Salam
Cerita pendek
1. Tak sangka saya dapat realisasikan deko bilik pengantin yang saya nak. Kagum dengan diri sendiri.Sekarang, cuma tinggal nak kemas meja mekap. Langsir pun dah siap, cuma kena tanggalkan semula pasal kena sterika dulu
2. Sentuh mengenai wedding cake pula,alhmdulilah, dah selesai dan insyaAllah minggu depan akan bayar deposit. Tidak terlalu cerewat dalam pemilihan kek sebab saya tau yg bukan jenis yg minat untuk makan kek,terutama sekali bila krim banyak,gerenti saya akan rasa loya n nak muntah. Design untuk kek dah juga dapat,tidak terlalu mahal,hanya rm120,lokasi mereka pun hanya di meru,tak jauh dari kawasan rumah saya.saya cuma minta kek plain saja sebab saya nak deco sendiri dgn fresh flower.
3. Ligat keluar untuk mencari kasut sanding dan masih tidak menjumpai walaupun sudah banyak tempat pergi tapi semuanya tak ada size. Bila jumpa yg berkenan tiada pula size tp bila jumpa yg kurang,berlambak lambak sizenya. Tapi tak apa,saya akan terus mencari pada hujung mingu ini sebelum " Perintah Berkurung "
" jumpa design mcm ini tapi tumitnya warna hitam tak match dgn baju,kalau ianya warna siver or gold mesti cantek n akan nmpk menyerlah dlm gmbar OP " |
" sekali lagi design mcm ini dah dpt cume beza corak dpn ialah rama rama tp sayangnya size dah abis " |
4. Sabtu ini nak ambil baju nikah dan juga pengapit kami.serta nak fitting sekali lagi unutk baju sanding dan juga persalinan nanti,paymen 50% lagi akan ditambah untuk meringankan beban fikir selepas majlis. Kalau boleh tak naklah fikir macam2 lagi lepas majlis nanti.
5. Baru lepas menghabiskan aktiviti mengepos kad pada teman teman yg jauh,insyaAllah kad akan sampai dlm beberapa hari lagi.
6. Design untuk sticker escort dah siap & juga telah hantar, Mungkin dlm minggu depan dah boleh dtg ambil. Mr boo boleh ambil lepas ofis hours sebab berdekatan dgn company mr boo jer jadi tak payah pening pening kepala fikir lagi
7. Minggu lepas saya ada pergi ambil bunting,ingat lagi post lepas,bila saya tulis yg kami dpt FOC bunting 2pcs bila kami oder kad tempoh hari lebih dari 2ribu keping. Design saya pilih simple mimple saja sebagai kenangan untuk diabadikan.
8. Hantaran sudah pun siap,sabtu ini lepas balik dari fiting nak singgah tgk apa lagi yg kurang pda hantaran itu boleh di tambah lagi.mengikut pada tarikh ambil 27 Mei 2011 masih lama lagi jadi harapnya boleh tambah mana yg kurang. Sirih junnjung ikut pada perjanjian akan ambil pada 3 jun 2011 lepas magrib sebab tak nak bagi sirih dan bunga menjadi layu
9. Untuk bunga tangan pun saya dah settelkan seminggu yg lepas. Lepas balik dari menghantar kad,sempat singah di flower tropicana untuk oder rose floer shock pink 10kuntum dan juga soft pink 10kuntum serta rose purple 5kuntum.lepas tu baru terfikir deco untuk almari mekap nak letak bunga jadi tambah lagi rose flower - shock pink bergabung dgn white colur untuk di letak atas almari mekap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan