♥ Our Special Moments ♥

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Rabu, 27 Julai 2011

OAKLEY - Our Hero





Salam

Pertama sekali nak mohon maaf sekali sebab terlalu lame membiarkan blog ini menjadi sunyi dengan cerita cerita yang menarik atas sebab sebab yang telah senaraikan pada post lepas. Mengenai tajuk di atas mesti ramai yang menyangka hero tu adalah seorang manusia tapi tidak,ianya hanyalah seekor haiwan peliharaan kami berdua iaitu "kucing" yg di beri nama OAKLEY.

Masih lagi rasa sedih dan terbayang bayang akan kelibat oakley yang sentiasa berada di hadapan pintu bilik kami,rase sedih rindu masih belum hilang lagi. Oakley..? pada mulanya kami menjumpai oakley di rumah,biasa lah kucing datang,wajahnya yg comel serta bulunya yg cantik membuatkan mr husband saya jadi tertarik untuk membelanya. kebetulan masa tu,kami hendak pergi ke Cameron Highlands untuk pre - honeymoon (ekhm ekhm,ingat wedding jer ade pre...honeymoon pun ade okey =D) jadi mr husband pun bagi nama OAKLEY,kata husband,muka die comel sgt,bulunya hitam,tang muka der belang putih,bahgian bawah badan warna putih,hujung kaki wrna putih juga.. selain tu mr husband selalu kata pd kengkawannya "kau adekucing mcm aku ke? kucing aku pkai cermin mata,pkai baju,pakai stoking (gara2 oakley punya warna belang belang)

Dari hari ke hari,mr husband sayang kat oakley,selama ni mr husband mana sukadgn kucing,usahkan suka,belapun die tak nak. Sejak dia terpandang oakley,mr husband jadi sgt penyayang,sampaikan kalau saya lambat bagi oakley makan,mr husband pasti membebel. Bukan tu juga,mr husband sanggup buat mainan khas untuk oakley,dari besi hanger + reben + tedybear yang di ikat pada reben.Sebelum masuk tidur,mr husband pasti akan berborak dengan oakley,baringkan oakely kat tempat tidurnya,sangat comel husband saya ni. Bila pagi kamibuka pintu bilik,mesti kena terus langkah,sebab oakley akan baring n tidur betul betul depan pintu bilik,balik kerja mr husband suka bermain dengan oakley untuk hilangkan penat,nampak senyuman husband saya dengan gelagat oakley.(huby...bby nangis ni tulis cerita mengenai oakley kita! rindu bangett..!)

Saat paling melucukan,oakley suka tarik perhatian bila saya atai mr husband sedang asyik di hadapan laptop,bila kita tak layan dia,mula dia baring manja atas laptop,untuk suruh kita main dgn dia. bila dah sayang,mesti kita mandikan,boleh dikatakan,penjagaan oakley sangat teratur dan oakley tak akan kesunyianbila bersama tuannya.

Bila sampai masanya,saya mendapat tahu yg mak mertua saya menyuruh mr husband untuk membuang oakley,sebab sebabnya kami tak tau. Dia seakan akan membenci oakley,tak suka bila oakley berada di rumah,jadi dengan rela hati,mr husband terpaksa membuang oakley,tapi saya tak rela!saya tak nak kehilangan oakley macam mana saya kehilangan popop iaitu kucing kesayangan keluarga saya yang mati setahun yg lepas. Ketika tu saya memang dah menagis bila dapat tau oakley akan di keluarkan dari umah ni,mr husband memujuk saya,mr husband ckp,kita letak dekat belakang,iaitu kawasan yg ade sekolah agama,masjid,perumahan serta kedai,mungkin oakley boleh hidup di kawasan tu. Jadi saya pun ikut mr husband untuk letakkan oakley di sana,atas motor,saya hanya mampu nagis dan terdengar bunyi suara oakley.

Sampai saja,saya menurunkan oakley,mr husband mencium oakley kemudian di susuli oleh saya yang mencium oakley buat kali terakhir,kemudian saya meletakkan oakley di bawah,oakley berasa takut dgn situasi di luar yg bukan tempatnya. Kemudian mr husband turun dari motordan memeluk oakley dan menciumnya lagi,saya tak mampu berbuat apa2 dan hanya mampun menangis dengan kadaan sebegitu.kemudian kami terus beredar,tapi saya takut tinggalkan oakley di sana,saya tau oakley tidak pandai mencari makanan dan org tak mungkin suka dgn oakley oleh kerna badannya berwarna hitam belang putih.

Mr husband patah balik untuk melihat oakley lagi,tapi bila sampai,kami dah tak nampak kelibat oakley lagi,tu larh kali terakhir kami memeluk,mencium,bermain bersama oakley. "Ya Allah,kami tiada niat langsung untuk membuang oakley,kau lindungilah oakley dari bahaya dan juga org2 yg berniat jahat pada dia" Sejak dari tu kelihatan mr husband selalu melangkah  kakinya ketika hendak keluar ke pintu bilik,terasa seolah olah,oakley tengah tidur di situ,terbayang kelibat die mengikut saya setiap pagi menghantar mr husband di laman rumah untuk pergi ke pejabat. Sangkar,selimut,bekas makanannyamasih lagi tersimpan,betapa rindunya kami pada oakley.

Tak adabyk gambar oakley,hanya beberapa keping sahaja,sebab mr husband tak bagi ambik gambar oakley,takut die tak balik umah. jadi hanya ada sikit saja gambar oakley,insyaAllah saya akan uplod kan kesemua hakmilik oakley dalampost akan datang.





Mood: Merindui c manja OAKLEY

Tiada ulasan: