♥ Our Special Moments ♥

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Khamis, 5 Mei 2011

Intai - Persiapan Hantaran - Part 1



Salam

Petang ini saja nak menulis post ringkas mengenai gubahan barang hantaran,memandangkan post terdahulu saya ada mengatakan tentang keinginan saya untuk membuat gubahan Arabian dan Garden tidak menjadi,ini kerana saya sudah menukar konsep hantaran kepada Fairytale yang bermain dengan dua kaler untuk kedua dua belah pasangan. Ini sebab hantaran kami tidak terlalu banyak seperti bertunang dahulu.

Urusan gubahan hantaran mr boo telah menyerahkan kepada saya bulat bulat untuk menguruskan memadangkan urusan lain,mr boo sudah mengambil alih

Disebabkan kesibukkan kami berdua,jadi kami ambil keputusan untuk menghantar kedai saja untuk gubahan nikah memandangkan masa bertunang, saya sudah mengubah sendiri hantaran kedua duannya. Jadi kali ini bagi peluang untuk relax dari segi gubahan pula. Thank yoh huby


Senarai Hantaran P -> L ;

1. Sirih junjung
2. ******
3. Bunga rampai
4. Manisan
5. Buah-buahan





Senarai Hantaran L -> P ;

1. Bunga Pahau
2. Pembatalan air sembayang dan hantaran
3. ******
4. Al-Quran


Okey sangat simple barang barang hantaran kami sebab masa tunang dah berbalas banyak jadi tak payah nak fikir terlalu rumit untuk barang hantaran lagi sebab semuanya dah 80% siap. Untuk manisan dan sirih junjung akan dibuat pada jumaat malam,takut nanti kusam saja sirih serta bunga





Tiada ulasan: