♥ Our Special Moments ♥

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Rabu, 11 Julai 2012

Review Scan 3D/4D


Salam

Lambat skit update blog ni after g scan baby hari ahad lepas, 08 Julai tu sebab xsempat...hihi.Yela..Jumaat dan Sabtu hari tuh kerja melambak2 kat rumah sebab my brother in law ada buat majlis cukur jambul dan juga tahlil.

Alhamdulillah...segalanya berjalan lancar masa kami pergi scan baby hari tu.Actually appointment scan baby pukul 1.40 petang tapi kami pada pagi sebelum appointment tu tarik selimut dulu melayan kepenatan malam semalam.. 

Kami scan di Klinik Umra,sek13 shah alam..pertama kali rasa susah juga nak cari klinik manan untuk buat scan 2d/4d ni,tapi bila saya search dalam facebook,ada 1 page "3d/4d Scan Malaysia" review kesemua komen dari mommies2 yang pernah buat di sini sangat memberangsangkan jadi saya dan Husband ambil keputusan untuk scan di sini. Sebenarnya kena buat appointment dulu dekat jadual kalendar beliau, kemudian baru request kita di confirmkan oleh sonographer JEZZLYN sendiri.

Masuk bilik Jezzlyn dengan senyum sengeh sengeh je,cantik dan cute rupanya Jezzlyn ni.Masuk saja dia tanya khabar kami dan juga baby dan dia minta maaf sebab lambat sikit,sebab kebanyakkan appointment sebelum ni,baby merajuk dan tak nak tunjuk muka,jadi Jezzlyn tanya baby ada kick tak sebelum ni. hehe

Pertama sekali dia minta saya baring dahulu dan suruh dady duduk di kerusi sambil memerhatikan monitor yang kedua. Sambil tu dia burnkan cd mommies sebelum ni,sambil2 tu dia angkat baju dan dia tanya sama ada saya tidak selesa atau selesa dengan keadaannya. Lepas tu dia mulakan dengan letak gel dan sebagainya. Kemudian Jezz bagitau detail scan dari tulang baby,berat,air ketumban,uri,tali pusat,kedudukan baby sekarang etc dan kemudian bagi kami dengar degupan jantung baby,Ya Allah! masa tu dah tak terkata apa2 lagi. Besar sungguh kuasa Allah. 

Sambil dia terangkan,dia pujuk dan minta baby supaya jangan lasak sangat,Jezz minta saya mengiring lagi supaya dapat lagi detail muka baby,Tapi tidak ! baby makin lasak,habis kaki tangan dekat muka.MUlut pula asyik menguap nguap,Alahh rupanya mumy dady n aunty Jezz kacau kamu tidur. hehe. Memang kelakar,Jezz kata hidung dia sangat mancung n ada mirip macam muka dady dia lah. hehe

Lepas habis scan,Jezz pun burnkan gambar dan video dekat cd n printout gambar dan handover pada kami. Kemudian bayaran hanyalah RM100 sahaja !
Jadi pada sesiapa yang naw wat 3d/4d scan ni bolehlah buat dekat Jezzlyn. Tapi kene boking dan make appointment dulu sebab dia buat macam freelance di klinik klinik tertentu sahaja.




See................nampak tak our little baby!=).Alhamdulillah!rasa seronok sgt tgk dia...hihihi. Tapi tangan dia asek letak kat muka je....penat orang yang buat scan tu urut2 perut saya nk bagi baby alih tangan coz nk amek gmbar seluruh muka....tp my baby sangat pemalu!Ini jela satu-satunya gambar yang nampak almost seluruh muka....hehehe.

"COMELNYA ANAK DADDY....-kata my husband yang tengah excited tgk baby.hehe =)"


p/s: Sape2 nk buat 3D/4D scan nih sila booked awal2 tau...coz doktor kate masa paling sesuai is 26 weeks - 30 weeks...after that baby dah besar so susah skit nk nampak...=). Pray for our little one supaya terus membesar dengan selamat dan sihat ye!AMIN......

Anda boleh pergi di facebook dan klik LIKE di page http://www.facebook.com/pages/3D-4D-scan-Malaysia/120155484710450
kemudian boleh pergi ke page appointment.

Tiada ulasan: