♥ Our Special Moments ♥

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Isnin, 14 November 2011

Salam AidilAdha - Pulang ke KG



Salam

Terutama sekali dan rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha buat semua umat islam dimuka bumi bertuah ini,Maaflah terlambat ucap pula gara gara terlampau teruja untuk pulang ke kg halaman di Kota Kinabalu,Sabah baru baru ini. Al-maklumlah,kalau dulu balik kg sorang sorang tapi kali ini bersama mr husband saya. Perasaan gembira yang terlampau sangat sebab saya dah lama tak pulang,kali ni giliran balik raya di kg keluarga saya pula,memandangkan Hari Raya Puasa saya ikut beraya keluarga belah mr husband saya.

Pada Mulanya memang kami tak plan pun untuk pulang kg raya haji ni memandangkan cuti yg amat pendek,dan kami memang merancang untuk pulang kg pada hujung tahun 2011 ini atau Chiness New Year nanti,iyalah sebab cuti panjangkan. Cadangnya untuk panjat Gunung Kinabalu,mr husband dah excited sangat nak panjat tu. Tapi lain pula jadinya bila mr husband ajak pulang beraya di kg keluarga saya pula,yang kita ni org perempuan mulalah melompat2,iyalah mana tak nya dapat balik raya dgn keluarga sendiri katakan. Lepas pada tu,saya mula call ibu di kg serta mak cik pak cik saya di kg mengatakan ANAK MANJA mau pulang raya haji ni,  (gelaran anak manja tu diberikan oleh nenek saya sebab saya ni jenis yg manja sehingga saya dah kahwin,masih tak dapat nak buang sikap tu) Masa tu lah tanya mereka nak pesan apa apa tak dari Semenanjung - KK, memang perasaan tu rasa tak sabar sangatlahkan.

Akhirnya kami pulang ke kg halaman pada 4hb Nov 2011 -> 7hb Nov 2011 jadilahkan dari tak dapat balik,tapi next year kena plan betul betul untuk Hari Raya Puasa =D Flight dari Lcct -> Kkia T1 sepatutnya 4.30ptg tiba 7.00pm tapi disebabkan ade masalah yg tak dapat dielakkan flight di tunda pada 5.00ptg -> 8.00mlm tapi Alhamdullilah kami selamat sampai di Kkia sekitar 8.10pm dan lepas ambil beg,mula cari Ibu tapi tak nampak sebab ramai sangat,last sekali jumpa IBU! oh sangat rindu IBU! peluk cium bagai dengan ibu =D

Macam biasa sabtu sebelum raya,kami sempat merayap pusing pusing,shopping shopping bandar dan pekan sampai tak hirau penat dan tak tau apa itu penat =D 5hb Nov sempena Raya Haji sempat juga buat Hari jadi Nenek dan lilter bucuk my bulat c INTAN,anak makcik saya 3tahun =) dan hari2 berikutnya jalan dan jalan sehingga pulang ke semenanjung, Flight k=Kkia T1 -> Lcct 3.45pm 6.00pm tapi biasalah bila time balik tu ada sedikit babak drama menagis,sayalah yang mula dulu menangis sebab tak tahan rasa sebak nak tinggalkan Ibu,nenek n keluarga,sampaikan mr husband terpaksa tarik saya masuk kedalam dengan cepat sebab takut saya tak nak balik dan rasa berat hati lagi. 






" Pekena Nasi Ayam dulu,ni ja yg ade Mcd & A&w da full table "



<><>
<>
<><>
" Smpai ja rumah,ade sambut befday,ni larh Liltr bucuk bulat Intan "

 "5hb Nov 2011 -Sesi bergambar&Merayap Shopping"















" 6hb Tghari AidilAdha, Jamuan raya & Hari jadi Intan n Nenek "



" my lilter bucuk ni sume befday girl =)"






" Tgk sempat lagi kami main di dapur "
 















Cukup tak gambar? saya rasa tak cukup sebab masih banyak lagi yang saya tidak uplod tapi insyaAllah,saya akan uplod dengan secepat mungkin untuk tatapan semua pembaca saya =)

















Nota: InsyaAllah topik akan datang mengenai pengurusan rumah tangga kita sebagai suami dan isteri. Pada email email yang saya terima,saya telah balas secara pukal dan pada yang masih meninginkan kertas kerja perkahwinan boleh email di ezaty_farra@yahoo.com.my atau di laman web facebook Nana Zakaria, insyaAllah saya akan balas secepat mungkin.

Tiada ulasan: