♥ Our Special Moments ♥

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Khamis, 20 September 2012

Kegatalan di 35w ++

Salam



 Kisah perut pula?

Saya dah mempunyai stretchmark yg agak banyak!!!Tiba2 jadi banyak plak tu! seblum ni masuk 30 weeks dah realize ada skit2.. tp skit jela.. makin ketara sejak last week!sampai ke pusat dah...yang tak tahannya gatal yang teramat!kalau setakat ada je ok la.. Nak buat macam mana ?? Saya pun tak tau macam mana strechmark ni bleh muncul pula... Sedangkan tiap2 hari sapu minyak bio-oil dengan Losyen.


Google2 carik cara nk hilangkan gatal strechmark nih:

1. Sapu losyen bukan sahaja membantu mempercepatkan tanda hitam diperut hilang, ia juga membantu melembabkan kulit.

2. Minum air suam atau air panas mengikut kuantiti yang disyorkan iaitu 2 liter sehari.


Kesimpulannya, gatal macam mana pun xleh garu tauuu!!!Nanti susah nk hilang parutnya.. dah le mmg susah nk hilang.


Imbasan Sejenak

Salam

Terutama sekali nak ucapkan maaf dan beribu maaf sebab dah lama tak muncul lepas post yang terakhir dulu,bukan tak nak post cume line internat yang kurang memuaskan hati untuk mengarang dan juga mengePOST gambar ! :< Pendekkan cerita,saya nak imbas kembali perjalanan cerita semasa puasa,semasa raya dan sesudah raya ni :)

1. Ramadan Kembali
Alhamdullilah,ramadan kali ni saya bersama Mr Husband menyambut dengan kesederhanaan,memandangkan saya tengah menyarat masa ni,masak pun ala kadar saja buat2 lepas tekak kami suami isteri,petang pula pergi bazar cari juadah kuih muih saja.







2. Ragam Raya 2012
Perjalan cerita raya ni memang memenatkan bagi saya pada tahun ni,kalau tahun lepas,masih bergiat aktif untuk ke sana sini tapi tahun ni terbatas sedikit dengan mengah2 melanda diri. Tahun ni saya beraya di rumah MIL,sebelah umah Husband saya,jadi kami balik kampung hari sabtu pagi,sehari sebelum raya. 

Balik saja umah MIL,adik beradik lain dah ada,kemas2 umah,pasang2 apa yg patut lah kan. Malam tu sempat pergi shoping lagi n halaman umah MIL memang penuh dgn anak buah main bunga api. Tengah Malam pula family abang Husband saya dari Bukit Merah sampai. Memang meriahlah kan.

Saya dan husband tak lama dekat kampung,selasa malam dah balik umah sebab raya keempat Husband dah mula kerja.Masing2 pun dah balik umah sendiri selasa petang tu.













3. Merdeka Oh Merdeka
Selang berapa minggu kita raya,muncul pula hari MERDEKA,31 Ogos jatuh pada hari jumaat,jadi sekali lagi kami ambil kesempatan untuk balik ke kampung n ari sabtu tu kami sempat pergi ke KPJ Shah Alam untuk buat booking dan check up,Alhamdullilah urusan kami di permudahkan semuanya

Hari ahad tu pula,kami pergi ke Umra Klinik untuk buat scan 3d/4d dengan Jezlyn sekali lagi atas sebab permintaan Husband saya. Masa scan saya tgh 34w dan ruang dah padat untuk tengok si kecil ni,tapi akhirnya dia tunjukkan juga muka tembamnya tu.

 Hujung minggu yang padat dengan pelbagai program,Masa tu jugalah saya di landa demam,selesema dan batuk yang teruk dan menyeksakan saya :<





Macam tu padatlah waktu harian saya sebelum ni,Semoga kita berjumpa lagi di post akan datang :-) Jangan risau,saya masih lagi menulis untuk anda2 semua.