♥ Our Special Moments ♥

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Isnin, 2 Mei 2011

Misi Raja Sehari Part 1

Salam

Bunga Rozek

Kali ini saya nak cerita pasal bunga rozek atau apa saja namanya tapi saya panggil bunga penanggah. Alhamdullilah dah siap untuk 15 pcs orang orang marhaban, 25pcs untuk penanggah rumah saya dan lagi 25pcs untuk penanggah di rumah mr boo.






* Kira lepas ini dah tak fikir lagi mengenai bunga penggah lagi
thank you yana sbb tlg =)



Frame Gambar

Mendapat idea dengan menggunakan frame gambar dgn tiba2 time berjalan di Ikea semasa mencari perkakas bilik tidur awal bulan 3 hari itu. Berjalan dibahagian frame,pada asalnya nak mencari frame untuk hantaran tapi lain pula jadinya bila ternampak frame y lebih kurang size 50 x 70 jadi ambil keputusan untuk beli lepas mr boo meluluskan idea saya.






Selang beberapa hari saya pun pergi ke kedai kodak untuk mencuci gambar pertunangan kami untuk diletakkan ke dalam frame tersebut. Tak ingat size nya bpe tp total cuci RM70 sebab saya menggunakan kertas gambar yang tahan lama dan tidak melekat dibahagian cermin


Kemudian saya letakkan gambar tapi terasa kosong dibahagian kiri kanan atas bawah. Jadi saya ambil bulu2 lebihan time bertunang dulu,saya lekatkan di bahagian tepi frame.





Inilah hasilnya tapi kalau nak tengok hasilnya dengan lebih jelas,datanglah ke majlis kami nanti. Okey saya letakkan frame ini dibahagian depan berdekatan dengan meja buku tetamu saya nanti. Jangan lupa untuk tandaTangan di buku tetamu saya =)



Idea Gila

Okey kali ini memang saya betul2 dah tak ada keja,jadi gatal tangan punya pasal. Saya telah melilit batang kayu untuk bunga mangga dengan reben serta saya juga telah membalut span bunga dengan kertas crepe lebihan guestbook berwarna pink & grey. Dan hasilnya amat puas hati serta nampak lebih kemas dan jimat kos! Hanya gunakan lebihan barang yg telah digunakan dan hasilnya memang menarik









Bunga Pahar

Segala-gala mengenai bunga pahar/bunga telur telah disiapkan. InsyaAllah lagi dua atau tiga hari dah boleh isikan telur. Ingat lagi tentang persiapan bunga pahar dalam post dua bulan lepas? Untuk bunga telur saya memilih warna pink purple seperti warna tema majlis nanti. Tag TQ juga telah pun siap digantung.







Tiada ulasan: