♥ Our Special Moments ♥

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Selasa, 13 Disember 2011

Rutin Memasak



Salam

Nak sediakan makanan, kena sediakan menu dulu.
Nak sediakan menu, kena beli bahan dulu.
Nak beli bahan, kena sediakan belanjawan dulu.


Saya kagum dengan isteri/suri rumah yang mampu memasak secara spontan. Tak merancang apa, cuma apa yang terdetik di saat dia buka peti ais, terus sahaja menu sekian-sekian disediakan. Buat masa sekarang, saya masih belum ada kebolehan seperti mereka tapi saya selalu berharap, semakin lama saya menguruskan hal rumahtangga, saya akan dapat dalami kemahiran ini, seperti mana yang ibu saya selalu buat.

Dalam merancang menu juga, saya rasa, kita sebagai isteri kena tahu alahan makanan jika ada, sayur yang dia kurang suka, teknik memasak yang dia suka dan banyak lagi. Kalau masa berpasangan, kita mungkin tak perasan semua benda ni. Tapi bila sudah tinggal sebumbung, nak tak nak kena peka juga. Kita perlu tahu bukan setakat untuk ambil hati suami, tapi daripada segi perbelanjaan, supaya tidak membazir terbeli bahan mentah yang takkan dimasak dan daripada segi tenaga supaya kita tak penat memasak menu yang dia takkan sentuh. Nanti kita juga yang membebel.

Untuk diri saya, oleh kerana kerana saya ada sifat kebergantungan kepada perancangan, maka teknik saya adalah dengan menyediakan menu seminggu kami dalam satu fail; fail yang sama diletakkan senarai resepi --yang saya akan bincangkan kemudian.





Walau pada asalnya, saya cuba juga nak ikut setiap menu yang saya senaraikan tapi lama kelamaan, saya rasa, menu ini sekadar rujukan dan idea agar kita tak mati akal dan juga untuk membantu saya dalam merancang pengeluaran bahan-bahan daripada peti ais, terutama sayur-sayuran. Contoh, kalau kami ada beli bayam atau sawi, saya akan pastikan saya masak sayur tersebut dalam tempoh terdekat, berbanding dengan kubis atau lobak merah yang lebih tahan lama.



Biasanya, saya akan senaraikan menu saya selepas selesai mengemas bahan-bahan mentah yang dibeli di pasar. Ikut pada waktu bila saya lapang. Kadang-kadang tu, sambil tengok TV pun boleh buat. Lagipun, tak ambil masa yang lama, kurang 2 minit sahaja. Kalau saya tak pasti nak masak resepi apa, saya sekadar tulis 'ayam', jadi saya tahu yang saya kena keluarkan ayam daripada peti sejuk beku pada pagi sebelum saya ke tempat kerja, jadi balik kerja boleh terus mula memasak atau jika memerlukan untuk saya memerap daging, saya perapkan pagi sebelum saya kerja. Menu apa nak dimasak, cari sahaja di
myresepi

Ada masa, kalau saya terjumpa resepi yang menarik, tapi ada bahannya yang kami tak beli lagi, saya senaraikan menu tu untuk minggu hadapannya.

Idea dapur saya: Gambar di bawah ni boleh kasi idea yang spontan untuk menulis senarai barang runcit.


Tapi saya selalu tuliskan senarai barang runcit dalam handset saya pasal handset sentiasa kerap bersama saya. Tapi idea di atas ni saya gunakan untuk menulis menu memasak dua hari.


Senarai barang runcit


Aktiviti memasak

Saya ingat lagi, beberapa bulan sebelum berkahwin, ibu dan nenenk sentiasa ingatkan saya supaya belajar memasak untuk famili dan kaum kerabat kami nanti,dan sejak itu ibu,nenek serta mak cik2 saya menurunkan ilmu ilmu yang ada  serta  teknik nak memudahkan memasak bagi isteri bekerja, menu-menu ringkas, pengurusan.

1. Kita melawan masa
Bagi saya, perkara paling penting dalam aktiviti memasak adalah masa. Masa boleh jadi kawan atau lawan kita.


Bagi saya, memandangkan majoriti kita masih bekerja, jadi pembahagian masa memang amat penting. Dalam situasi saya, saya buat pembahagian masa berbeza untuk sarapan dan makan malam.

Kalau sarapan, maksimumnya
10minit: penyediaan bahan-bahan memasak
30minit: aktiviti memasak
10minit:mengemas dapur
Jumlah:50minit

Makan malam, maksimumnya
15 minit: penyediaan bahan-bahan memasak
45 minit: aktiviti memasak
15 minit: mengemas bahan-bahan.
Jumlah: 75 minit

Sebenarnya tidak la saya ikut setepat-tepatnya pembahagian waktu tu. Kalau saya sediakan sarapan ala kopitiam, telur rebus dan roti bakar, tidak la saya perlukan masa sehingga sejam nak sediakan semuanya. Mungkin 15 minit sahaja untuk siapkan semuanya. Kecuali la saya nak masak bihun goreng dan telur dadar, baru la saya aplikasikan pembahagian masa .

 2. Rutin memasak dalam seminggu

Rutin memasak saya daripada hari Isnin sehingga Jumaat adalah sarapan dan makan malam. Kalau Sabtu dan Ahad, pagi adalah hari cuti saya hehe. kami akan bawa saya makan di luar.Jadi, adalah penting untuk kita tahu bila waktu yang memerlukan kita untuk memasak jadi kamu dapat rancang daripada segi menu, belanja dapur dan tenaga.

3. Seleksi menu

Untuk kami, saya akan pastikan dalam seminggu, ada kombinasi sarapan ringan dan sarapan berat. Sebabnya? Ada hari juga saya nak rehat dan tak nakbangun awal buat sarapan.

Memang menyediakan sarapan, tak kisah sarapan berat atau ringan memakan masa dan tenaga, tapi tetap, kita perlukan kaedah yang boleh meringankannya.

1. Untuk menjimatkan masa menyediakan bahan, kupas bawang dan potong sayuran seperti lobak siap-siap dan simpan dalam bekas kedap udara di dalam peti sejuk untuk digunakan esok paginya.
2. Keluarkan ayam, daging atau bahan mentah lain yang diperlukan pada malam hari dan letakkan di ruang peti ais.
3. Kalau ada ruang dalam peti ais yang mencukupi, kumpulkan semua bahan-bahan yang diperlukan untuk penyediaan sarapan berdekatan antara satu sama lain supaya tiada bahan yang tercicir.

 Menyimpan resipi
Jadi perkara pertama yang saya titikberatkan sebelum memulakan aktiviti memasak adalah koleksi resepi. Jadi, ini apa yang saya buat. Saya simpan resipi pilihan dalam file biasa ini sahaja.


Di dalamnya, saya bahagikan resipi ikut kategori

Saya bahagikan resipi-resipi ni mengikut beberapa kategori
1. Nasi
2. Ayam
3. Daging
4. Ikan
5. Sayur
6. Makanan laut - sotong, udang,kerang
7. Manisan dan kuih-muih
8. Keropok
9. Pastri
10. Western
11. Roti
12. Mee
Lain-lain: bergedil, rempah, bebola daging,sos

Bila mengumpul resipi ni, memang ada kecenderungan nak simpan semua yang kita pernah baca. Kesudahannya, koleksi menu jadi gemuk sangat-sangat dan ada yang kita tak pernah baca atau cuba pun.

Jadi seeloknya:
1. Ambil resipi yang sukar kamu ingat atau yang kompleks cara menyediakannya.
2. Elakkan duplikasi resipi yang sama atau hampir sama. Kalau nak juga kedua-duanya, cetak satu sahaja dan tuliskan bahan yang ada dalam resipi kedua, ke dalam resipi yang pertama
3. Susun resipi yang sudah dicuba di bahagian belakang kategori menunya. Jadi kamu tahu resepi yang depan-depan, semuanya resepi baru
4. Buang atau ketepikan resepi yang tak kena dengan selera kamu.

Oh ya, satu perkara yang saya nak kongsi sebelum mengakhiri post ni. , stok-stok bahan tertentu di dapur adalah sangat penting, terutama bila ada tetamu datang waktu petang.


Jadi, di rumah, antara bahan yang mesti ada dalam dapur saya

1. Tepung gandum - Boleh dijadikan jemput-jemput, cucur udang, dan macam-macam lagi.

2. Bihun - Tahan lebih lama daripada mee atau kuehteow

3. Pasta/ makaroni/ Spageti - Kalau nak merasa tekak barat sikit hehe.
5. Makanan beku - seperti karipap, pau, sosej dan bergedil. Untuk kudap-kudapan dan tak leceh nak disediakan.

6. Rempah segera- Saya suka buat satu hidangan daripada asas. Tapi ada masanya saya tunduk juga dengan kekangan masa dan tenaga, jadi rempah segera macam Mee Bandung, Soto dan sebagainya memang dapat menyelamatkan keadaan.


Fiuh.. sempat juga saya habiskan topik Rutin Memasak


Sebenarnya, aktiviti memasak bukanlah minat saya. Saya cuma minat untuk cuba resepi baru. Memasak dengan kerap, menyebabkan saya bosan. Jadi satu-satunya cara untuk saya tidak bosan, adalah mencuba resepi baru sekerap yang boleh. Kiranya, macam mencabar diri sendiri. Tipu la kalau saya kata tak penat nak sediakan juadah ini semua. Kita kerja tetap waktu pejabat seperti suami kita, tapi balik terus kena masak dan sebagainya. Cuma satu perkara sahaja yang saya sentiasa beringat dan bersyukur. Tapi saya ini, suami di depan mata, patut lebih bersyukur, ada si dia untuk melangsaikan segala juadah di depan mata, tak kira sedap ataupun tidak. Kan?

Tiada ulasan: