Salam
Curi-curi masa
nak kemas kini blog. Hehe. Dah lama rasanya tak menulis post,Cuma kebelakangan ini, emel yang dihantar
pada saya, rasanya persoalan mereka sesuai dijadikan topik Isu Padat
kali ini.
Saya suka kongsi persoalan yang sering diajukan pada
saya menerusi emel daripada pembaca kerana bagi saya, kebanyakkan soalan
mereka, saya sendiri pun tak pernah terfikir! Mereka memang amat
kreatif dan kritis. Terus sahaja persoalan mereka jadi modal topik saya
pagi ini : Nasihat untuk bakal pengantin
Huu,
tak terlayak lagi diri ini nak beri nasihat, gelaran isteri baru
digalas. Bak kata orang, baru suku pertama, semuanya masih
manis. Tapi mungkin ada beberapa perkara yang saya kira boleh saya
kongsi sesama kita ya. Nasihat daripada orang lain, pemerhatian saya,
saya gabungkan jadi satu post. Saya harap, kita sama-sama boleh tambah
lagi maklumat jika ada yang saya terkurang atau tersilap. Cuma apa yang
saya kongsikan disini, bukan la sesuatu yang tipikal kita baca tentang
tugasan seorang isteri, tapi perkara-perkara yang bagi saya mungkin kita
ada/ akan terlepas pandang selepas berkahwin.
1. Sayangkan suami, biar-biarkan dia.MAntara nasihat terbaik saya pernah dapat, rasanya daripada My Sis In Law, Jangan terlalu manjakan suami. Konteks manjakan suami
disini, bukan la bermaksud jangan panggil dia dengan panggilan yang dia
suka atau jangan buat suara manja-manja dengan dia. Maksud 'manja'
disini ialah jangan sesekali kita manjakan nak buat semua benda dan
tugas untuk suami. Contoh, kalau suami kita dah pegang cawan dan nak
buat air nescafe, kita cepat-cepat amik cawan tu daripada dia dan kata
kita akan buatkan air untuk dia. Jangan ya biasakan suami kita, kita
buatkan semuanya untuk dia. Mungkin kesannya tak nampak sekarang, tapi
apabila tua, apabila sudah terbiasa "Bak sini sayang buatkan",
bila diminta tolong, suami kita akan liat. Beranggapan kita boleh buat
semua perkara. Biarkan dia buat apa yang dia nak buat. Ingat, kita
isteri dan kita bukannya berkahwin dengan budak lelaki 8 tahun yang
perlu ditatang segalanya. Suami kita mampu selesaikan apa yang nak dia
buat sebaiknya. Biarkan dia. Mungkin korang sendiri akan kagum, bila
rupanya nasi lemak dia lebih sedap daripada nasi lemak korang (ni
perumpaan aje ye! :P)
2. Wajib, bukan patut.
Nafkah
zahir, sila jangan kompromi. Ingat ya, nafkah zahir itu adalah
tanggungjawab suami dan tanggungjawab itu sama sekali tidak akan kurang,
walaupun si isteri bekerja atau si isteri berkemampuan lebih daripada
suaminya. Menafikan atau meng 'tak apa' kan nafkah zahir ini, bagai kita
menindakkan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah kepada kaum Adam.
Ingat, nafkah zahir bukan patut, tapi WAJIB. Berapa jumlahnya, baru itu
terpulang pada kemampuan dan hasil perbincangan suami isteri. Nafkah
zahir ini, berbalik semula pada nasihat nombor satu tadi, jangan
manjakan suami dengan memejamkan mata tentang isu nafkah zahir ini.
Kalau kita beranggapan, dengan tidak menuntut nafkah zahir, kita dah
menolong suami, sebenarnya kita telah menutup pintu untuk dia beribadat
pada Allah. Allah S.W.T telah mengamanahkan tanggungjawab tertentu
kepada pasangan suami isteri dan menunaikan amanah tersebut merupakan
ibadat kepadaNya. Takmo tolong tambah pahala suami? Kata sayang suami,
kaaaaaan...
3. Kita semua pasti berubah
Masa
sebelum kahwin, saya paling takut kalau saya tak dapat buang habit suka
sambung tidur lepas solat Subuh :P ada kawan-kawan saya yang telah
melatih diri mereka beberapa bulan sebelum kahwin, untuk terus bangun
dan tak sambung tidur. Tapi saya tak mahu dengan alasan nak menikmati
moment terakhir bujang hehe. Lepas kahwin, automatik saya boleh tak
sambung tidur lepas subuh, terus tolong ibu atau mak buat sarapan pagi.
Jadi saya rasa, kita semua boleh berubah dengan syarat ada kemahuan dan
kesedaran yang kita perlu berubah untuk menjadi lebih baik. Tak pandai
memasak sekali pun, kalau sanggup belajar, takkan jadi masalah. Wanita
ni makhluk yang mengkagumkan tapi kita bukannya sempurna. Selagi kita
sedar diri dan sedar tanggungjawab kita, tiada apa pun yang mustahil
untuk kita pelajari dan perbaiki.
4. Persiapkan diri dengan ilmu rumahtangga
Ada
pengantin baru yang diuji oleh makcik, nenek atau mak mentua, masak
resepi sekian-sekian. Selamat maju jaya la korang ye. Hehe. Saya ada
kawan yang terpaksa telefon mak dia dalam bilik perlahan-lahan
bertanyakan bahan-bahan resepi untuk masak kuah kacang --ok tipu, saya la orangnya yang telefon ibu tanya resepi tu. Haha.
Perkara lain yang kita kena ingat, tak semua orang boleh berkongsi
dapur. Maksud berkongsi dapur ni, macam buat tugas memasak ni sama-sama
di dapur. Ada yang lebih selesa dia seorang memasak, tak mahu ada campur
tangan orang lain. Jadi, kalau ibu mentua/ ipar duai macam tu, jangan
cepat melatah ingat kita tak disukai. Bersedia juga jika cara masak mak
mentua kita berbeza dengan cara mak kita selalu buat. Cuba sebaiknya
ingat kedudukan dimana garam gula, minyak teh dikabinet dapur rumah
mentua. Belajar cara nak cuci sotong, sayur dan ayam sebaiknya. Belajar
siang ikan kecuali korang bunting pelamin dan tak digalakkan menyiang
ikan tu bonus ok. Belajar kenal rupa ayam separuh masak dan masak penuh.
Tak perlu nak jadi chef, tapi sebolehnya, tahu perkara asas. Jangan
sesekali kata "Saya memang jarang masak", kalau boleh cuba kata "Saya masih belajar ilmu dapur ni".
Sekurangnya, nampak kesungguhan nak baiki diri. Si suami juga tak
terlepas. Sebolehnya, perbaiki bacaan ketika solat dan cuba la hafal
banyak surah-surah untuk dibaca ketika bersolat, mana tahu bapa mentua
minta imamkan satu rumah ke kan dan bapa mentua tu pulak tok imam!?
kalau seminggu asyik surah yang sama (..yang dibaca dengan suara amat
perlahan :P), takde variati pula.
5. Jangan halang aktiviti dia selagi tak melalaikan tanggungjawab dia
Sebelum kahwin dulu, ada juga kawan-kawan yang mengusik.
Kita kena faham, yang ada kawan-kawan dia, dia kenal jauh lebih lama
daripada dia kenal kita. Kalau saya sendiri, saya pun tak mahu jika dia
meletakkan saya disituasi saya kena pilih antara dia dan kawan. Walau
selepas kahwin, Mr Husband masih ada aktiviti bersama kawan-kawan dia dan saya
masih bebas menulis blog. Kami berdua dapat buat apa yang kami suka
bersendirian. Suami yang baik dan bertanggunjawab, akan sentiasa sedar
diri status dia tanpa perlu campur tangan kita. Lagipun, masing-masing
dah cukup dewasa kan, bukan bagai budak sekolah yang perlu dihembat pagi
Ahad untuk ingatkan basuh kasut. Namun, tetap penting bagi kita untuk
saling ingat mengingati, takut-takut kita terbabas. Sedalam mana pun,
sehebat mana pun cinta dan keserasian kita dan pasangan, kita tetap
manusia biasa, terdedah dengan godaan dan anasir syaitan.
Rasanya cukup dulu 5 perkara diatas saya kongsikan .
Isnin, 30 April 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan