Selama ni saya asyik tulis perincian tentang majlis, termasuk la kenduri, hantaran, baju, pakej itu dan ini.
Tapi perasan tak saya tak pernah sentuh pasal prosedur perkahwinan?
Sebabnya, saya tak tau macam mana prosedur perkahwinan yang sebenarnya. Masa abang saya kahwin, yang tu saya memang tak sentuh dan tak amik tau pun. Biarkan dia uruskan.
Walau saya ada juga bertanya pada kawan-kawan yang sudah berkahwin, tentang prosedur dan perkara yang mesti buat, termasuk lah borang itu dan ini, booking tok kadi la, HIV dan segala protokol; tapi saya tak dapat bayangkan bagaimana prosesnya.
Perlu menempuh baru saya dapat tulis. Dan akhirnya saya melaluinya dan ingin berkongsi bersama anda semua
Langkah Yang Perlu Anda Penuhi Jika Anda Bujang Yang Ingin Berkahwin Mengikut Undang-Undang Malaysia!
Perkara Tak Rasmi
1. Carik pasangan mahu hidup bersama.
2. Kumpul duit dan simpanlah ikut kemampuan dan keperluan masing-masing. Bincang dengan pasangan tentang pengurusan belanjawan untuk majlis perkahwinan nanti, seperti siapa bayar apa, yang mana dibahagi dua dan sebagainya.
3. Dapatkan persetujuan keluarga masing-masing secara lisan untuk upacara merisik. Bincang dengan pasangan kamu tentang tarikh yang sesuai untuk merisik. Jangan meracau macam lipas kena sembur Sheldtox kalau tarikh yang diminta oleh keluarga lelaki, berlainan dari tarikh yang kamu harapkan (seperti tarikh ulangtahun couple ke, tarikh hari jadi kamu ke). Biasanya merisik ni cuma ada kehadiran ibubapa pasangan kita dan mungkin keluarga paling tua.
4. Bila dua2 pihak dah bersetuju,bolehlah ditetapkan tarikh untuk bertunang dan bernikah. Tetapkan juga wang hantaran, dulang, segala apa yang nak dibincangkan. Ada kes macam saya, merisik dan bertunang terus dijalankan pada hari yang sama. Tapi sekarang, biasanya merisik dan bertunang dibuat secara besar-besaran. Apa-apa pun, terpulang pada penerimaan keluarga masing-masing. Jangan panik kalau apa yang kamu rancang tak sama macam yang telah orang tua bincang. Semuanya masih terbuka untuk perubahan rancangan.
Protokol dan Undang-Undang
1. Untuk urusan borang-borang wajib, dinasihatkan diuruskan 3 bulan sebelum tarikh nikah. Sebabnya:
a. Sesetengah keperluan dalam borang ada tarikh luput sah, seperti HIV test yang cuma sah 3 bulan sebelum tarikh nikah.
b. Kadang-kadang, akan ada perubahan tarikh nikah (mahupun nama bakal pengantin!). Perkara ini diberitahu oleh salah seorang penceramah masa saya hadiri Kursus Kahwin dulu.
c. Ladies, sila pastikan si dia selesaikan borang dia (you know how man's brain works kan?) sebab borang perempuan hanya boleh diuruskan selepas mendapat borang dari pihak lelaki.
2. Pergi kursus kahwin. Biasanya harga kena bayar RM80. Ada sesetengah tempat boleh cecah RM200 sebab melibatkan harga untuk buffet, keperluan keselesaan lain (kiranya memang pakej manja :P) Boleh cari tempat yang berhampiran dengan kamu. Boleh klik di laman web syokkahwin ni untuk dapatkan senarai tempat. Biasanya kursus kahwin ni 1 hari setengah. Sabtu, waktunya dalam 8.30am-5.30pm, Ahad dari 8.30am-1.30pm. Pesanan saya berdasarkan ingatan dan pengalaman saya:
a. Kepada muslimah, sila bawa telekung siap-siap untuk solat.
b. Jaga kod pemakaian. Yang free hair, sila pakai tudung dengan sopan. Seeloknya, pakai baju kurung.
c. Sila bawa shawl yang tebal (untuk tempat berhawa dingin, takut sejuk sangat)
d. Bawa air mineral dan gula-gula sebab keadaan akan jadi super ngantuk!
e. Buat salinan IC depan belakang, sekurangnya 3 salinan. Biasanya pihak pengurusan cuma nak 1 keping, tapi buat saja lebih mana tau terconteng ke, terhilang ke. Tapi kalau terlupa, biasanya pihak pengurusan akan buat salinan untuk kita, tapi cam tak best la bagi kad pengenalan kita pada orang yang kita tak kenali, kan?
f. Kalau yang berpasangan, boleh bawa pasangan masing-masing. Yang masih single, boleh pergi bersama BFF masing-masing pasal tempoh sah sijil ni adalah seumur hidup.
