♥ Our Special Moments ♥

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Selasa, 22 Mei 2012

Adakah Anda Seberani ini ?



Salam
 
Post pendek

Cantik kombinasi warna ini. Walau nampak terlalu terang, tapi cantik tu (pada mata saya). Kalau tema hindustan, memang masuk kan?

Tengok bunga tangan pun sepadan dengan warna gaun.


Cuma berani atau tidak aje.
Ada bran?

Ahad, 20 Mei 2012

Kiraan Bajet Pertunangan

Salam

Sedapkan cuti2 ni,lepak dgn suami dkt rumah tak ade sapa kacau (ooppps!). Cuti ni,saya sekali lagi menadah mata ni untuk membaca email dari kawan saya yg rungsi mengenai perbelanjaan untuk majlis pertunangan mereka awal bulan julai ini.

Seperti yg anda sedia maklum,saya tidak pernah menceritakan kiraan bajet untuk majlis pertunangan saya dahulu. Sebenarnya ia tidak seRUMIT,seSUSAH mana yang kita fikirkan seperti kita hendak merancang majlis perkahwinan. 

Mungkin kiraan bajet majlis pertunangan saya dahulu,dapat menyelesaikan masalah kawan saya serta bakal2 b2b yang hendak melangsungkan majlis pertunangan kalian.

- Sedia maklum,kiraan ni telah di sekalikan dengan dua majlis iaitu merisik serta pertunangan (bersamaan16dulang untuk kedua2 belah pihak).

1. Cincin belah rotan dan Batu atau sebagainya = Rm600 (biasa harga emas ikut kenaikan atau penurunannya mengikut masa,jadi jika anda merancang untuk bertunang pada bulan August,mungkin anda boleh membelinya ketika harga emas turun)

2. Barangan hantaran: Rm3000 (untuk kedua2 belah pihak serta ikut kemampuan anda sendiri)

3. Gubahan hantaran untuk pihak perempuan dan lelaki. (Jika anda DIY sendiri hantaran untuk kedua belah pihak dapat menjimatkan lagi kos walaupun hanya rm100-rm200) Manakala (jika anda DIY hantaran di kedai,pihak kedai akan mengambil kira dari segi bajer anda)
Contoh: 
-DIY sendiri ; Perbelanjaan dari segi bunga tiruan/fresh,kabus,renda,manik DLL = Rm300 (untuk kedua belah pihak)
-DIY kedai ; Ikut bajet anda = jika 1 dulang anda ambil Rm70 = Rm80 x 10dulang = Rm800
 (Ini hanyalah kiraan bajet saya sahaja,ini kerana semasa saya bertunang,ada yang saya DIY sendiri dan ada yang saya DIY kedai sebab tak sempat nak DIY masa tu.)


4. Andaman : Baju kurung moden + Baju Melayu sulam = Rm500
   Make Up   : Rm200


5. OP : Saya ambik dari Kakak sepupu saya sendiri (FOC) terima kasih,menjimatkan lagi bajet saya masa tu.


6. Makanan/Canopy :
- Makanan,kaum keluarga saya yang masak jadi bajet dapat mengurangkan lagi masa tu = Rm300
- Canopy ; Rm200 x 2 canopy = Rm400


Total = RM6,100 




Seperti yang sedia maklum,ni hanyalah kiraan bajet saya pada tahun 2010 dan ianya hanyalah kiraan secara keseluruhan,jika hendak kiraan yang sepenuhnya,saya tidak dapat beri sebab saya sendiri sudah lupa kiraan bajet yang sebenarnya ketika itu.


 

Khamis, 17 Mei 2012

Idea Riben Menjadi Pilihan ?

Salam

Sudah nak masuk minggu ketiga dalam bulan Mei. Cepat sungguh masa berlalu kan? rasanya, rata-rata bakal pengantin dalam senarai blog saya ni, mesti semakin pantas buat persiapan. Takpe, buat perlahan-lahan. Jangan kena serangan kalut. Kadang-kadang kita rasa banyak lagi belum siap, walhal dah banyak sudah kita uruskan.

Kali ni, saya nak kongsi idea dekorasi ringkas menggunakan riben

Daripada ini..


.. Kepada ini


Mana la tahu, kalau-kalau ada baki super banyak riben kat rumah tak tau nak buat apa.

Boleh klik untuk cara-caranya disini:
bluelightbride.com

Idea Maternity Photoshoot


 Salam,

Berkesempatan lagi untuk saya post di ruang ni lagi,jangan risau saya tidak ke mana mana dan saya tetap masih menulis di sini dan di sini lagi,cume minggu lepas saya berada dalam keadaan yang sibuk ke sana sini dan kesihatan yang kurang memuaskan juga.

Hari ini saya terpanggil dengan idea untuk membuat Maternity Photoshoot,walaupun ia nya lari sedikit dari tajuk untuk bakal pengantin tapi saya tetap hendak berkongsi juga idea ni pada anda semua. 

Seperti yang kita tau,kalau sebelum kawin kita ada Pre-wedding photoshoot sehinggalah ke Outdoor photoshoot,tapi kali ni saya terasa dan teringin untuk membuat Maternity Photoshoot. Ianya sama seperti Pre-wedding photoshoot cume kadaan berlainan sikit bila kita shoot bersama si kecil di dalam perut. :)

1 Akhirnya Maternity Photoshoot ni da di LULUSkan 100% dari Mr Husband (akhirnya pujuk dan alasan saya menjadi untuk menunaikan impian saya ini =)

2 Walaupun ianya hanya gambar sahaja tapi saya tetap mahu !
 
3 ............ Tu kot rasanya alasan yg saya bagi dekat Mr Husband =D

 

 ~buat kat taman pun ok gak kan~
 sumber : deelapena

~ni macam kat pantai je tempatnye..~ 

 sumber : mz design

~sweet gambar pengang tangan~
 sumber : klik sini





 Selamat mencuba semua (saya sendiri pun sedang mencari2 OP untuk Maternity Photoshoot nanti)





Nota: Untuk email permintaan kertas kerja,InsyaAllah saya akan membalasnya secepat mungkin dan mana yg saya dah balas tapi tidak dapat,anda boleh cek di spam =) 

Ahad, 13 Mei 2012

Bunga Bunga Dan Bunga

Salam dan hai


Post pendek, lebih kepada perkongsian idea dan gambar.


Berkenaan bunga.


Bunga-bunga di keliling kepala si 'bunga-bunga' cilik




dan bunga yang digunakan untuk deko cupcakes, yang sepadan dengan hiasan bunga meja.




Kalau dah bunga tu, macam mana pun tetap cantik kan?


Masih berhutang keliling pinggang untuk post-post yang lebih bermakna kupasannya. Masih mengarang dan mencari momentum yang sewajarnya.


InsyaAllah, saya masih disini dan bakal menulis dengan IzinNya.

Rabu, 2 Mei 2012

Katakan TIDAK PADA 20 Pekara

Salam dan hai

Merancang sendiri majlis perkahwinan kita memang menyeronokkan, penat, teruja, stres, dan kadang-kadang mengecewakan. Tapi tak apa, pengalaman sekali seumur hidup (atau mungkin berkali-kali kalau kamu merancang pula majlis adik-beradik atau kawan-kawan).

Kali ini saya nak kongsi beberapa perkara yang saya kutip daripada pengalaman tempoh hari, saya kira mungkin dapat membantu bakal pengantin yang rata-ratanya sekarang, memilih dan mencari vendor masing-masing.

Untuk majlis kami, kami sendiri memilih vendor-vendor kami, kecuali untuk katerer. Yang lain, semua kami berdua usahakan, dengan bantuan maklumat daripada kawan-kawan rapat.

Ini la senarai 20 perkara yang mesti kamu perlu katakan tidak kepada diri sendiri apabila melibatkan berurusan dengan vendor.

Kamu tidak

1) TIDAK .. akan menempah dewan/ masjid/ hotel tanpa melihatnya dengan mata kepala kamu sendiri. Kamu boleh merujuk pada gambar-gambar di lokasi yang sama, tapi apa pun cuba usahakan untuk ke tempat itu sendiri. Kadang-kadang, sudut dalam gambar, menjadikan lokasi itu kelihatan cantik. Tak kira lagi editing yang dibuat oleh OP dan pencahayaan. Ambil kira sekali jika berlaku sebarang renovasi pada lokasi. Jadi elok kamu ke tempat itu sendiri dan dapatkan tanggapan pertama kamu.

2) TIDAK .. akan bekerjasama dengan sesiapa tanpa perincian yang jelas, walaupun vendor tu kawan-kawan atau saudara mara. Jika kawan nak sponsor sesuatu, pastikan kamu dan dia jelas tentang apa yang dirancangkan. Pastikan ada hitam putih pada setiap perjanjian. Kalau ada perubahan, pastikan kamu bersetuju. Setiap kos tersembunyi kamu perlu tahu.

3) TIDAK .. akan merancang atau bertanya kepada vendor tanpa mengetahui baget sebenar kamu. Tanpa tahu sempadan baget kamu, kamu bukan sahaja membuang masa kamu dan vendor tu, tapi juga kelak akan mengewakan diri kamu sendiri. Mengetahui harga caj vendor tu, satu perkara lain. Perkara paling utama--mengetahui baget kamu sendiri.

4) TIDAK .. akan melupakan temu janji dengan vendor kamu. Walaupun dia ada kecenderungan untuk terlupa, tapi kamu tidak akan tertinggal hari untuk fitting, hari untuk ukur dewan, hari untuk bayar deposit dan sebagainya. Kamu juga tidak akan segan silu, untuk sms dan ingatkan temujanji kamu dengan dia. Jika ada perubahan hari, maklumkan pada vendor. Jangan amik langkah berdiam diri.

5) TIDAK .. akan takut berbincang, memberi pendapat dan bertelagah (jika perlu) dengan vendor kamu. Contoh, jika OP janjikan outdoor percuma selepas majlis, tanyakan dia apa akan jadi pada shoot tu jika petang majlis kamu nanti hujan? Adalah lebih baik kamu tahu awal dan sempat nak buat sebarang perubahan daripada menyesali tidak bertanya lebih lanjut.

6) TIDAK .. akan percaya bulat-bulat apa yang kamu nampak di butik atau di pameran pengantin, komen daripada bekas-bekas pelanggan atau apa yang kamu lihat di media televisyen. Mungkin itu rezeki mereka, kamu punya belum tentu. Jadi jangan lepas tangan sebelum tiba masanya.

7) TIDAK.. akan memaksa diri kamu memilih rekaan baju semata-mata ianya cantik dalam gambar (..belum tentu ianya cantik pada badan kamu) dan menghantarnya ke kedai yang tukang jahitnya belum pasti dalam merealisasikan rekaan yang kamu mahukan. Setiap tukang jahit mempunyai skill dan pengalaman berbeza. Maka, fikirlah dan buat pilihan terbaik.

8) TIDAK.. akan pilih vendor yang tiada skil komunikasi, yang buat kamu rasa rendah diri dan tertekan, tidak boleh dibawa berbincang, tidak menepati janji dan tidak menghormati kamu sebagai pelanggannya.

9) TIDAK.. akan menghebah-hebahkan siapa vendor kamu sebelum kamu lihat hasilnya. Pengiklanan percuma mungkin akan memudaratkan orang lain yang mungkin terpengaruh dengan perasaan teruja kamu. Hanya kongsi siapa vendor kamu selepas majlis. Ketika ini, kamu dapat mengulas khidmat mereka dari kaca mata profesionalisme. Ingat, dalam majlis perkahwinan, vendor sama sekali tidak patut menenggelamkan kamu. Jangan sampai orang lebih teruja nak tengok hasil vendor, berbanding mahu melihat kamu.

10) TIDAK.. akan berkira-kira dalam perihal OP. Bayaran mahal bukanlah penentu, tapi memadai jika OP tu mempunyai skill, bakat, komunikasi dan ketekunan untuk menghasilkan gambar yang kamu idamkan. Cantik itu subjektif, jadi usah gusar apa pandangan orang, asalkan kamu lihat gambar tu, kamu senyum sampai ke telinga.

11) TIDAK .. akan pilih katerer tanpa merasa masakan mereka. Food testing mungkin boleh, tapi kamu kena ingat, ada kalanya, masakan yang dimasak dalam kuantiti yang sedikit, sedap. Tetapi apabila dimasak dalam kuantiti yang banyak, rasanya berubah. Jadi, kalau kamu berkesempatan pergi ke majlis yang menggunakan katerer yang sama, cuba rasa setiap juadah yang diberi. Ingat juga, semuanya tertakluk pada rezeki masing-masing. Walaupun katerer yang sama, boleh jadi pada hari majlis, rasanya berbeza.

