hospital KPJ Shah Alam dengan Doktor Haji Nazri.
Doktor dah tetapkan untuk temujanji bersama saya. Pemeriksaan seperti biasa.Hari ni juga adalah pengalaman kedua kena seluk. Okey kali ni memang dah sakit sangat bila kene seluk !. Saya dah baca banyak sangat pengalaman sakit diseluk, jadi automatik saya dah bina dalam otak ni, mesti sakit kena seluk..Dan ye memang sakit kena seluk--terutama kalau kita melawan/ halang/ kemut. Haha. Terus trauma. Doktor Haji Nazri dah kata "jangan lawan", tapi saya kemut juga pasal takut sakit. Bila fikir semula, kena seluk aje kot, bukan kena raba ke apa nak trauma sangat aku ni! Bukaan masih 3 cm sahaja, Punya beria saya jalan kaki semalam bagai nak tercabut kaki ni,rupanya masih sama lagi bukaannya.

Tips: Doktor Haji Nazri ada bagitau, untuk elakkan induce, bila dah dekat-dekat dengan tarikh EDD, bersama la dengan suami. Tu "induce" yang paling semulajadi.

Disebabkan saya sakit sebab kene seluk tu,Doktor minta saya admit terus, Masa tu,baru saya ingat,dapur gas dah tutup ke? Pintu berkunci tak? haha.

Selepas pemeriksaan,Mulalah hati ni resah gelisah,siap menangis tu ! Sebabnya,betul ke AKU DAH NAK BESALIN?, Masa tu lah pandang muka Mr Husband,Naik wad, saya diminta untuk CTG. Nurse baik sangat, siap ajar Mr Husband cara nak tengok graf yang mana jantung baby, yang mana contraction.


Malam tu,Saya rehat atas katil, tapi sakit contraction dah mula terasa setiap 1jam,Masa tu Nurse memang keluar masuk bilik sebab nak cek CTG . Mr husband solat Isya' dulu di sebelah katil saya dan saya pula cuma mengerang-ngerang atas katil. Bila sakit contraction datang, saya pegang besi katil tu kuat-kuat. Tapi lama-lama tu terfikir, kalau macam ni, mahu nye masa bersalin nanti, saya takde tenaga dah. Jadi saya biarkan sahaja sakit contraction tu datang tanpa dilawan. Terfikir nak buat teknik pernafasan, tapi saya tak ada masuk mana-mana kelas haha. Jadi saya bernafas sahaja macam yang saya tengok kat tv bila ada adengan wanita nak bersalin. sambil tu baca surah Nabi Yunus masa keluar daripada perut ikan tu.
 
Hari Kelahiran - 2hb Oktober 2012
5pagi - Sakit contraction memang nauzubillah amat sakit bagi saya. Walaupun semalam saya takut diseluk, tapi masa sakit contraction ni, saya sendiri minta tolong jururawat periksa bukaan saya. Bila dia periksa, sudah 5cm.
 

Mr Husband sentiasa disebelah saya. Dia tak tahu nak buat apa. Saya cuma minta dia SMS keluarga kami .Masa tahan sakit contraction, macam-macam saya fikir dan rasa. Masa tu la terasa macam kepala baby dah nak keluar sangat kat bawah tu. Masa ni la fikir kenapa air ketuban tak keluar-keluar lagi.

Mungkin dah ditakdirkan, sakit contraction bagi saya memang tak tertanggung. Nak kira berapa kekerapannya, saya tak pernah tahu pasal tak baca hal ni hehe. *Teori saya, kalau saya tahu terlalu banyak, saya takut saya akan lebih panik. Jadi mungkin ada baik tak tahu. Tapi memang amat sakit. Apatah lagi untuk orang yang jarang kena period pain, jadi saya tak tahu nak samakan sakitnya bagaimana. Mr Husband disebelah cuma usap kepala saya sahaja pasal dia pun tak tahu nak buat apa.



6.30pagi - Saya di minta untuk pergi ke labour room,Masa ni macam macam ayat yang dah terkumat kamit dekat bibir saya. Saya di minta untuk baring kemudian nurse ada masukkan sebatang lidi,masa tu lah saya rasa sejuk di kaki,bila saya tanya Mr Husband "air apa yang mengalir" rupanya "nurse pecahkan air ketuban". Masa ni lah,contraction makin kerap yang amat ! Tambah lagi Nurse masukkan induce ! Sebab saya dah terlampau sakit sangat ! Sampaikan saya pegang besi katil tu bagau nak roboh! Masa nilah saya pegang erat tangan Mr Husband,kata Mr Husband "tangan saya macam lelaki nak gaduh" sampai merah2 saya genggam. Mana taknya contractionnya yang teramat sangat ! Nurse minta saya sedut gas bagi menghilangkan sakit tapi tak berjaya ! sebab gas tu tak mendatangkan apa2 faedah pun. haha


Walaupun sebelum ni, saya dah tanamkan azam dalam hati tak mahu ambil epidural selepas bermacam-macam pendapat yang saya dengar, tapi bila dah rasa sakit contraction tu, memang saya lemah semangat. Saya minta Mr Husband panggilkan nurse, saya nak amik epidural.
Tapi tak boleh bila nurse tengok hasil CTG saya kurang memuaskan,jantung baby dan saya tidak stabil sebab saya menahan sakitnya. Nurse minta saya bertenang dan suruh saya tarik nafas,tapi saya dah tak boleh buat semua tu sebab saya sakit yang terlampau !!!

Nurse Terus periksa bukaan saya dan bukaan baru 6cm,tapi saya dah tak tahan,bayangkan saya menahan contraction dari 7pagi smpai 10.30pagi,nurse pecahkan ketuban sekitar 6.45pagi kemudian induce masuk,maunya saya tak meraung.


Masa tu sakit contraction amat la sakit sangat-sangat.

Dan saya cuma asyik kata
"SAYA NAK BERAK.. SAYA NAK BERAK"
...

..

..


Episod seterusnya akan bersambung-- berak di atas katil bersalin-- nice~~~ ahaha * takmo dah bersalin kat KPJ pasal segan dengan jururawat dan doktor masa tu





Nota: Ada ke ibu mengandung yang terjerit-jerit kata nak berak selain saya? Harap ada, tak de la saya rasa keseorangan sangat aahahah

1 ulasan:

Putri Qaseh berkata...

Cerita awak sebijik mcm yg diceritakn xora diaterimanikahnya dlm pengalaman bersalin dia..mungkin kebetulan ;)