Salam
Memang tipu, Kalau dikira daripada hari ini, mana genap seminggu perintah berkurung. 5 hari sahaja rupanya. Haha. Nak buat macam mana, masih ada urusan disaat akhir yang perlu diselesaikan. Sabtu dan Ahad, memang masih ke hulu hilir selesaikan beberapa perkara penting. Jadi perintah berkurung mula pada hari Isnin ni.
1. Fitting baju sanding
Selamba sahaja saya tak g fitting lagi. awalnya nak fitting sabtu ahad ini tapi cikAna ada wedding pula jadi,tunggu dulu sebab nanti akan menjadi masalah untuk mantan pengantin yg nak guna baju pula,kalau kami fitting dumr boo pun bincang,isnin atau selasa baru nak settelkan masalah fitting nie jadi tak banyak kerja kami nak ulang alik lagi untuk fitting,ambil keputusan untuk sekali fitting saja.
2. Kemas bilik pengantin
Luang sehari untuk kemas bilik pengantin. Selama ini rasa macam sudah tinggal bawah jambatan. Memang teruk sangat bilik bersepah.
Nak kemas pun, tahan 10 minit awal sahaja. Kemudian bersepah semula. Ni dah kemas betul-betul, jadi hari Rabu nanti InsyaAllah, cuma perlu kemas sikit-sikit dan sapu sahaja.
Semua barang simpan dalam bilik nombor tiga. Barang-barang yang penting sahaja ditinggalkan diluar. Bantal pun dah siap siap beli tadi dan cadar katil pasang sehari sebelum majlis nikah. Scallop atau langsir untuk bilik pun sudah siap di pasang tempoh hari.
Ni meja mekap bilik.Memang sengaja kosongkan meja tu pasal senang nanti MUA nak letak barang mekap dia. Sedikit gubahan bunga disudut cermin.
3. Ziarah Pusara Bonda dan Kedua dua Ayahanda
Sepatutnya petang tadi pergi menziarahi pusara untuk meminta restu dari Allahyarhamah dan Allahyarham juga bonda dan ayahanda saya dan jua mr boo tapi tak kesampaian masa sebab petang tadi,mr boo sibuk menguruskan biliknya. Jadi ambil keputusan untuk pergi menziarahi pusara dan bersihkan pusara pada hari ahad ni,insyaAllah. Moga mereka di tempatkan di golongan orang yang beriman dan merestui ikatan perkahwinan kami berdua hingga ke akhir hayat. Buat mumy,doakan kami dan restui perkahwinan kami juga. anakanda mu ini tidak dapat membalas pengorbanan mu itu,anakanda hanya mampu mendoakan agar mumy sentiase diberikan kesihatan yg baik.
4.Intai bilik pengantin pihak lelaki
Tadi masa keluar cari bantal,mr boo ada tunjukkan suasana biliknya yg baru 80% siap,gabungan warna yg menarik dan elengent. Sangat bangga dgn bakal suami yg mempunyai kebolehannya sendiri.
Langsir : Nafisah,Nilai3
Bingkai Cermin : Ikea
Kepah biru : Bukit Merah Laketown Resort
Nota: Sebab musabab saya letak semua gambar aksesori diatas ini, pasal saya tak mahu selepas majlis, saya sibuk-sibuk cari gambar daripada kamera OP dan tiada gambarnya, saya rasa kehilangan. Jadi baik saya amik gambar siap-siap kan? Sentiasa berdoa semuanya dipermudahkan olehNya InsyaAllah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan