♥ Our Special Moments ♥

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Isnin, 21 November 2011

Keselesaan Kanopi Buat Tetamu



Salam

Ramai yang anggap bahawa kanopi ini tidak terlalu penting buat sesuatu majlis,sedar atau tidak,kanopi memainkan peranan yang penting bagi sesuatu majlis. Kanopi yang semakin mengikut peredaran zaman banyak menarik minat tuan rumah sendiri.

Kanopi juga menjadi satu keperluan yang penting dalam majlis perkahwinan. Dengan hiasan dan dekorasi yang menarik,pengantin baru dan para tetamu yang hadir. Kini terdapat beberapa saiz khmah yang selalu digunakan adalah 20'x20' walau bagaimanapun,kita boleh bertanya terus kepada pembekal khemah berkenaan saiz khemah yang bersesuain dengan lokasi khemah yang akan dipasang.

Formula pengiraan unit khemah minimum untuk di tempah adalah mengikut jumlah jemputan yang dijangkakan.dibahagi dengan empat jam waktu acara majlis berlangsung. JUmlah purata untuk acara berlangsung adalah sejam. Penambahan dua unit khemah lagi bagi menempatkan khemah pengantin dan buffet. Selain itu juga kita perlu mengambil kira khemah diperlukan untuk memasak,menghidang dan hal hal lain lagi yang diambil kira menggunakan khidmat khemah.

Formula ini hanya diguna pakai untuk menentukanjumlah unit khemah yang paling minimum yang perlu ditempah untuk sesuatu kenduri. Perlu diingatkan bahwa waktu puncak dari pukul 1.00tengahari hingga 2.00petang,jumlah ini tidak mencukupi untuk menampung tetamu yang majrotinya tertumpu pada waktu pengantin tiba bersama sama rombongan pengantin tiba.


Jenis jenis Kanopi

Type A - Fesyen lmama,banyak digunakan di pusat pusat mencuci kereta dinamakan type A kerana bentuk berbunga yang menyerupai bentuk A.

Piramid - Mendapat nama dari bentuk bumbungnya seperti piramid.Khemah jenis ini selalu digunakan kerana bentuknya tidak terlalu besar.

Hi-Top - Menggunakan asas khemah piramid tetapi mempunyai puncak yang lebih tinggi. Nama sinonim untuk khemah ini ialah khemah Arabian.


Pada hari perkahwinan,tentunya pihak tuan rumah akan melengkapi majlis dengan hiasan kanopi mengikut tema perkahwinan. Bukan sahaja untuk santapan pengantin tetapi juga tetamu menjamu selera. Malah kanopi memainkan peranan penting dalam menjayakan sesuatu majlis tidak kiralah keramian,korporat atau perkahwinan.

Tiada ulasan: