♥ Our Special Moments ♥

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Rabu, 27 Julai 2011

OAKLEY - Our Hero





Salam

Pertama sekali nak mohon maaf sekali sebab terlalu lame membiarkan blog ini menjadi sunyi dengan cerita cerita yang menarik atas sebab sebab yang telah senaraikan pada post lepas. Mengenai tajuk di atas mesti ramai yang menyangka hero tu adalah seorang manusia tapi tidak,ianya hanyalah seekor haiwan peliharaan kami berdua iaitu "kucing" yg di beri nama OAKLEY.

Masih lagi rasa sedih dan terbayang bayang akan kelibat oakley yang sentiasa berada di hadapan pintu bilik kami,rase sedih rindu masih belum hilang lagi. Oakley..? pada mulanya kami menjumpai oakley di rumah,biasa lah kucing datang,wajahnya yg comel serta bulunya yg cantik membuatkan mr husband saya jadi tertarik untuk membelanya. kebetulan masa tu,kami hendak pergi ke Cameron Highlands untuk pre - honeymoon (ekhm ekhm,ingat wedding jer ade pre...honeymoon pun ade okey =D) jadi mr husband pun bagi nama OAKLEY,kata husband,muka die comel sgt,bulunya hitam,tang muka der belang putih,bahgian bawah badan warna putih,hujung kaki wrna putih juga.. selain tu mr husband selalu kata pd kengkawannya "kau adekucing mcm aku ke? kucing aku pkai cermin mata,pkai baju,pakai stoking (gara2 oakley punya warna belang belang)

Dari hari ke hari,mr husband sayang kat oakley,selama ni mr husband mana sukadgn kucing,usahkan suka,belapun die tak nak. Sejak dia terpandang oakley,mr husband jadi sgt penyayang,sampaikan kalau saya lambat bagi oakley makan,mr husband pasti membebel. Bukan tu juga,mr husband sanggup buat mainan khas untuk oakley,dari besi hanger + reben + tedybear yang di ikat pada reben.Sebelum masuk tidur,mr husband pasti akan berborak dengan oakley,baringkan oakely kat tempat tidurnya,sangat comel husband saya ni. Bila pagi kamibuka pintu bilik,mesti kena terus langkah,sebab oakley akan baring n tidur betul betul depan pintu bilik,balik kerja mr husband suka bermain dengan oakley untuk hilangkan penat,nampak senyuman husband saya dengan gelagat oakley.(huby...bby nangis ni tulis cerita mengenai oakley kita! rindu bangett..!)

Saat paling melucukan,oakley suka tarik perhatian bila saya atai mr husband sedang asyik di hadapan laptop,bila kita tak layan dia,mula dia baring manja atas laptop,untuk suruh kita main dgn dia. bila dah sayang,mesti kita mandikan,boleh dikatakan,penjagaan oakley sangat teratur dan oakley tak akan kesunyianbila bersama tuannya.

Bila sampai masanya,saya mendapat tahu yg mak mertua saya menyuruh mr husband untuk membuang oakley,sebab sebabnya kami tak tau. Dia seakan akan membenci oakley,tak suka bila oakley berada di rumah,jadi dengan rela hati,mr husband terpaksa membuang oakley,tapi saya tak rela!saya tak nak kehilangan oakley macam mana saya kehilangan popop iaitu kucing kesayangan keluarga saya yang mati setahun yg lepas. Ketika tu saya memang dah menagis bila dapat tau oakley akan di keluarkan dari umah ni,mr husband memujuk saya,mr husband ckp,kita letak dekat belakang,iaitu kawasan yg ade sekolah agama,masjid,perumahan serta kedai,mungkin oakley boleh hidup di kawasan tu. Jadi saya pun ikut mr husband untuk letakkan oakley di sana,atas motor,saya hanya mampu nagis dan terdengar bunyi suara oakley.

Sampai saja,saya menurunkan oakley,mr husband mencium oakley kemudian di susuli oleh saya yang mencium oakley buat kali terakhir,kemudian saya meletakkan oakley di bawah,oakley berasa takut dgn situasi di luar yg bukan tempatnya. Kemudian mr husband turun dari motordan memeluk oakley dan menciumnya lagi,saya tak mampu berbuat apa2 dan hanya mampun menangis dengan kadaan sebegitu.kemudian kami terus beredar,tapi saya takut tinggalkan oakley di sana,saya tau oakley tidak pandai mencari makanan dan org tak mungkin suka dgn oakley oleh kerna badannya berwarna hitam belang putih.

Mr husband patah balik untuk melihat oakley lagi,tapi bila sampai,kami dah tak nampak kelibat oakley lagi,tu larh kali terakhir kami memeluk,mencium,bermain bersama oakley. "Ya Allah,kami tiada niat langsung untuk membuang oakley,kau lindungilah oakley dari bahaya dan juga org2 yg berniat jahat pada dia" Sejak dari tu kelihatan mr husband selalu melangkah  kakinya ketika hendak keluar ke pintu bilik,terasa seolah olah,oakley tengah tidur di situ,terbayang kelibat die mengikut saya setiap pagi menghantar mr husband di laman rumah untuk pergi ke pejabat. Sangkar,selimut,bekas makanannyamasih lagi tersimpan,betapa rindunya kami pada oakley.

Tak adabyk gambar oakley,hanya beberapa keping sahaja,sebab mr husband tak bagi ambik gambar oakley,takut die tak balik umah. jadi hanya ada sikit saja gambar oakley,insyaAllah saya akan uplod kan kesemua hakmilik oakley dalampost akan datang.





Mood: Merindui c manja OAKLEY

Rabu, 13 Julai 2011

Masih Di Sini

 
 
 
Salam dan hai


Menghilang lebih lama daripada biasa kali ni.


Mari saya senaraikan alasan-alasan sebab kehilangan saya daripada dunia blogger ini ;


1. Dah pindah rumah di Kg Perepat. Dah tak duduk Klang Utama yang ada akses line Internet P1,24 jam terus menerus *nangis

2. Tengah berkira kira dengan mr husband untuk di jadikan ruang bilik kami seperti cinema *untungnya sebab masa kawin beli tv LCD plasma series 4 n dpt pula hadiah kawin set home teater.

3. Masih belum membiasakan diri dengan rutin seorang isteri, pekerja dan suri rumah. Dulu jawatan suri rumah, dibantu oleh ibu, jadi suri rumah tu cuma jadi suri aje. Sekarang dah tak cukup tangan nak uruskan sendiri.
 
4. Otak tak dapat fikir nak karang post terbaru pasal asyik fikir petang nak masak apa, hujung minggu nak gi pasar beli apa, dan bila gambar kawin dari OP nak dapat * sebab ramai dah menanyakannya.

5. Bila badan penat, otak pun penat. Apa pun tak jalan. Tapi yang pastinya, hidup berdua, hidup berdikari--penat tapi menyeronokkan!
 
6. Ruang untuk berblog masih belum terurus di sebabkan line internet di kawasan kg sangat slow di sebabkan juga,tak dapat nak menguplod gambar gambar terkini
 
Rasanya ini dah cukup membuktikan saya masih lagi menyesuaikan diri dengan kedudukan dan status saya sekarang.

Jumaat, 1 Julai 2011

IMPIAN HENNA WEDDING SAYA





Salam


Masih ingat post saya mengenai Henna? Alhamdullilah saya dah berjaya untuk dapatkannya,seperti yang dijanjikan dengan kak ned datang tepat pada masanya. Saya dill dgn kak ned untuk berinai pada 03 jun 2011,pada pukul 11.30 malam. Masa tu tengah siapkan bunga rampai n bdk2 mr husband pun dtg dgn mr husband. Mr husband datang untuk berinai sekali,bile budak2nya tak ada kerja,mr husband suruh mereka susun kerusi meja semua. 


Tepat 11.30 malam,kak ned pon sampai dengan pembantunya (akak kandung kak ned). Jadi saya pun siap siapkan kerusi, tangan untuk di hulur. Tapi sebelum tu saya dah siapkan awal2 payment yg separuh n dah simpan dlm envelops,senang nanti suruh sapae2 ambik n beri pada kak ned.


Siap Berinai lebih kurang 12 lebih macam tu lah,jadi saya pun dah jadi robot dekat atas kerusi tu sampai ke subur,kak ned kata jgn byk gerak nanti tak cantik tapi nak cantik punya pasal,saya pun jadi keras jer,tidur atas kerusi memang tak selesa,dapat tidur2 ayam sahaja pagi tu. Pukul 6 7 pagi dah mula kopek inai inai ini,sekali tiga org yg tolong kopekkan,hehehe =) Dan hasilnya memang tak berapa sgt merahnya,jadi saya pun mandi dan selang brapa jam,hasil warnanya sangatlah berpuas hati..! TQ kak Ned n goodJob,saya suke sesangat..























 

Inilah hasil henna wedding saya.saya gunakan khidmat kak ned 2kali,03 Jun 2011 n 11 Jun 2011,untuk majlis resepsi n majlis bertandang. Memang best n rasa nak gunakan khidmat kak ned lagi.






Note: Pada mantan mantan pengantin yang nak gunakan khidmat kak ned boleh contack kak ned melalui -> nedhenna.blogsport.com atau search Nadia Khalid di Facebook.

PERSIAPAN AKHIR – RAJA SEHARI






Salam


Akhirnya baki majlis perkahwinan saya tempoh hari,saya akan selitkan dalam persiapan akhir dalam post kali ini mengenai ” Our Wedding Preparations  Hari khamis 02 Jun 2011,canopy dah mula pasang di hadapan rumah saya dengan warna tema pada scallop pink purple,hanya pasang sahaja belum buat deco lagi sebab masih terlalu awal dan jalan di hadapan rumah saya ialah jalan utama,jadi tak boleh nak buat apa apa hingga hari jumaat malam,jalan baru di tutup.





Siang tu memang dah sibuk n keluar pergi ke jalan meru beli barang untuk tetamu,ambil barang2 hantaran,serta ngemas rumah dan bawa keluar segala sofa sofa di dalam rumah,bentang karpet siap siap.
Belah malamnya pula rumah mr husband ada buat kenduri tahlil arwah ayah mertua saya serta mak n ayah saya. Saya tak dapat pergi sebab keadaan kat rumah masih tak terkawal lagi dengan banyak benda,saya hanya sampaikan salam pada kaum keluarga di sana. Keadaan di rumah saya pada belah malam agak kekecohan sedikit ketika memasukkan ole ole untuk tetamu,bermacam macam gelagat yg ada n saya pun jadi pening pening n kelakar =D







 

Pada hari jumaatnya 03 Jun 2011, Aktiviti mengDeco telah dimulakan,mula sekali A.Canipy dtg untuk buat deco meja beradap serta hantar kerusi meja dan juga lapik meja,serba pink,membuatkan saya lagi bertambah puas hati! Okey lepas tu acara bergosip dan bertelaah di dalam rumah bersama keluarga untuk keperluan mentah nanti dan saya telah menulis senarai barang barang untuk abg saya ambil sebab saya kena perintah berkurung; 



Senarai
  • 1.   Ambil bunga tangan
  • 2.   Ambil Sirih junjung
  • 3.   Ambil daun pandan kat rumah nenek
  • 4.   Beli tudung pink
  • 5.   Kek (kek saya ambil sendiri)
  • 6.   Beli bunga potpuri



Pada belah petang jumaat tu,saya dan keluarga mula memotong daun pandan untuk di jadikan bunga rampai,jadi petang tu segala barang yg saya listkan dah dapat semuanya.Alhamdulilah,lepas maghrib pula orang orang pelamin datang untuk buat pelamin,arch n walkway. Saya dan keluarga kat dalam pula siapkan bunga potpuri sampailah ke malam,lebih kurang pukul 11,mr husband datang dgn budak budaknya untuk berinai bersama saya.













        
























Nantikan post mengenai inai atau henna impian saya di lain hari.........