Ok, tanpa membuang masa, jom kita sambung cerita daripada bahagian pertama . . . . . Masa tu sakit contraction amat la sakit sangat-sangat.
Dan saya cuma asyik kata "SAYA NAK BERAK.. SAYA NAK BERAK"
Tapi rasa macam tiada siapa kasi perhatian pada saya. Maka..
Saya TERkentut kat atas katil tu. Berlaku
sekelip mata, memang tak dapat nak tahan. Malu kot, sudah la doktor
lelaki, jururawat sampai 3 orang, di hadapan Mr Husband lak tu.! Dulu, masa
bercinta, nak kentut pun tak berani. Ni dah kahwin, siap depan Mr Husband pulak tu. Haha
Malu..
Tapi malu-malu pun sakit tak hilang. Doktor tengok bukaan masih sama, dia kata saya terpaksa buat ceaser sebab jantung baby dah lemah bila dia tengok result CTG yang kurang cantik,dengan saya yang menahan contraction nya. Masa ni dah fikir bukan2 sebab last minit ceaser,maunya tak panik Mr Husband bila dengar,Masa ni saya tengok Mr Husband dah tak senang duduk macam cacing kepanasan,dia mula call semua ahli keluarga kami. Saya pun reda jer sign borang yang di beri. Memang dah tak fikir apa,saya di siapkan untuk tolak masuk ke bilik OT,dalam perjalanan saya sempat memohon maaf dan menggenggam tgn Mr Husband walaupun masa tu contraction terasa makin teruk ! Sampai bilik OT Saya??
Ok, tak cakap dah "Saya
nak berak". Saya cuma cakap Allahuakbar aje masa tu sebab saya dah tak rasa apa2 yg Doktor Haji Nazri buar sebab saya telah dibius separuh sedar,masa ni lah saya borak2 dengan doktor dan nurse.
Serius, kecoh gila bilik bersalin tu. alhamdulillah,
tepat 11:22 pagi, saya dengar tangisan pertama
baby. Jururawat yang angkat baby tu dan kata, "Puan, tengok. baby boy ke baby girl?"
Saya?? Saya kata "Baby boy" pasal masa
pemeriksaan, doktor kata lelaki hehe. Masa tu memang badan penat sangat.
Saya membayangkan lepas melahirkan bayi, saya akan nangis, macam dalam
cerita petang-petang kat tv tu. Tapi saya tidak la menangis, Cuma terasa
amat penat. Dan menuggu untuk Doktor selesai jahit luka didalam, Seterusnya saya ditolak ke satu ruang,tak pasti ruang apa,saya nampak baby ada di sebelah,Hampir 1jam juga saya di situ sementara saya di tolak balik masuk ke bilik.
Uri keluar Alhamdulillah tiada masalah. Doktor yang
jahitkan saya juga keluarkan darah beku. Lepas tu, jururawat bawa baby masuk semula ke wad
bersalin dan beri pada saya untuk saya susukan. Tapi dia nak tidur, tak
mahu susu. Jadi jururawat letak semula baby.
Bila tinggal berdua sahaja dengan Mr Husband, kami masing-masing berpandangan. Sebabnya? Kami tak tahu nak pegang baby ni macam mana.
Nasib
doktor yang sambut baby tadi, muncul semula. Dia terpaksa tinggalkan
saya sebab ada kecemasan di bilik OR. Dia datang semula untuk tengok
keadaan saya. Kami terus terang sahaja pada dia, yang kami tak reti dan
tak berani nak pegang baby kami. Doktor tu yang ajar pegang,
memandangkan Mr Husband kena azankan baby.
Sempat berborak dengan Mr Husband kejap,dia terlalu risau masa saya berada di dalam OT,Dia kata Dato Doktor Zul keluar terus ucapkan "tahniah dapat baby boy" tapi dia tak bagitau keadaan saya,dia tunggu lagi sampai doktor Haji Nazri keluar," isteri awak selamat dan sempat minta Mr husband belikan Bubur McD untuk saya lepas ni. ahaha
Tepat 12.30tghari,saya di usung keluar dari bilik OT untuk kembali ke bilik,dekat luar saya nampak muka Mr Husband dulu kemudian kaum kerabat kami. Baby pun
diletakkan disebelah saya. Baby baik, tak menangis. Cuma tidur sahaja.
Malam tu saya tak dapat tidur, badan terlalu letih. Saya cuma berbaring
sahaja, sehingga la subuh.Berbaring sambil melihat nyawa yang 38minggu saya kandungkan. Macam tak percaya semuanya telah selamat. Bagai tidak percaya yang saya dapat merasa kedua dua kesakitan yang hendak bersalin secara normal kemudian secara ceaser,
Terkebil-kebil saya pandang dia, macam tak percaya saya dah jadi Ibu.
Saya pegang perut yang dulu buncit, sekarang --erm.. perut berlapis..
huaa~~!! . Alhamdulillah,
baby sihat . Saya keluar hospital pada 4hb sebab saya ceaser,tu makan masa untuk keluar berbanding bersalin normal, dalam pukul 3 lebih. Dapat hadiah daripada pihak Hospital.
Dalam tu ada set mandian baby.
Jadi, tu la kisah pengalaman saya melahirkan permata hati
kami ke dunia ini. Penuh dengan drama.
Selepas
mengharungi pengalaman ini, apa yang saya boleh kata, rezeki setiap
orang memang berbeza. Mungkin rezeki saya, tidak menanggung sakit nak
bersalin, tapi saya merasa sakit contraction yang amat.
Untuk
orang yang tidak pernah pergi ke mana-mana kelas atau membaca bahan
untuk melengkapkan diri bagi menghadapi proses bersalin ni, bagi saya,
selagi kita dengar cakap doktor dan jururawat, kita redha dan tawakal
padaNya, semuanya InsyaAllah akan OK. Bersalin tak sakit, kalau kita
dengar arahan mereka dengan betul dan memang teknik pernafasan amat
penting.
Kita bercerita tentang baby tapi saya belum kongsi lagi nama anak kami kan?
Ada
kisahnya, nak memberi nama ni. Mr Husband beri idea untuk gunakan huruf pertama
nama dia untuk namakan baby kami. Untuk tu, dah tentu la huruf F
Perkenalkan: Nama: Muhammad Firas Aryyan Bin Muhammad Farhain Tarikh Lahir: 02 Oktober 2012 Tempat Lahir: Hospital KPJ Shah Alam Waktu Kelahiran: 11:22 pagi Berat: 2.74kg Tinggi: 53cm
Saya
tahu, saya suka letak gambar sipi-sipi, tapi untuk kali ni, saya kongsi
gambar baby kami beberapa jam selepas dilahirkan ke dunia. Masa ni,
masih lebam lagi. Sekarang pipi tembam dah takde, hari-hari kena picit.
Hehe
InsyaAllah, post akan datang saya akan tulis tentang pengalaman berpantang
saya.
Salam dan hai Jauh
sekali tak tahan dengan rutin berpantang yang sudah di aturkan. Cuma
rasa macam tak sanggup di layan bagai 'tuan puteri'.
Makan dihidangkan, cuma bawa diri sahaja ke meja makan. Pinggan pun akan di ambil. Air mandi disediakan. Serba serbi memang tugas saya
cuma kasi baby susu sahaja * dan nyelit tulis blog :P* Semua yang lain telah di sediakan. Ye, memang betul-betul pastikan saya berpantang mengikut cara-cara
tradisionalnya. Semua kerja tak boleh dibuat. Angkat cawan ke dapur pun tak kasi.
Untuk post kali ini, saya nak berkongsi kronologi kisah kelahiran F junior
Tapi atas kekangan masa dan idea, saya bahagikan kisah ini kepada beberapa bahagian. Bahagian Pertama: Kita hanya merancang. Allah tetap yang tentukan.Sabtu, 29hb Minggu ke 38 Aktiviti saya tidak berubah. Saya masih mengemas rumah macam biasa, masak macam biasa. Memenuhi temujanji bersama Doktor Haji Nazri pagi tu. Macam biase bila nama dah dipanggil,Doc cek tu dan ini. Tak sangka pula kene seluk ! Okey sempat tanya dengan Nurse,"sakit tak seluk tu " nurse kata "tak sakit,tarik nafas dalam2 eh" JENG JENG JENG ! tak sangka pun yang laluan dah terbuka 3cm,Okey sangat terkejut kami berdua,tercengang kejap ! Tapi Doc baik hati,tak bagi saya admit dan nasihatkan saya suruh pergi window shoping lagi tu. Doc cuma bagitau "tak lama dah ni,esok atau lusa dah boleh" haha macam tak percaya,saya nak beranak dah,walhal date EDD saya 14hb. Ahad, 30hb
Masa ni dah sedikit risau bila la baby nak keluar. Sebab tanda tanda dah mula turun,sakit perut + lendir darah. tapi tetap nak pergi jalan jalan juga,Sempat pusing2 semua shopping mall dekat lembah klang dari pagi sampai malam. Dengan harapan,bukaan cepat buka bila pergi temujanji esok dengan doktor lagi. Isnin 1hb Pagi tu, saya pergi untuk checkup di Hospital KPJ Shah Alam dengan Doktor Haji Nazri.Doktor dah tetapkan untuk temujanji bersama saya. Pemeriksaan seperti biasa.Hari ni
juga adalah pengalaman kedua kena seluk. Okey kali ni memang dah sakit sangat bila kene seluk !. Saya
dah baca banyak sangat pengalaman sakit diseluk, jadi automatik saya dah
bina dalam otak ni, mesti sakit kena seluk..Dan ye memang sakit kena
seluk--terutama kalau kita melawan/ halang/ kemut. Haha. Terus trauma.
Doktor Haji Nazri dah kata "jangan lawan",
tapi saya kemut juga pasal takut sakit. Bila fikir semula, kena seluk
aje kot, bukan kena raba ke apa nak trauma sangat aku ni! Bukaan masih 3
cm sahaja, Punya beria saya jalan kaki semalam bagai nak tercabut kaki ni,rupanya masih sama lagi bukaannya.
Tips: Doktor Haji Nazri ada bagitau, untuk elakkan induce,
bila dah dekat-dekat dengan tarikh EDD, bersama la dengan suami. Tu
"induce" yang paling semulajadi.
Disebabkan saya sakit sebab kene seluk tu,Doktor minta saya admit terus, Masa tu,baru saya ingat,dapur gas dah tutup ke? Pintu berkunci tak? haha.
Selepas pemeriksaan,Mulalah hati ni resah gelisah,siap menangis tu ! Sebabnya,betul ke AKU DAH NAK BESALIN?, Masa tu lah pandang muka Mr Husband,Naik wad, saya diminta untuk CTG. Nurse baik sangat, siap ajar Mr Husband cara nak
tengok graf yang mana jantung baby, yang mana contraction. Malam tu,Saya
rehat atas katil, tapi sakit contraction dah mula terasa setiap 1jam,Masa tu Nurse memang keluar masuk bilik sebab nak cek CTG . Mr husband solat Isya' dulu di sebelah katil saya dan saya pula cuma
mengerang-ngerang atas katil. Bila sakit contraction datang, saya pegang
besi katil tu kuat-kuat. Tapi lama-lama tu terfikir, kalau macam ni,
mahu nye masa bersalin nanti, saya takde tenaga dah. Jadi saya biarkan
sahaja sakit contraction tu datang tanpa dilawan. Terfikir nak buat
teknik pernafasan, tapi saya tak ada masuk mana-mana kelas haha. Jadi
saya bernafas sahaja macam yang saya tengok kat tv bila ada adengan
wanita nak bersalin. sambil tu baca surah Nabi Yunus masa keluar
daripada perut ikan tu. Hari Kelahiran - 2hb Oktober 2012 5pagi - Sakit
contraction memang nauzubillah amat sakit bagi saya. Walaupun semalam saya takut diseluk, tapi masa sakit contraction ni, saya sendiri
minta tolong jururawat periksa bukaan saya. Bila dia periksa, sudah 5cm.
Mr Husband sentiasa
disebelah saya. Dia tak tahu nak buat apa. Saya cuma minta dia SMS
keluarga kami .Masa tahan sakit contraction, macam-macam
saya fikir dan rasa. Masa tu la terasa macam kepala baby dah nak keluar
sangat kat bawah tu. Masa ni la fikir kenapa air ketuban tak
keluar-keluar lagi.
Mungkin dah ditakdirkan, sakit contraction bagi saya memang
tak tertanggung. Nak kira berapa kekerapannya, saya tak pernah tahu
pasal tak baca hal ni hehe. *Teori saya, kalau saya tahu terlalu banyak, saya takut saya akan lebih panik. Jadi mungkin ada baik tak tahu.
Tapi memang amat sakit. Apatah lagi untuk orang yang jarang kena period
pain, jadi saya tak tahu nak samakan sakitnya bagaimana. Mr Husband disebelah
cuma usap kepala saya sahaja pasal dia pun tak tahu nak buat apa.
6.30pagi - Saya di minta untuk pergi ke labour room,Masa ni macam macam ayat yang dah terkumat kamit dekat bibir saya. Saya di minta untuk baring kemudian nurse ada masukkan sebatang lidi,masa tu lah saya rasa sejuk di kaki,bila saya tanya Mr Husband "air apa yang mengalir" rupanya "nurse pecahkan air ketuban". Masa ni lah,contraction makin kerap yang amat ! Tambah lagi Nurse masukkan induce ! Sebab saya dah terlampau sakit sangat ! Sampaikan saya pegang besi katil tu bagau nak roboh! Masa nilah saya pegang erat tangan Mr Husband,kata Mr Husband "tangan saya macam lelaki nak gaduh" sampai merah2 saya genggam. Mana taknya contractionnya yang teramat sangat ! Nurse minta saya sedut gas bagi menghilangkan sakit tapi tak berjaya ! sebab gas tu tak mendatangkan apa2 faedah pun. haha Walaupun
sebelum ni, saya dah tanamkan azam dalam hati tak mahu ambil epidural
selepas bermacam-macam pendapat yang saya dengar, tapi bila dah rasa
sakit contraction tu, memang saya lemah semangat. Saya minta Mr Husband
panggilkan nurse, saya nak amik epidural. Tapi tak boleh bila nurse tengok hasil CTG saya kurang memuaskan,jantung baby dan saya tidak stabil sebab saya menahan sakitnya. Nurse minta saya bertenang dan suruh saya tarik nafas,tapi saya dah tak boleh buat semua tu sebab saya sakit yang terlampau !!!
Nurse Terus periksa bukaan saya dan bukaan baru 6cm,tapi saya dah tak tahan,bayangkan saya menahan contraction dari 7pagi smpai 10.30pagi,nurse pecahkan ketuban sekitar 6.45pagi kemudian induce masuk,maunya saya tak meraung. Masa tu sakit contraction amat la sakit sangat-sangat.
Dan saya cuma asyik kata "SAYA NAK BERAK.. SAYA NAK BERAK" ...
..
..
Episod seterusnya akan bersambung-- berak di atas katil bersalin-- nice~~~ ahaha * takmo dah bersalin kat KPJ pasal segan dengan jururawat dan doktor masa tu
Nota:
Ada ke ibu mengandung yang terjerit-jerit kata nak berak selain saya?
Harap ada, tak de la saya rasa keseorangan sangat aahahah
Ibu masih lagi
tidak benarkan saya menulis blog tapi saya degil. Kata nak tulis sikit
sahaja, tak best la kan biarkan blog
bersawang sedangkan yang datang membaca masih ada.
Rasanya, rata-rata ada yang sudah tau tentang kehadiran si hero baru dalam hidup saya dan Mr Husband dalam laman sosial Facebook.
Alhamdulillah, semuanya selamat. Bayi lelaki selamat dilahirkan pada
hari selasa, 02 hb yang lalu, ketika berusia 38 minggu, cuma dua minggu awal dari tarikh EDD saya. Berat normal 2.74kg, dilahirkan secara last minit pemedahan di Hospital KPJ Shah Alam bersama team yang amat
bagus dan suami tercinta di sisi.
Memang satu pengalaman yang tak dapat digambarkan. Juga membuktikan,
setiap ibu pasti menempuh pengalaman yang berbeza. InsyaAllah, selepas mahupun semasa tempoh berpantang, saya dapat kongsikan serba sedikit pengalaman
saya.
Around 2003, the queen met with the king, and they love and pursue one's own heart for seven years, then they decided to become engaged around the year 2010, Alhamdullilah finally seal their love in marriage on 04 June 2011 ♥♥♥
♥ AKAD NIKAH ♥
with the utterance of "I accept the marriage", I legally became the wife of Muhammad Farhain bin Sumar precisely at 5:40 pm on June 4, 2011. Hopefully, we build lasting happiness to last a lifetime ♥♥
KASUT CANTIK UNTUK ANAK GIRLZ
-
Shoes for girls. Very cheap RM13.19 - RM15.62 only [image: 😍]
Cantikkan kasut2 ni..
Boleh beli dengan klik link di bawah ni..
https://invol.co/cl7i...
GOWN PENGANTIN
-
GOWN PENGANTIN warna dusty pink ni memang paling baru yang ada kat butik
cinta2collection ni.. dipadankan dengan patching bunga 3d ,corak nampak
timbul d...
Order for today
-
Utk akhir persekolahanramai yang menempah sempena jamuan akhir tahun.
Alhamdullilah rezeki hari ni...
Creampuff , chewy brownies, n cheesecracker.
And so the weekend is here
-
Best lah dah nak weekend.
One the thing that i need to do this weekend is to bring the kids to ukur
baju rayaaaaa.
wah wah wah. Tahun ni Athirah sambut ra...
Kriteria Busana Pengantin Muslimah
-
Kami selitkan 5 kriteria yang perlu untuk memastikan busana yang akan anda
gayakan nanti menepati makna muslimah itu sendiri.
1. Menutup Aurat
Adalah ...
-
Assalamu'alaikum warahmatullah...
Dah lama rasanya SLC tidak membuat N3 tentang faux food and pastrieskan?
Insyaallah untuk N3 pada petang ini, saya u...
We' ve Moved
-
Assalammualaikum
Untuk order sila ke http://www.alesya.com.my
blogspot ini tidak digunakan lagi ya..
Happy shopping
luv,
Alesya Boutique Team
cara tempah berinai...
-
Assalamualaikum... lama rasanya tak update blog.. maaf ya..
Ok, untuk makluman, lepas ni kalau bakal-bakal pengantin nak booking
berinai dengan Nedhen...
Turban Ala Nana
-
Hello! Assalamualaikum.. Akhirnya.. Ramai yang tanya Nana mcm mana saya
pakai atau buat atau lilit turban menggunakan scarf kan? Well, Here u go..
Ada 2 ca...
-
Just nak share gambar2 bersama bella..sekarang bella suda 4 bulan
setengah....tapi macam da perangai....suka ketawa,suka menjerit itu la
kerja dia...
Hangout plus dating ! Ahaa ;)
-
Berjalan memang seronok kan ? berdua lagi beronok ronok jadinya ahahaha :D
plus shopping , movie with love memang tak hingat dunia ! *haipp takla
sampai b...
wedding frame lagikk
-
Salam...another order dari my sil for her bestfrend wedding :)
harap pengantin suka :)
--- HARGA BERGANTUNG PADA HARGA FRAME :)---
STYLO 2009
-
setelah sekian lama berlangsung nya stylo, kini barula mendapat pic yang
cantik untuk dipostkan. rizman ruzaini bergandingan dengan pereka malaysia
amir lu...