12) TIDAK .. akan menempah bunga tanpa tahu gubahan dan konsep yang kamu mahukan. Kamu juga tidak segan jika kamu perlu datang ke kedai bunga dengan contoh gambar di tangan atau keratan suat khabar untuk cari ukuran span H20 yang betul. Walaupun pekerja kedai tu pasti akan membantu kamu, tapi kamu perlu tetapkan apa yang kamu mahukan.

13) TIDAK.. akan melayan vendor kamu seperti kuli atau tempat kamu melepas marah atau stress. Ingat, keep your enemy close, keep your vendor even closer.

14) TIDAK.. akan membalas SMS vendor dalam keadaan hati yang panas. Kesudahannya, akan ada pelbagai rentetan SMS demi SMS.

15) TIDAK.. akan menahan bayaran yang diminta vendor dengan niat memastikan mereka akan muncul dan menjalankan kerja mereka. Jika kamu pilih mereka daripada awal, atas kepercayaan kepada reputasi mereka, jadi tiada apa perlu dirisaukan. Tapi ingat, bertindak la kamu mengikut keperluan situasi.

16) TIDAK.. akan berjumpa dengan vendor tanpa ditemani. Pergi solo boleh menyebabkan kamu akan mengikut telunjuk vendor atau tenggelam dalam pilihan yang ada. Jadi kamu perlukan sahabat yang berani mempertahankan kamu, atau ibu ayah yang mahukan terbaik untuk kamu atau si dia yang akan memastikan kamu berbelanja mengikut baget.

17) TIDAK.. akan memberi kata putus secepat mungkin. Setiap keputusan, kamu perlu ambil masa untuk berfikir dan berbincang. Keputusan membabi buta akan merugikan kamu kelak. Oleh itu, jika ada idea baru, minta setengah hari atau 1 hari untuk kamu berfikir dan berbincang dengan mereka yang terlibat, kemudian hubungi semula vendor untuk bagi kata muktamad

18) TIDAK.. akan bertangguh memaklumkan kepada vendor untuk sebarang perubahan. Dalam merancang majlis perkahwinan, setiap saat bernilai! Jangan kelak, kamu sesali sikap "Tak apa" kamu kemudian hari!

19) TIDAK.. gusar jika pilihan kamu tidak dapat menggembirakan semua pihak. Setiap majlis perkahwinan adalah gabungan pelbagai idea daripada pelbagai pihak. Tugas kamu, memastikan semuanya dapat diterapkan tanpa mengekecilkan mana-mana pihak atau menyebabkan kamu makan hati. Setiap orang mempunyai citarasa berbeza dan adalah mustahil untuk kamu memenuhi semua citarasa tu.

20) TIDAK.. akan membanding-bandingkan vendor A dengan vendor B. Semata-mata kamu tidak dapat perkhidmatan si vendor A, tak bermakna vendor B tidak dapat menjalankan tanggungjawab yang kamu amanahkan. Sesungguhnya, ada masanya, pilihan kedua itu lebih baik daripada yang pertama. Ingat, rezeki bukan kita yang tentukan.

Prosedur Yang Perlu Tahu

Salam dan hai.

Selama ni saya asyik tulis perincian tentang majlis, termasuk la kenduri, hantaran, baju, pakej itu dan ini.

Tapi perasan tak saya tak pernah sentuh pasal prosedur perkahwinan?

Sebabnya, saya tak tau macam mana prosedur perkahwinan yang sebenarnya. Masa abang saya kahwin, yang tu saya memang tak sentuh dan tak amik tau pun. Biarkan dia uruskan.

Walau saya ada juga bertanya pada kawan-kawan yang sudah berkahwin, tentang prosedur dan perkara yang mesti buat, termasuk lah borang itu dan ini, booking tok kadi la, HIV dan segala protokol; tapi saya tak dapat bayangkan bagaimana prosesnya.

Perlu menempuh baru saya dapat tulis. Dan akhirnya saya melaluinya dan ingin berkongsi bersama anda semua


Langkah Yang Perlu Anda Penuhi Jika Anda Bujang Yang Ingin Berkahwin Mengikut Undang-Undang Malaysia!

Perkara Tak Rasmi

1. Carik pasangan mahu hidup bersama.
2. Kumpul duit dan simpanlah ikut kemampuan dan keperluan masing-masing. Bincang dengan pasangan tentang pengurusan belanjawan untuk majlis perkahwinan nanti, seperti siapa bayar apa, yang mana dibahagi dua dan sebagainya.
3. Dapatkan persetujuan keluarga masing-masing secara lisan untuk upacara merisik. Bincang dengan pasangan kamu tentang tarikh yang sesuai untuk merisik. Jangan meracau macam lipas kena sembur Sheldtox kalau tarikh yang diminta oleh keluarga lelaki, berlainan dari tarikh yang kamu harapkan (seperti tarikh ulangtahun couple ke, tarikh hari jadi kamu ke). Biasanya merisik ni cuma ada kehadiran ibubapa pasangan kita dan mungkin keluarga paling tua.
4. Bila dua2 pihak dah bersetuju,bolehlah ditetapkan tarikh untuk bertunang dan bernikah. Tetapkan juga wang hantaran, dulang, segala apa yang nak dibincangkan. Ada kes macam saya, merisik dan bertunang terus dijalankan pada hari yang sama. Tapi sekarang, biasanya merisik dan bertunang dibuat secara besar-besaran. Apa-apa pun, terpulang pada penerimaan keluarga masing-masing. Jangan panik kalau apa yang kamu rancang tak sama macam yang telah orang tua bincang. Semuanya masih terbuka untuk perubahan rancangan.

Protokol dan Undang-Undang

1. Untuk urusan borang-borang wajib, dinasihatkan diuruskan 3 bulan sebelum tarikh nikah. Sebabnya:
a. Sesetengah keperluan dalam borang ada tarikh luput sah, seperti HIV test yang cuma sah 3 bulan sebelum tarikh nikah.
b. Kadang-kadang, akan ada perubahan tarikh nikah (mahupun nama bakal pengantin!). Perkara ini diberitahu oleh salah seorang penceramah masa saya hadiri Kursus Kahwin dulu.
c. Ladies, sila pastikan si dia selesaikan borang dia (you know how man's brain works kan?) sebab borang perempuan hanya boleh diuruskan selepas mendapat borang dari pihak lelaki.

2. Pergi kursus kahwin. Biasanya harga kena bayar RM80. Ada sesetengah tempat boleh cecah RM200 sebab melibatkan harga untuk buffet, keperluan keselesaan lain (kiranya memang pakej manja :P) Boleh cari tempat yang berhampiran dengan kamu. Boleh klik di
laman web syokkahwin ni untuk dapatkan senarai tempat. Biasanya kursus kahwin ni 1 hari setengah. Sabtu, waktunya dalam 8.30am-5.30pm, Ahad dari 8.30am-1.30pm. Pesanan saya berdasarkan ingatan dan pengalaman saya:

a. Kepada muslimah, sila bawa telekung siap-siap untuk solat.
b. Jaga kod pemakaian. Yang free hair, sila pakai tudung dengan sopan. Seeloknya, pakai baju kurung.
c. Sila bawa shawl yang tebal (untuk tempat berhawa dingin, takut sejuk sangat)
d. Bawa air mineral dan gula-gula sebab keadaan akan jadi super ngantuk!
e. Buat salinan IC depan belakang, sekurangnya 3 salinan. Biasanya pihak pengurusan cuma nak 1 keping, tapi buat saja lebih mana tau terconteng ke, terhilang ke. Tapi kalau terlupa, biasanya pihak pengurusan akan buat salinan untuk kita, tapi cam tak best la bagi kad pengenalan kita pada orang yang kita tak kenali, kan?
f. Kalau yang berpasangan, boleh bawa pasangan masing-masing. Yang masih single, boleh pergi bersama BFF masing-masing pasal tempoh sah sijil ni adalah seumur hidup.
g. Jangan nak berkepit dengan pasangan masing-masing. Masa pendaftaran pun, meja peserta lelaki dan perempuan diasingkan. Jadi masa makan lunch dan minum petang, jangan gatal nak duduk sebelah pasangan. Duduk kat meja semua perempuan.
h. Pastikan masa mula-mula sampai, tanya pada pihak pengurusan di mana surau dan tandas. Takde la kamu terkial-kial.
i. Jangan nak lancang mulut komplain itu dan ini pasal makanan dan tempat.
j. Biasanya, kursus kahwin ni boleh daftar awal melalui sms, email dan telefon. Tapi kalau tak daftar pun tak apa pasal kebanyakkan adalah walk in kursus. Asal bawa RM80 dan salinan IC.
k. Pastikan tunggu kursus sampai habis untuk kedua-dua tarikh pasal masa ni, nanti akan diberitahu oleh pihak pengurusan, waktu bila sijil kursus kahwin siap dan boleh diambil. Jangan fly awal sangat. Nanti tak tau.

l. Sila simpan buku-buku yang diberi dan rajin-rajin la baca, terutama di saat-saat akhir menjelang majlis nanti.

3. Saringan HIV
a. Hanya keputusan dari Klinik Kesihatan Kerajaan yang diterima.
b. Keputusan sah untuk tempoh 3 bulan.
c. Ada sesetengah hospital dan klinik kena buat temujanji dulu. Jadi pastikan kamu jangan terus amik cuti membabi-buta. Telefon siap-siap tempat yang kamu nak pergi, tanya dia paling awal pukul berapa tempat tu dibuka dan hari apa boleh buat ujian saringan HIV sebab biasanya sistem saringan adalah "First come first serve" disebabkan test kit tu adalah terhad. HIV test dijalankan hanya pada hari Selasa dan Khamis, dari pukul 2 sampai 4.30 petang.

4. Mengikut kata
, (saya kurang pasti jika proses adalah sama untuk lelaki dan perempuan --saya amat tak tau apa2, tapi kita baca aje la dulu) jika kamu menetap di daerah berlainan dengan alamat IC, pergi ke Jabatan Agama negeri dan mintak borang "Kebenaran Untuk Berkahwin" dan pastikan menerima "Borang Pengesahan Pemastautin" Isi borang itu selengkap mungkin.
Tips: Jika tidak pasti bila dan dimana akan berkahwin,biarkan kosong ruangan tu. Jika kamu seorang perantau, cari penghulu/ketua kampung/pengerusi JKKK mukim. Berikan borang "Pengesahan Pemastautin" tadi dan pastikan dapat cop beliau.

5. Selepas semua borang sudah pun diisi, bawak semua borang dan jumpalah Jurunikah atau Imam Masjid Bertauliah kawasan kamu. Jika tak kenal siapa, pastikan tanya dengan ketua kampung,dia mesti kenal (tips: sila la rajin-rajin ke masjid ya) Jurunikah ni perlu untuk mengesahkan semua butiran dalam borang adalah sah. Dia pun akan cop jugak. Jika tempat bakal kamu tiada jurunikah bertauliah, pergi ke Jabatan Agama Daerah anda. Kat situ ada jurunikah. Antara perkara kena tau:

a. Macam Selangor,perlu bawak dua orang saksi untuk sain borang tu depan Pegawai Jabatan Agama. Pastikan anda memintak IC saksi dua orang untuk difotostat terlebih dahulu.
b. Surat Akuan Bujang perlu disediakan dan boleh dapatkan dari Human Resource Department tempat kamu bekerja .

6. Langkah penamat
Bila semua benda tu dah siap,pegi ke Jabatan Agama Negeri dan hantar semua borang tadi. Tanya juga pada pekerja bertugas, bila boleh datang amik balik. Takde la kamu buat dua kali kerja :) Kesudahan akan dapat sepucuk Surat Kebenaran Berkahwin.
Perkara Tambahan

Mantot ada tulis;
1. Pegi kedai gambar dan amik gambar memakai SONGKOK. Wajib ada 5 keping untuk simpanan.
2. Fotostat semua borang yang ada 4 keping. 1 salinan untuk pihak lelaki simpan. Semua yang original dan 3 salinan bagi dekat pihak perempuan. Kenapa kena bagi yang original? Lain negeri, lain requirement. Kalau Jabatan Agama Negeri kita nak tengok yang original, kita ada dan boleh tunjuk. Takyah nak mintak dengan bakal suami.


Sekian, prosesnya mengikut kata Mantot

Kepada kawan-kawan yang pernah melalui proses yang sama, boleh la tinggal komen. Saya pun kurang pasti tentang prosedurnya.

InsyaAllah, dapat beri manfaat kepada kawan-kawan yang lain._