g. Jangan nak berkepit dengan pasangan masing-masing. Masa pendaftaran pun, meja peserta lelaki dan perempuan diasingkan. Jadi masa makan lunch dan minum petang, jangan gatal nak duduk sebelah pasangan. Duduk kat meja semua perempuan.
h. Pastikan masa mula-mula sampai, tanya pada pihak pengurusan di mana surau dan tandas. Takde la kamu terkial-kial.
i. Jangan nak lancang mulut komplain itu dan ini pasal makanan dan tempat.
j. Biasanya, kursus kahwin ni boleh daftar awal melalui sms, email dan telefon. Tapi kalau tak daftar pun tak apa pasal kebanyakkan adalah walk in kursus. Asal bawa RM80 dan salinan IC.
k. Pastikan tunggu kursus sampai habis untuk kedua-dua tarikh pasal masa ni, nanti akan diberitahu oleh pihak pengurusan, waktu bila sijil kursus kahwin siap dan boleh diambil. Jangan fly awal sangat. Nanti tak tau.
l. Sila simpan buku-buku yang diberi dan rajin-rajin la baca, terutama di saat-saat akhir menjelang majlis nanti.
3. Saringan HIV
a. Hanya keputusan dari Klinik Kesihatan Kerajaan yang diterima.
3. Saringan HIV
a. Hanya keputusan dari Klinik Kesihatan Kerajaan yang diterima.
b. Keputusan sah untuk tempoh 3 bulan.
c.
Ada sesetengah hospital dan klinik kena buat temujanji dulu. Jadi
pastikan kamu jangan terus amik cuti membabi-buta. Telefon siap-siap
tempat yang kamu nak pergi, tanya dia paling awal pukul berapa tempat tu
dibuka dan hari apa boleh buat ujian saringan HIV sebab biasanya sistem
saringan adalah "First come first serve" disebabkan test kit tu adalah
terhad. HIV test dijalankan hanya pada hari Selasa dan Khamis, dari
pukul 2 sampai 4.30 petang.
4. Mengikut kata, (saya kurang pasti jika proses adalah sama untuk lelaki dan perempuan --saya amat tak tau apa2, tapi kita baca aje la dulu) jika kamu menetap di daerah berlainan dengan alamat IC, pergi ke Jabatan Agama negeri dan mintak borang "Kebenaran Untuk Berkahwin" dan pastikan menerima "Borang Pengesahan Pemastautin" Isi borang itu selengkap mungkin.
Tips: Jika tidak pasti bila dan dimana akan berkahwin,biarkan kosong ruangan tu. Jika kamu seorang perantau, cari penghulu/ketua kampung/pengerusi JKKK mukim. Berikan borang "Pengesahan Pemastautin" tadi dan pastikan dapat cop beliau.
5. Selepas semua borang sudah pun diisi, bawak semua borang dan jumpalah Jurunikah atau Imam Masjid Bertauliah kawasan kamu. Jika tak kenal siapa, pastikan tanya dengan ketua kampung,dia mesti kenal (tips: sila la rajin-rajin ke masjid ya) Jurunikah ni perlu untuk mengesahkan semua butiran dalam borang adalah sah. Dia pun akan cop jugak. Jika tempat bakal kamu tiada jurunikah bertauliah, pergi ke Jabatan Agama Daerah anda. Kat situ ada jurunikah. Antara perkara kena tau:
a. Macam Selangor,perlu bawak dua orang saksi untuk sain borang tu depan Pegawai Jabatan Agama. Pastikan anda memintak IC saksi dua orang untuk difotostat terlebih dahulu.
b. Surat Akuan Bujang perlu disediakan dan boleh dapatkan dari Human Resource Department tempat kamu bekerja .
6. Langkah penamat
Bila semua benda tu dah siap,pegi ke Jabatan Agama Negeri dan hantar semua borang tadi. Tanya juga pada pekerja bertugas, bila boleh datang amik balik. Takde la kamu buat dua kali kerja :) Kesudahan akan dapat sepucuk Surat Kebenaran Berkahwin.
Perkara Tambahan
Mantot ada tulis;
1. Pegi kedai gambar dan amik gambar memakai SONGKOK. Wajib ada 5 keping untuk simpanan.
2. Fotostat semua borang yang ada 4 keping. 1 salinan untuk pihak lelaki simpan. Semua yang original dan 3 salinan bagi dekat pihak perempuan. Kenapa kena bagi yang original? Lain negeri, lain requirement. Kalau Jabatan Agama Negeri kita nak tengok yang original, kita ada dan boleh tunjuk. Takyah nak mintak dengan bakal suami.

Sekian, prosesnya mengikut kata Mantot
Kepada kawan-kawan yang pernah melalui proses yang sama, boleh la tinggal komen. Saya pun kurang pasti tentang prosedurnya.
InsyaAllah, dapat beri manfaat kepada kawan-kawan yang lain._
Tiada ulasan:
Catat Ulasan