Salam
Langsir
Post pendek untuk hari ini bila start dah mula slow untuk menulis blog akibat kesibukkan. Nak start cerita pasal langsir a.k.a kelambu bilik penganti. Memang niat dari awal untuk buat sendiri deco bilik atas sebab tak menyewa perkakas dari mak andam. Saya nak deco dan memberikan inspirasi saya untuk bilik ini ketika majlis mahupun selepas majlis.
Memang agak rumit bila kita tak ada pengalaman dalam bidang ini tapi nama pun belajar jadi tak salah kalau kita " belajar dari kesilapan " tapi dengan bantuan my bff,pelbagai idea yang saya dapat dan boleh saya gabungkan untuk menjadikan bilik pengantin menjadi lebih baik dan sedap mata memandang.
Kalau nak di ikutkan memang boleh sewa pada mak andam saja tapi saya nak bila saya barang2 ini sendiri,saya dapat rasakan sentimental value sikit dari apa yg saya buat ini.
Bila kita sewa,lepas berapa ari,perkakasnya akan dibuka dan bilik kembali kepada asal tapi jika saya membuat sendiri,saya boleh pakai sampai bila bila dan saya boleh pelbagaikan lagi jenis2 langsir. Bak kata mr boo " Hari hari pengantin baru " =)
Alhmudullah,atas sokongan dan idea my bff , mereka rela tolong saya dan ade yg sanggup tlg panjatkan untuk saya eehehehe. Ape pun terima kasih sudi tlg saya yg memang takut pada ketinggian ini! Sangat tak suka tinggi.
Kembali pada tajuk " Langsir " sebenarnya ideal asal nak buat ala skirting skirting tapi lace belakang kurang panjang untuk buat backgrd jadi kene fikirkan idea yang lain. Kesian jugalah pada yana yg terpaksa turun naik tangga tu untuk pasang dan tanggalkan langsir. Tapi bila gile die dah smpai,die boleh pula gelak gelak n goyangkan tangga,yg saya kat bawah ni dah terjerit jerit takut die jatuh. Tapi yana dah biasa panjat panjat pasang langsir ni,bak kata bff saya lagi satu Ecah " Yana ni dah mcm designer langsir " hahaha =) Ape pun post langsir kali ini memang panjang dan akan bersambung sampai hasil yang dapat memuaskan hati saya.
" Tgk aksi yana,kata atas tangga pun sempat b'gayut telefon " |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan