♥ Our Special Moments ♥

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Jumaat, 1 Julai 2011

PERSIAPAN AKHIR – RAJA SEHARI






Salam


Akhirnya baki majlis perkahwinan saya tempoh hari,saya akan selitkan dalam persiapan akhir dalam post kali ini mengenai ” Our Wedding Preparations  Hari khamis 02 Jun 2011,canopy dah mula pasang di hadapan rumah saya dengan warna tema pada scallop pink purple,hanya pasang sahaja belum buat deco lagi sebab masih terlalu awal dan jalan di hadapan rumah saya ialah jalan utama,jadi tak boleh nak buat apa apa hingga hari jumaat malam,jalan baru di tutup.





Siang tu memang dah sibuk n keluar pergi ke jalan meru beli barang untuk tetamu,ambil barang2 hantaran,serta ngemas rumah dan bawa keluar segala sofa sofa di dalam rumah,bentang karpet siap siap.
Belah malamnya pula rumah mr husband ada buat kenduri tahlil arwah ayah mertua saya serta mak n ayah saya. Saya tak dapat pergi sebab keadaan kat rumah masih tak terkawal lagi dengan banyak benda,saya hanya sampaikan salam pada kaum keluarga di sana. Keadaan di rumah saya pada belah malam agak kekecohan sedikit ketika memasukkan ole ole untuk tetamu,bermacam macam gelagat yg ada n saya pun jadi pening pening n kelakar =D







 

Pada hari jumaatnya 03 Jun 2011, Aktiviti mengDeco telah dimulakan,mula sekali A.Canipy dtg untuk buat deco meja beradap serta hantar kerusi meja dan juga lapik meja,serba pink,membuatkan saya lagi bertambah puas hati! Okey lepas tu acara bergosip dan bertelaah di dalam rumah bersama keluarga untuk keperluan mentah nanti dan saya telah menulis senarai barang barang untuk abg saya ambil sebab saya kena perintah berkurung; 



Senarai
  • 1.   Ambil bunga tangan
  • 2.   Ambil Sirih junjung
  • 3.   Ambil daun pandan kat rumah nenek
  • 4.   Beli tudung pink
  • 5.   Kek (kek saya ambil sendiri)
  • 6.   Beli bunga potpuri



Pada belah petang jumaat tu,saya dan keluarga mula memotong daun pandan untuk di jadikan bunga rampai,jadi petang tu segala barang yg saya listkan dah dapat semuanya.Alhamdulilah,lepas maghrib pula orang orang pelamin datang untuk buat pelamin,arch n walkway. Saya dan keluarga kat dalam pula siapkan bunga potpuri sampailah ke malam,lebih kurang pukul 11,mr husband datang dgn budak budaknya untuk berinai bersama saya.













        
























Nantikan post mengenai inai atau henna impian saya di lain hari.........



Tiada ulasan: