♥ Our Special Moments ♥

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Jumaat, 2 Disember 2011

Bagaimana Membina Keluarga Yang Bahagia?




Salam


Agak menggerunkan tajuk post kali ni kan? Sebenarnya saya mendapat tajuk begini dari salah satu b2b saya yang inginkan jawapan bai pertanyaan beliau ini menerusi email saya 3 hari lepas. Saya pun agak terkejut juga bila membaca dan sempat mencuit si jantung hati Mr husband mengenai pertanyaan beliau. Jadi saya tak nak menghampakan beliau dan saya menjawabnya secar pukal bersama pembaca b2b saya yang lain,mungkin jawapan atau pendapat saya mengenai ini dapat ,membantu anda semua dan beliau.

Saya tidaklah terlalu pandai untuk memberi pendapat mengenai pertanyaan beliau t,memandangkan saya sendiri baru menjalani fasa berumah tangga ini, Tapi insyaAllah saya akan cuba menghuraikan sedikit demi sedikit mengenai pertanyaan beliau tadi;

- Bagi seperti yang kita tahu sekarang ini,kes penceraian semakin berleluasa pada zaman moden ini,kebanyakkan mereka inginkan kebebasan dari pasangan masing masing tapi bagi saya,Keluarga adalah amanah Allah s.w.t. Tunaikan amanah tersebut dengan sempurna walaupun pelbagai dugaan dan cabaran yang kita perlu hadapi,Apa sekalipun yang terjadi,Suami,isteri,serta keluarga amat penting bagi kita.

- Sentiasalah memantapkan diri kita dengan ilmu agama. Walau saya sendiri tidak terlalu pakar untuk menyebut pekara tersebut tapi sekurang-kurangnya Solatlah berjemaah bersama suami isteri kita sendiri. InsyaAllah,Allah akan mempermudahkan segala apa yang melanda diri kita ni.

- Persediaan rohani,fizikal dan mental untuk hidup berumahtangga juga amatlah penting. Jangan bila ada orang mengata suami atau isteri kita,kita sudah melatah,membabi buta serang suami atau isteri kita. Seelok-eloknya berbincanglah dengan baik,duduk semeja untuk bertanya,tidak salah rasanya untuk kita berbuat demikian.

- Berazam untuk menjadi suami dan isteri yang mithali berpandukan al-quran dan al-hadith. Sentiasa mengambil hati pasangan masing masing, bukan bila si isteri keluar,si suami pula yang membuat kerja-kerja rumah pula,memang tak eloklah kita sebagai suami memperlakukan begitu pada suami kita sendiri.

- Menyediakan tempat tinggal dan keperluan hidup yang sempurna berdasarkan kemampuan diri si suami. Janganlah kita sebagai isteri hendak memaksa si suami untuk memenuhi kehendak diri kita sendiri. Sebaliknya kita berfikirlah sama ada perlu atau tidak sesuatu benda tu. Jika ianya tidak penting,tidak usahlah kita memaksa,InsyaAllah andai ada rezeki,kita akan dapat juga. Si suami pula perlu menitikberatkan keperluan2 yang penting bagi keluarga anda sendiri.

- Perkahwinan yang direstui oleh ibubapa juga amat penting dalam kehidupan pasangan. Jika tidak di restui,kita sebagai pasangan akan sentiasa di landa masalah dari satu ke satu.

- Mengeratkan hubungan dan sentiasa memperbaiki hubungan dengan mengamalkan sikap  bermaaf-maafan,melupakan perkara buruk yang berlaku,menghargai kehidupan suami isteri dan keluarga,memupuk semangat baru dan bijak menangani stress serta menahan marah.

- Sentiasa membaiki akhlak dan perilaku serta mengamalkan sifat2 adil dan ikhlas,jujur dan setia,percaya mempercayai,memberi tunjukajar dan tidak menyalahkan,membantu dan tidak membebankan,menghargai dan tidak mengeji,sentiasa bersyukur,menerima kekuragan dan kelebihan pasangan,kasih sayang dan kemesraan,dan akhir sekali doa yang baik amat penting.


Mungkin segala pendapat atau jawapan saya ini dapat membantu anda dan beliau mengenai soalan "BAGAIMANA MEMBINA KELUARGA YANG BAHAGIA?". Saya sebagai isteri sentiasa teringat akan kata kata mr husband yang selalu dipesan supaya kami mengamalkan 3K iaitu Kasih Sayang,Kesetiaan dan Kejujuran. Ayat inilah sentiasa dia berpesan sebelum kami bertunang dan hinggalah sekarang saya gunakan. Mungkin and a boleh gunakan 3K ini sebagai pembakar semangat anda dan pasangan dalam perhubungan kalian.














Nota: Sekali lagi saya nak bagitau,saya hanya memberikan kertas kerja perkahwinan melalui email,Pada sesiapa yang meminta emce skrip untuk majlis perkahwinan anda,saya akan replay secpt mungkin,jika anda masih tidak mendapat lagi di inbox,cuba buka di spam dan jika msih tidak dapat boleh emailkan kepada saya dan saya akan membalasnya secepat mungkin.

Tiada ulasan: