♥ Our Special Moments ♥

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Isnin, 21 November 2011

Hal yang Perlu Kita Ketahui Tentang Pereka Busana



Salam

Sekali lagi kita bertemu dalam post yang sangat berguna untuk tatapan dan tips untuk anda memilih pereka busana perkahwinan anda. Memilih busanan yang bena2 sesuai dengan diri anda mungkin agak sukar melainkan anda mengenali pereka fesyen atau busana yang benar2 menepati citarasa anda dalam berfesyen.


1. Pereka yang mampu melakar dan merealisasi
pereka fesyen/busana itu mampu menghasilkan segala yang dilakar,dicoret dan diilhamkan itu menjadi kenyataan buat bakal sang mempelai. Mereka akan mengambil kira segala aspek yang ada pada pelanggan seperti bentuk tubuh,ketinggian,warna kulit dan kesesuaian yang sewajarnya buat pelanggan agar si pelanggan mampu kelihatan cantik menawan.

2. Pereka yang mempunyai identiti dan trademark
Carilah pereka fesyen/busana yang benar2 mempunyai identiti dan trendmark yang tersendiri kerana mereka pastinya mempunyai idea yang tersendiri dan yang pastinya mereka tidak akan mengecewakan anda serta mempunyai idea idea baru yang segar dan mampu memberikan kepuasan buat anda dalam menggayakannya.

3. Pereka yang keatif dan inovatif
Tugas pereka/busana ialah memilih fabrik dan menjahit sesuatu rekaan dari mula hingga ke akhir. Pereka fesyen/busana bermula daripada kertas kosong yang dilukis rekaan sehingga ia dihasilkan menjadi baju.

4. Pereka yang faham jiwa dan kehendak anda
Seorang pereka fesyen/busana yang baik mampu memahami jiwa dan kehendak anda sebagai seorang pelanggan serta memberikan khidamt yang terbaik di samping mengambil kira ilham anda untuk dijadikan insipirasi rekaan fesyen buat anda kelihatan canik menawan.

5. Pereka yang boleh berkerjasama dengan baik
Pereka fesyen/busana hari ini semakin berani dan kreatif mengadunkan idea fesyen mereka dengan pebagai pengaruh.

6. Pereka perlu bijak menyampaikan
Seorang pereka fesyen harus bijak memilih fabrik yang sesuai yang mampu memberi kesan terhadap rekaannya dan menyuntik elemen yang segar dan indah dalam setiap rekaannya.



Bagi anda yang mementingkan penampilan dan gaya terutamanya di hari bahagia nanti,anda sebetulnya memerlukan khidmat pereka busana yang cukup professional dan kaya dengan ilham terkini dalam merealisasikan impian anda tampil persis bidadari tatkala bersandingan denga teruna impian anda.

Tiada ulasan: