♥ Our Special Moments ♥

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Rabu, 13 Julai 2011

Masih Di Sini

 
 
 
Salam dan hai


Menghilang lebih lama daripada biasa kali ni.


Mari saya senaraikan alasan-alasan sebab kehilangan saya daripada dunia blogger ini ;


1. Dah pindah rumah di Kg Perepat. Dah tak duduk Klang Utama yang ada akses line Internet P1,24 jam terus menerus *nangis

2. Tengah berkira kira dengan mr husband untuk di jadikan ruang bilik kami seperti cinema *untungnya sebab masa kawin beli tv LCD plasma series 4 n dpt pula hadiah kawin set home teater.

3. Masih belum membiasakan diri dengan rutin seorang isteri, pekerja dan suri rumah. Dulu jawatan suri rumah, dibantu oleh ibu, jadi suri rumah tu cuma jadi suri aje. Sekarang dah tak cukup tangan nak uruskan sendiri.
 
4. Otak tak dapat fikir nak karang post terbaru pasal asyik fikir petang nak masak apa, hujung minggu nak gi pasar beli apa, dan bila gambar kawin dari OP nak dapat * sebab ramai dah menanyakannya.

5. Bila badan penat, otak pun penat. Apa pun tak jalan. Tapi yang pastinya, hidup berdua, hidup berdikari--penat tapi menyeronokkan!
 
6. Ruang untuk berblog masih belum terurus di sebabkan line internet di kawasan kg sangat slow di sebabkan juga,tak dapat nak menguplod gambar gambar terkini
 
Rasanya ini dah cukup membuktikan saya masih lagi menyesuaikan diri dengan kedudukan dan status saya sekarang.

Tiada ulasan: