♥ Our Special Moments ♥

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Rabu, 14 Disember 2011

MAJLIS RESEPSI - Episode Raja Sehari Farah&Farhan





Salam


Paginya pukul 7pagi kami semua bangun.Pagi tu hujan sekejap sampai pukul 8.30,saya mula agak risau,takut takut hujan sampai ke ptg tapi alhamdulilah 9pagi cuaca dah mula panas,tapi sebelum tu,pagi sabtu semalam saya dah campak baju ke bumbung rumah,kata org tua tua,nak elak dari hujan turun. Sementara menuggu untuk mekap,jadi saya,yana,ecah n sarah siapkan meja hadiah sekali meja untuk buku tetamu,letak frame gambar saya n mr husband di bahagian depan (tetamu masuk). Bersihkan pelamin,sebab malam tadi dah menepung tawar kecil.kesian yana sebab kaki nya terkena kerusi pelamin...=D


10pagi orang orang catering sampai,rumah mula di banjiri jiran jiran sanak saudara,sebelum mekap,sempat makan dulu,takut pengsan. Jadi saya msg mr husband untuk mkn sedikit sebagai alas perut,kebetulan wapiq dtg nak ambik baju,jadi saya n yana tapaukan lauk n nasi sikit untuk mereka berdua makan kat umah nanti.


11 lebih dah mula bersiap siap,dayang dayang saya pun mula bervogue vogue =) Sekali lagi org pertama yg saya jumpa masuk ke bilik ialah kak long n asha,kak long tak dpt tgk saya sanding sebab kak long der lawan bowling petang tu,jadi dia dtg awal. Kak long n keluarga jugalah org pertama yang menconteng buku tetamu saya.


Saya tak fikir apa yang berlaku dekat bawah canopy sana sebab saya dah member tugas kepada org2 berkenan,jadi saya di bilik hanya relax dan terus relax sehinggalah kawan kawan sekolah rendah saya datang,kawan kawan sekolah menengah K.U datang kemudian di susuli kawan kawan kolej dan yang paling best kawan kawan kelas 5ART saya datang n lepak dalam bilik sebelum saya bersanding,kami bergelak tawa,sempat juga bergambar dengan semua kawan kawan saya. Yang buat saya terkejut sekali,my BFF saya datang..! BOB namanya,pada awalnya dia bagitau saya yg dia tak dpt dtg,jadi saya pun merajuk dgn dia, sampaikan dia call n msg saya tak bagi apa2 reaspon,sebab geram n merajuk punya pasal.


Awalnya,yana masuk bilik,kata ada surprise untuk saya,jadi saya pun tak lah jangka surprise yg saya dapat ini membuat saya terkejut beruk, Tiba tiba Bob tercegat depan pintu bilik,saya pun mula menjerit..! kawan kawan saya semua gelakkan,rupanya bob n yana memang dah rancang nak kenakan saya.. Jadi saya memang dapat surprise yg besar. Terima kasih kawan kawan..=) Tak lupa juga pada sis Aida n Nurul yg masuk ke bilik untuk berposing,gambar and berdua nanti akan di email.


Berbalik pada Majlis Resepsi kami,tepat pukul 2 petang bunyi kompang pula kedengaran,saya keluar dari rumah,first saya nampak karpet merah yg dah di tabor bunga rose putih,terima kasih ecah sebab tolang taburkan,jantung mula berdegup kencang,rombongan dari pihak lelaki memang ramai,tak seprti yg saya jangkakan. Berarak terus menyalap mr husband dan berarak ke pelamin untuk majlis menepung nawar,kali ini kaum keluarga,sahabat andai kami berdua semua berbalas dendam untuk meranjis..uuuu...=D berkumandang lagu “aishiteru” menghangatkan lagi suasana petang tu.


Lepas acara nepung nawar,terus ke acara memotong kek dan juga makan beradap adap. Makanan memang marvellous marvelloss tapi saying hanyang sesuap sahaja yang dapat kami jamah sebab kengkawan,tetamu datang untuk salam dan bergambar kenangan bersama kami berdua =) tak lupa lagi sekali pada Nurul n Hafis yang telah mendendangkan lagu pada kami.


Terus dan terus bergambar bersama kaum keluarga,bersalaman bersama kaum keluarga dan sambung semula bergambar bersama budak2 kg mr husband part1,yg separuh sahaja,lagi separuh akan menyusul kemudian,sebab mereka pergi ke convoy billboard Melaka. Acara bergambar masih tak abih lagi sampailah budak2 kg mr husband part2 dah sampai,sempat juga take 10minit untuk berehat n melayan budak2 ini makan. Kembali lagi untuk bergambar posing bersama budak2nya di pelamin,pelbagai aksi yg dapat lihat,riuhnya jangan cakaplah memang syok. Kemudian sambung bergambar kat motor RXZ tapi ambik masa lebih kuran 20minit sebab A.OP nak kemas2 brg untuk pergi ke outdoor,sementara tu budak nya sempat sign pada frame gambar kami berdua dan separuhnya susun motor untuk sesi bergambar dan separuh lagi bergambar bersama kami di bawah arch =) Sambung bergambar lagi dengan motor RXZ kemudian terus siap2 untuk pergi ke Outdoor lebih kurang pukul 4.30ptg mula gerak ker destinasi outdoor.












































































BERSAMBUNG SEKALI LAGI untuk sesi OUTDOOR.......................



Tiada ulasan: