♥ Our Special Moments ♥

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Selasa, 31 Mei 2011

Alunan Adat Memeriah Majlis




Salam


Sentuh mengenai adat,mesti pelbagai jenis adat turun menurun yang dapat kita lihat di setiap majlis perkahwinan pengantin,dari kompang,silat, gamelan,kuda kepang,tarian zapin,marhaban,berzanji dan lain lain lagi. Bukanlah untuk menunjuk nunjuk tapi sekadar memeriahkan majlis kedua dua mempelai sahaja.

1. Kompang
Tak perlu risau mengenai kompang lagi sebab mr boo dah uruskan kompang untuk kedua dua belah majlis,dari malam hinggalah siang semua serba sebi dah di uruskan. Memandangkan,orang kompang dari kg mr boo,kawan kawan mr boo juga.






2. Silat
Memang taklah kan nak lupakan silat,acara paling penting bagi setiap majlis,tak sempurna majlis kalau tak ada silat,walau macam mana pun tema dan konsep yg di pilih,silat pasti ada. masa silat ini nantilah pak cik2 kita menyelit untuk silat sekali,macam2 ragam dan jenis silatlah yg dapat kita tengok,ada yg menggelikan hati juga nanti :D Silat pun dah diuruskan juga bagi kedua dua majlis kami nanti







3. Gamelan
Pada awalnya saya memang rancang nak ambil gamelan untuk majlis di rumah saya nanti,memadangkan tiada tempat untuk letak org2 gamelan ini,jadi mr boo tidak bersetuju untuk meneruskan,jadi muncung saya pun panjang ke depan,agak sedih jugalah,niat saya menggunakan gamelan terbantut gara gara tiada ruang.






4. Kuda Kepang
Saya pun tak tau bila mr boo rancang untuk mengambil kuda kepang ini,tau2 saja,malam tadi mr boo ajak saya pergi ke bukit kuching untuk boking kuda kepang.

Mr boo cakap "Tak pelah bby,kalau kita tak dapat buat gamelan dekat umah bby,kita buat kuda kepang kat umah huby,huby dah plan dengan wapik untuk uruskan semua ini" Saya pun jadi terharulah mendengarnya,kebetulan pula saya pun tak pernah tgk kuda kepang secara langsung. Kalau gamelan tu dah selalu saya tgk. betul juga plan mereka ini,sebab laman rumah mr boo luas untuk buat kuda kepang,tambah pula,akan di selitkan bersama ahli ahli silat dan di kawasan kg mr boo memang belum pernah ada org buat kuda kepang ini.

Terima Kasih huby sebab buat semua ini, kami akan berarak bersama kuda kepang,moga anda semua terhibur.






5. LiveBand/PA System
Okey suka, saya dan mr boo membuat sedikit kelainan untuk kedua dua majlis,dari atas mesti anda dah bayangkan bagaimana majlis belah saya dan juga belah mr boo.

Untuk pihak saya,saya menggunakan PA system/DJ dari malam berinai hinggalah petang ahad tu. Manakala untuk belah mr boo,mr boo menggunakan liveband dari pagi ahad hinggalah ke petang. Liveband nie dari kawan ofis mr boo sendiri,so tak payah pening2 kepala nak cari liveband lagi.


Mesti korang pening lagi dan atau masih tak dapat bayangkan lagi perbezaan atau kelainan pada kedua dua majlis nanti? check dekat bawah;



Majlis Perempuan ( 4jun 2011 - 5jun 2011 )
- PA system/Dj
dari malam berinai hingga petang ahad
- Alunan kompang serta silat

Majlis Lelaki ( 12jun 2011 )
- LiveBand
dari pagi ahad hingga petang
- Alunan Kompang
- Perarakkan bersama kuda kepang
- Saringan silat




Dah dapat bayangkan majlis menyambut menantu untuk belah lelaki? Apa apa pun ianya sekadar menggembirakan tetamu,sanak saudara yang datang nanti.




Semoga saya menulis lagi untuk post yg akan datang,iAllah kalau anda membaca post akan datang,saya sudah mula sibuk dengan persiapan terakhir saya.. Selamat membaca :D

Ahad, 29 Mei 2011

Kompang Dipalu


Salam

Post pendek pada hari ini,mencari cari diy bunga tangan,tiba terjumpa gambar pemain kompang dengan kedudukan yg menarik dan baju yg seragam.Biasanya kaum keluarga belah lelaki akan berada betul dibelakang mempelai tapi idea kali ini dengan meletakkan mempelai dibahagian depan,pemain kompang dibahagian tengah,manakala ahli keluarga berada di belakang.







Ada tanya pada mr boo untuk ikut kedudukkan sebegini tapi tidak diluluskan kerna masa majlis belah saya,tidaklah terlalu jauh untuk berarak,manakala belah mr boo pula,kami berarak menggunakan motor dari rumah saya ke rumah mr boo,dah nama pun bertandangkan,untuk escort perarakkan bersama motor,akan saya masukkan untuk post yg akan datang.

Penunjuk Jalan Tetamu



Salam


Kemas kini senarai semak saya.Dalam tengok senarai tu, ada la senarai "Design penunjuk arah" Semuanya sudah siap,untuk petunjuk kedua dua belah rumah telah saya siapkan pertengahan bulan mei.


Tapi serius, saya tak rasa penunjuk jalan adalah sesuatu yang saya akan luangkan masa untuk design bagai.Cantik macam mana pun saya design, tetamu hanya berminat nak baca arah dan nama pengantin. Cuma tak dinafikan, bila penunjuk arah berebut ruang kat tiang lampu isyarat.

Jadi, demi meyakinkan diri sendiri untuk mengelak memikirkan bersungguh perkara remeh macam ni.Yang penting penunjuk jalan saya mudah dan simple, tak perlu nak rumitkan diri nak fikir.

 

Baju Tidur Pengantin




Salam


Rasanya, kebanyakkan baju tidur memang berbutang dihadapan. Jadi, memang pilihan yang mudah pasal senang nak tanggal baju lepas mekap.

Pasal masa bersiap ye, kita kena pakai baju yang butang depan. Senang nak salin ke baju pengantin tanpa merosakkan mekap. Harga baju tidur pun, tidak la terlalu mahal kan? Yang penting, selepas majlis pun masih boleh dipakai.

Kalau boleh biar baju tidur tu plain tanpa corak (satin cantik untuk ilusi licin) Tapi apa-apa pun, semua terpulang pada pilihan masing-masing.


Isu: harga jubah mandi ni mungkin menjadi penghalang untuk saya. Rata-rata saya tengok, cecah beratus juga. Yang murah ada, tapi material tak serap air pula.

Baru2 ini saya ada try pergi cari jubah mandi,dan akhirnya saya jumpa,memilih warna oren sebab warnanya yg agak menyerlah dan jubah saya ini mempunyai tali dibahagian belakang dan tidak mempunyai butang seperti baju tidur.saya beli dekat jusco,rm39.90.








Saya nak diy jubah mandi saya dengan meletakkan batu bling bling di bahgian belakang seperti contoh gambar di bawah. Rasanya senang saja untuk diy ini sebab lukis design tulisan dlm 8cm kemudian tepek batu batu. Idea untuk nama mungkin  boleh letak Bride,Groom,Ratu & Raja 



Sumber;Google




Lepas kahwin, hari-hari boleh rasa macam pengantin baru.


Sabtu, 28 Mei 2011

Perintah Berkurung




Salam

Memang tipu, Kalau dikira daripada hari ini, mana genap seminggu perintah berkurung. 5 hari sahaja rupanya. Haha. Nak buat macam mana, masih ada urusan disaat akhir yang perlu diselesaikan. Sabtu dan Ahad, memang masih ke hulu hilir selesaikan beberapa perkara penting. Jadi perintah berkurung mula pada hari Isnin ni.

1. Fitting baju sanding


Selamba sahaja saya tak g fitting lagi. awalnya nak fitting sabtu ahad ini tapi cikAna ada wedding pula jadi,tunggu dulu sebab nanti akan menjadi masalah untuk mantan pengantin yg nak guna baju pula,kalau kami fitting dumr boo pun bincang,isnin atau selasa baru nak settelkan masalah fitting nie jadi tak banyak kerja kami nak ulang alik lagi untuk fitting,ambil keputusan untuk sekali fitting saja.


2. Kemas bilik pengantin

Luang sehari untuk kemas bilik pengantin. Selama ini rasa macam sudah tinggal bawah jambatan. Memang teruk sangat bilik bersepah.




Nak kemas pun, tahan 10 minit awal sahaja. Kemudian bersepah semula. Ni dah kemas betul-betul, jadi hari Rabu nanti InsyaAllah, cuma perlu kemas sikit-sikit dan sapu sahaja.


Semua barang simpan dalam bilik nombor tiga. Barang-barang yang penting sahaja ditinggalkan diluar. Bantal pun dah siap siap beli tadi dan cadar katil pasang sehari sebelum majlis nikah. Scallop atau langsir untuk bilik pun sudah siap di pasang tempoh hari.







Ni meja mekap bilik.Memang sengaja kosongkan meja tu pasal senang nanti MUA nak letak barang mekap dia. Sedikit gubahan bunga disudut cermin.








3. Ziarah Pusara Bonda dan Kedua dua Ayahanda

Sepatutnya petang tadi pergi menziarahi pusara untuk meminta restu dari Allahyarhamah dan Allahyarham juga  bonda dan ayahanda saya dan jua mr boo tapi tak kesampaian masa sebab petang tadi,mr boo sibuk menguruskan biliknya. Jadi ambil keputusan untuk pergi menziarahi pusara dan bersihkan pusara pada hari ahad ni,insyaAllah. Moga mereka di tempatkan di golongan orang yang beriman dan merestui ikatan perkahwinan kami berdua hingga ke akhir hayat. Buat mumy,doakan kami dan restui perkahwinan kami juga. anakanda mu ini tidak dapat membalas pengorbanan mu itu,anakanda hanya mampu mendoakan agar mumy sentiase diberikan kesihatan yg baik.


4.Intai bilik pengantin pihak lelaki

Tadi masa keluar cari bantal,mr boo ada tunjukkan suasana biliknya yg baru 80% siap,gabungan warna yg menarik dan elengent. Sangat bangga dgn bakal suami yg mempunyai kebolehannya sendiri.








Langsir : Nafisah,Nilai3
Bingkai Cermin : Ikea
Kepah biru : Bukit Merah Laketown Resort




 Nota: Sebab musabab saya letak semua gambar aksesori diatas ini, pasal saya tak mahu selepas majlis, saya sibuk-sibuk cari gambar daripada kamera OP dan tiada gambarnya, saya rasa kehilangan. Jadi baik saya amik gambar siap-siap kan? Sentiasa berdoa semuanya dipermudahkan olehNya InsyaAllah

Khamis, 26 Mei 2011

Persiapan Secara Pukal Part 1



Salam



1.Pejam celik pejam celik dah tinggal 8 hari lagi sebelum menjelang majlis perkahwinan kami,Alhamdulilah segalanya berjalan dgn lancar. Untuk post kali ini sambungan bilik pengantin yg tak sudah sudah. Lepas udin dtg untuk wayar ring,saya pun mulakan operasi membuat scallop sendiri. Percubaan pertama gagal dan agak gayat sikit sebab tak ada org yg pegangkan tangga,jadi saya bertekad nak buat juga,akhirnya siap sebelah scallop saja,lagi sebelah tak tau buat sebab tak dapat nak bajet panjang mana yg belah kiri tu,

Jadi esoknya lepas saja balik dri jusco,ecah nak tgk scallop yg saya buat.Okey ecah ambil keputusan untuk membetulkan scallop saya,dan mengnunggang terbalikan segalanya,saya pula duduk membelek dan pasangkan dawai untuk disangkutkan di atas,sampailah semuanya siap...Alhamdullilah,terima kasih ecah,sebab tolong siapkan,jadi cerita mengenai kelambu bilik dah pun siap dan tak payah nak fikir lagi =)












2. Sesi mengemas bilik..? Okey saya akan mulakna ngemas lagi dua atau tiga hari lagi sebelum majlis nanti. Sebelum ini pun dah mula kemas tapi,bila kemas tak sampai 10 minit dah pun bersepah balik,jad lebih saya abaikan saya barang barang ini semua,dah terasa tidur di bawah jambatan pula =) minggu ini tilam baru sampai,yahh..!saya dapat kuasai katil sorang sorang :D








"Okey sila abaikan bantal busuk saya!"


Sebut mengenai bantal,pada post lepas saya ada bagitau yg tak nak beli bantal okey,saya nak buat pembetulan sekarang,mr boo nak beli bantal baru dan tak nak berkongsi kongsi jadi saya pun turutkan juga,jadi hujung minggu ini nak kena g beli bantal pula =)


3. Sekali lagi mood saya GEMBIRA! Hantaran dah pun siap,saya dah cek semuanya,alhamdulillilah,sangat memuaskan hati saya.Ramai corg yg tak percaya hantaran kami,saya gabungakan warna purple dan biru turqoise. ramai org yg dtg di kedai tu,nak cuba warna yg saya pilih tu,esok atau sabtu dah boleh ambil hantaran pula :D












Note : Gubahan yg belum siap masa saya datang menjenguk jenguk tempoh hari


Persiapan Baju Nikah

INTAI - Baju Nikah


Salam


Disebabkan kesibukkan melanda diri,akhirnya petang ini baru ada masa untuk berblog dan mengkongsikan cerita cerita menarik. Okey,baru baru ini ada ambil baju nikah kat cik.Ana,sekali bayar payment separuh,actly saya tak pandai kira duit dgn jumalah yg byk sejak sejak ini.saya sendiri pun tak tau kenapa puncanya dan saya juga telah di datangi mimpi di patuk ular.bila saya tanya mumy,mumy saya bilang "mengikut kata org tua2,kalau di kejar atau di patuk ular,tandanya ada org nak pinang atau kawin" tu yg saya pelik,time mt boo nak meminang,saya tak dpt mimpi yg sebegitu ngeri,time dah nak dekat ini lah,saya dapat mimpi di patuk ular

Okey berbalik pada cerita asal,awalnya memang dah rasa jantung dupdap dgn laju,maunya tak takut,baju nikah saya,entah apa rupanyalah,takut juga kalau ia nya salah dari design yg saya tunjukkan dulu.jadi bilik cik.ana buka paper beg tu,mula lah sayaaaa.....









tadaaaaaaaaaa.....!!

tak sangka dan tak jangka,bajunya sgt cantik dan tak terkata saya,saya agak cemburu dgn baju melayu mr boo,sebab sulamnya sgt halus dan memang cantik..!cemburu cemburu cemburu....=) tp sgt puas hati...!terlampau puas hati....terima kasih cik.ana sebab buat yg terbaik untuk wedding kami =)



"Suke bahgian bawah baju sebab labuci byk jatuh ke bawah"


"fokus pda sulamannya yg halus malus,LIKE!"



Minggu ini dah boleh cari tudung dan brooch sebab baju dah siap dan boleh buat sample,senang sikit nak mencarinya nanti




Kain cream - Medan,Indonesia (time tu mak mr boo pergi medan,jadi sempat kirim kat mak cik untuk belikan kain untuk buat baju nikah)
Lace pink  -  Jakel


Isnin, 23 Mei 2011

CERITA SI KASUT SANDING



Salam

Mood saya dalam keaadan baik sebab saya dah dapat kasut idaman saya,walaupun ianya tidaklah serupa 100%,terutama sekali bahagian tumit tapi saya like sebab warnanya sama dgn baju nanti.Semalam dah janji dgn ecah nak keluar tengok wayang "Nur Kasih" tapi ,enda[at feedbck yg Nur Kasih tak seseronok dramanya yg dulu.Jadi ambil kepetusan tgk Kongsi,layankan jelah cerita tu sampai si ecah buat panggung tu mcm dekat rumah :)

Lepas tgk wayang terus jejalan cari kasut,then terjumpa kasut idaman saya,selama ini tak pernah masuk kedai tu walaupun dah bertahun tahun menjejakkan kaki di jusco,baru perasan kat kdai ini banyak pilihan yang cantik cantik. Memandangkan size ade,ape lagi dah tak fikir apa,terus rembat jer





"dpt ngk bhgian dpn ny kosong tnpa batu"   





Kalau dapat lihat bahgian depannya  nampak terlalu kosong,jadi saya terima idea dari ecah untuk letak batu batu bagi menampakkan kilauan kilaunnya =)
jadi malam nie nak tempek tempekkan batu batu kilauan pada kasut ini. Balik rumah dgn rasa gembira dan sangat puas hati.




Balalaca : Rm79.90 - Less = rm26.90
Batu : 1biji rm0.50 - sepasang : 32biji


 

Sabtu, 21 Mei 2011

Persiapan Bilik Pengantin Part 3



Salam

Sekali lagi post mengenai bilik pengantin,kali ini nak sentuh pasal bunga untuk deco pada almari mekap. Okey baru dapat idea untuk guna bunga tiruan sebab boleh tahan lama dan lama.boleh tak guna ayat mcm ini? whatever!

Sebelum pergi cari bunga,saya sempat pergi ke salon untuk rambut baru! Wahh!atas persetujuan mr boo,akhirnya dapat juga saya buat rambut baru. bila dah dpt peluang tu jgn di sia sia kan! okey,saya warna rambut jadi soft black,kalau dulu warna highlight tapi sekarang dah bertukar menjadi soft pula.ambil kesempatan untuk memotong rambut,agak bertahun juga tak potong rambut.saya tak potong terlalu pendek hanya bagi potong hnya 1inci saja! Okey,bolehlah dari tak potong,sebab saya hanya nak potong bhagian bawah yg dah bercabang cabang.




" tak nampak sgt pendek sebab pkai serba hitam "


Berbalik pada tajuk kali ini,lepas saya buat rambut,saya terus pergi ke sayangku kraf untuk buat bunga meja,so tercetus idea sekali lagi mengabungkan shock pink n soft pink. Ini adalah bajet untuk rm50,kalau bajet rm30 hanya gunakan bunga yg simple saja,bukan bunga rose.







Sempat juga gatal tgn sentuh sentuh haruman bilik yg romantic dan lembut baunya.suka pula saya,yg jadi mangsa yana lah sebab die kena jadi tukang bau haruman yg lain,sebab saya dah suka dgn haruman salah satunya " Passion Fruit " tapi yg saya dapat ini cuma patinya saja,kena titiskan dlm dua titik dlm botol spray,kemudian letak air,baru spray. Fuhh...!satu bilik baunya,smpaikan ke ruang tamu bau haruman passion fruit ini,satu botol rm9.90.







Lepas balik tu memang saya meroyan kejaplah sebabnya bunga tu terlalu besar untuk diletakkan diatas almari mekap,dah minta pendapat dari mysis n mybro,pendapat mereka sama macam saya iaitu terlalu besar,cantik kalau letak dikepala katil sahaja. Tapi saya tak nak ada bunga di kaki kepala katil sebab saya tau,bunga tu akan berlaih tempat bila OP nak mengambil gambar,saya nak biar katil saya kosong sebab salah satunya lagi,cadar saya dah punya bunga yg nampak timbul





Okey esok kena pergi balik kedainya untuk gubah balik menjadi kecik sedikit,Harap harap dapat gubah baliklah =)

Jumaat, 20 Mei 2011

HENNA hand



Salam

post pendek

Alhamdulilah saya dah jumpa org untuk menginaikan saya pada malam berinai 3jun 2011 ini. Pada awalnya memang dah give up nak cari sebab tau memang dah tak sempat lagi nak cari area lembah klang ini.kebanyakkan yg jumpa tak terlalu merah henna n design yg simple serta pengakutan untuk dtg berinai ke rumah tak ramai yg ambil,kebanyakkan dtg berinai di kedai saja.

Susah bila dtg berinai di kedai sebab kita tidak akan selesa,nak nak pula sukar untuk bergerak dan tidak dapat merasa kehangatan mlm berinainya. Berbanding berinai di rumah,kita dapat melepak,bergurau senda dgn kaum family,kekawan dan juga pelukis henna. dapat merasa kehangatan malam berinai bila kaum kerabat juga melibatkan diri untuk join berinai sekali sampai lewat malam.

Saya dapat kenalan pelukis inai ini dari rakan fb saya yg saya dah anggap macam akak saya,sebab selalu ambil stock barang make-up dari dia. Jadi dia kenalkan saya dgn sepupu dia yg merupakan seorang pelukis henna yg saya pangil kak nadia. Jadi saya mula tgk blog kak nadia,first saya pandang ialah design yg di buat. Saya jatuh hati dgn warna n design yg kak nadia hasilkan,memang menarik hati saya. Kemudian baru saya tgk info,kebetulan kat situ kak nadia sertakan contck number,tanpa buang masa saya terus msg kak nadia n kak nadia pun on untuk melukis henna time berinai saya nanti,Alhamdullilah,harga sangat berpatutan,caj pengakutan ke klang amat berpatutan,serta pakej yg di berikan pun amat berpuas hati. InsyaAllah wekend ini saya sertakan deposit pada kak nadia untuk boking serta emaikan design yg saya pilih.

Selesai satu masalah yg pada awalnya sudah berputas asa =)




Note : pada bakal pengantin yg masih lagi mencari,boleh tengok design kak nadia di blognya http://nedhenna.blogspot.com pasti anda akan jatuh hati dgn design dan kemerahan warnanya

14 hari LAGI DAN MASIH LIGAT


Salam

Cerita pendek


1. Tak sangka saya dapat realisasikan deko bilik pengantin yang saya nak. Kagum dengan diri sendiri.Sekarang, cuma tinggal nak kemas meja mekap. Langsir pun dah siap, cuma kena tanggalkan semula pasal kena sterika dulu



2. Sentuh mengenai wedding cake pula,alhmdulilah, dah selesai dan insyaAllah minggu depan akan bayar deposit. Tidak terlalu cerewat dalam pemilihan kek sebab saya tau yg bukan jenis yg minat untuk makan kek,terutama sekali bila krim banyak,gerenti saya akan rasa loya n nak muntah. Design untuk kek dah juga dapat,tidak terlalu mahal,hanya rm120,lokasi mereka pun hanya di meru,tak jauh dari kawasan rumah saya.saya cuma minta kek plain saja sebab saya nak deco sendiri dgn fresh flower.







3. Ligat keluar untuk mencari kasut sanding dan masih tidak menjumpai walaupun sudah banyak tempat pergi tapi semuanya tak ada size. Bila jumpa yg berkenan tiada pula size tp bila jumpa yg kurang,berlambak lambak sizenya. Tapi tak apa,saya akan terus mencari pada hujung mingu ini sebelum " Perintah Berkurung "

" jumpa design mcm ini tapi tumitnya warna hitam tak match dgn baju,kalau ianya warna siver or gold mesti cantek n akan nmpk menyerlah dlm gmbar OP "

" sekali lagi design mcm ini dah dpt cume beza corak dpn ialah rama rama tp sayangnya size dah abis "



4. Sabtu ini nak ambil baju nikah dan juga pengapit kami.serta nak fitting sekali lagi unutk baju sanding dan juga persalinan nanti,paymen 50% lagi akan ditambah untuk meringankan beban fikir selepas majlis. Kalau boleh tak naklah fikir macam2 lagi lepas majlis nanti.


5. Baru lepas menghabiskan aktiviti mengepos kad pada teman teman yg jauh,insyaAllah kad akan sampai dlm beberapa hari lagi.







6. Design untuk sticker escort dah siap & juga telah hantar, Mungkin dlm minggu depan dah boleh dtg ambil. Mr boo boleh ambil lepas ofis hours sebab berdekatan dgn company mr boo jer jadi tak payah pening pening kepala fikir lagi







7. Minggu lepas saya ada pergi ambil bunting,ingat lagi post lepas,bila saya tulis yg kami dpt FOC bunting 2pcs bila kami oder kad tempoh hari lebih dari 2ribu keping. Design saya pilih simple mimple saja sebagai kenangan untuk diabadikan.






 
8. Hantaran sudah pun siap,sabtu ini lepas balik dari fiting nak singgah tgk apa lagi yg kurang pda hantaran itu boleh di tambah lagi.mengikut pada tarikh ambil 27 Mei 2011 masih lama lagi jadi harapnya boleh tambah mana yg kurang. Sirih junnjung ikut pada perjanjian akan ambil pada 3 jun 2011 lepas magrib sebab tak nak bagi sirih dan bunga menjadi layu





9. Untuk bunga tangan pun saya dah settelkan seminggu yg lepas. Lepas balik dari menghantar kad,sempat singah di flower tropicana untuk oder rose floer shock pink 10kuntum dan juga soft pink 10kuntum serta rose purple 5kuntum.lepas tu baru terfikir deco untuk almari mekap nak letak bunga jadi tambah lagi rose flower - shock pink bergabung dgn white colur untuk di letak atas almari mekap.




Rabu, 11 Mei 2011

Persiapan Bilik Pengantin Part 2



Salam


Langsir

Post pendek untuk hari ini bila start dah mula slow untuk menulis blog akibat kesibukkan. Nak start cerita pasal langsir a.k.a kelambu bilik penganti. Memang niat dari awal untuk buat sendiri deco bilik atas sebab tak menyewa perkakas dari mak andam. Saya nak deco dan memberikan inspirasi saya untuk bilik ini ketika majlis mahupun selepas majlis.

Memang agak rumit bila kita tak ada pengalaman dalam bidang ini tapi nama pun belajar jadi tak salah kalau kita " belajar dari kesilapan " tapi dengan bantuan my bff,pelbagai idea yang saya dapat dan boleh saya gabungkan untuk menjadikan bilik pengantin menjadi lebih baik dan sedap mata memandang.








Kalau nak di ikutkan memang boleh sewa pada mak andam saja tapi saya nak bila saya barang2 ini sendiri,saya dapat rasakan sentimental value sikit dari apa yg saya buat ini.

Bila kita sewa,lepas berapa ari,perkakasnya akan dibuka dan bilik kembali kepada asal tapi jika saya membuat sendiri,saya boleh pakai sampai bila bila dan saya boleh pelbagaikan lagi jenis2 langsir. Bak kata mr boo " Hari hari pengantin baru " =)

Alhmudullah,atas sokongan dan idea my bff , mereka rela tolong saya dan ade yg sanggup tlg panjatkan untuk saya eehehehe. Ape pun terima kasih sudi tlg saya yg memang takut pada ketinggian ini! Sangat tak suka tinggi.

Kembali pada tajuk " Langsir " sebenarnya ideal asal nak buat ala skirting skirting tapi lace belakang kurang panjang untuk buat backgrd jadi kene fikirkan idea yang lain. Kesian jugalah pada yana yg terpaksa turun naik tangga tu untuk pasang dan tanggalkan langsir. Tapi bila gile die dah smpai,die boleh pula gelak gelak n goyangkan tangga,yg saya kat bawah ni dah terjerit jerit takut die jatuh. Tapi yana dah biasa panjat panjat pasang langsir ni,bak kata bff saya lagi satu Ecah " Yana ni dah mcm designer langsir " hahaha =) Ape pun post langsir kali ini memang panjang dan akan bersambung sampai hasil yang dapat memuaskan hati saya.

" Tgk aksi yana,kata atas tangga pun sempat b'gayut telefon "



Isnin, 9 Mei 2011

Persiapan Bilik Pengantin Part 1



Salam

1. Selamat Hari Ibu
Pertama sekali saya nak ucapkan Selamat hari Ibu untuk semua IBU di dunia ini,tak lupa juga buat mumy saya,adek syg mumy sangat sangat.thank you sebab menjadi mumy yg best sekali dekat dunia ini dan sentiasa memberikan yg terbaik untuk anak mu ini. LOVE MUMY sangat sangat love love love love lovee =)

2. Tirai
Petang tadi siapkan tirai belakang,Alhamdulilah dah tergantung pun batang langsir yg beli tempoh hari. Tingginya jangan cakaplah memang tak sampai saya nak panjat. Saya sangat puas hati dengan hasilnya.





" Saja test langsir,nanti nak buka balik sebab nak gosok "


3. Dinding
Ingat lagi post lepas pasal saya nak touch balik dinding bilik. Jumaat lepas sempat pergi ke Nippon untuk beli dua cat. Dua2nya 1 liter sebab sikit saja nak kena touch up jadi tak payah nak membazir sangat.Alhamdullilah cat cukup dan tak ada lebih pun. Jadi tak ada membazir bazir pun



" Sebelum "

" Selepas "



Hasilnya memang saya terlampau puas. Siapa kata kaum hawa tak boleh buat keja mcm ini? tengok hasilnya sangat haluss saja =) Saya pun tak sangka saya dapat buat sendiri. Sentimentl value nie,hasil sentuhan saya sendiri. Syukur hasilnya 100% puas!





4. Cermin
Lagi post terdahulu mengenai cermin spider yg saya beli di Ikea dan tak ade uplod gambar untuk cermin. Tapi sekarang cermin itu dah tersergam indah di dinding kamar bilik saya. Idea asal nak buat ala piramid tapi tidak menjadi sebab lagi bape pcs jer tak cukup untuk buat. Jadi dengan bantuan teman teman rapat, Akhirnya saya berjaya mnyiapkan petang tadi juga.


" Inilah dia cermin spider saya "

" Cute tak?Designer deco cermin spider "

" Ingat senang nak menCreate contoh design "


" Sory gambar tak cantik termasuk sekali "


" Hasilnya telah siap tapi create atas katil saja,tk tepek lagi atas dinding "




Nak tau hasilnya macam mana bila dah ditepek kena tunggu sampai majlis saya nantilah =)




5. Cadar
Saya suka cadar ini! Sebab memberikan elemen eklusif walaupun ianya nampak begitu simple saja. Saya tak peduli ape org nak ckp nanti tapi saya tetap suke suke dan terus suke! Muktamad! hehehe tibe pulakk.



" Suke bunga dia yg nampak timbul "

" Mini bantal - hehehe "


Nak jimat dan tak nak membazir punya pasal,Saya pakai bantal kawin abg saya yg pernah dia beli dahulu,memadangkan masih lagi elok terbalut dgn plastik jadi saya ambil kepetusan untuk guna bantal itu saja. 1st sekali,saya memang tak suke guna bantal baru dan jenis yg lembut buat sakit kepala itu.

Dari saya membazir beli bantal banyak2 yg hanya sekali saja guna,baik saya guna yg  lama punya. Jadi bantal lama saya boleh digunakan lagi lepas majlis nanti =)












Langsir Cream : Nafisa,Nilai 3 (siap dlm masa 20minit)
Lace Langsir White : Ikea
Cermin Spider : Ikea
Batang Langsir : Ikea
Cadar : Jakel
Cat : Nippon Paint