Salam
AMARAN: Post ini amat panjang. hehe
Saya
percaya, berpindah ke rumah baru, duduk berdua, memang dinanti-nantikan
oleh semua pasangan pengantin baru. Segala-galanya bebas, tiada had
antara suami isteri. Kita bebas nak bangun lewat, bebas nak tengok tv
sampai lewat malam, bebas nak main kejar-kejar (oopss!) bebas nak mandi
sama (double oops!)--- sesuatu yang mungkin terbatas untuk kita buat di
rumah ibu ayah.
Namun dalam nak seronok untuk tinggal berdua,
kadang-kadang kita terlupa perubahan frasa yang kita akan hadapi.
Perubahan frasa daripada "semua telah disediakan" kepada "semua kita kena sediakan".
Tambah membingungkan jika kita tak tahu daripada mana nak mula.Frasa
hidup yang memang mencabar dan menuntut kesabaran dan minat untuk
belajar.
Saya percaya, pasti ada mantan pengantin yang mengalami
simptom 'kejutan budaya' masa awal-awal tempoh perkahwinan mereka,
terutama mereka yang menumpang dahulu di rumah ibu ayah. Selama ini,
tinggal di rumah ibu ayah, sedar atau tidak -- tak semua perkara kita
akan buat. Kebanyakkan kita pasti ada ibu yang menolong dalam senyap.
Kita basuh baju, terlupa nak sidai--ibu selesaikan. Kita nak masak, ibu
dah tolong siap basuhkan ayam bersih-bersih.
Tapi apabila
berpindah tinggal berdua, ibu hanya boleh tolong kita daripada corong
telefon-- berikan kita resepi menu sekian-sekian. Ibu dah tak boleh
tolong kita timba kuah lemak sementara kita basuh sayur. Ibu dah tak
boleh nak tolong tengokkan ikan, sementara kita basuh pinggan. Semuanya
kita-- diri sendiri kena uruskan. Dan kita bukan uruskan diri sendiri,
tapi kena uruskan encik abang, si suami yang suka melayan TV ketika kita
sedang sibuk di dapur *Hint untuk Yayang. Tapi nasib baik dia amat rajin basuh pinggan. Cuma temankan saya di dapur, dia mudah bosan :P
Tapi
saya percaya, apa sekali pun tugas rumah, kalau kita telah ada teknik
yang betul dan bersesuaian dengan cara kita, insyaAllah, tak akan jadi
masalah dan kita lebih mudah menguruskan hal rumah tangga.
Tapi,
sebelum saya menulis dengan lebih panjang lebar, jom kita cuci mata
dengan gambar-gambar dibawah yang menjadi inspirasi saya.
Satu persamaan gambar-gambar diatas: Teknik pengurusan stok yang kemas dan berkesan
..dan itulah topik untuk edisi kedua Rutin Memasak.
Saya rasa ada eloknya saya menyentuh dahulu tentang pengstoran
barang-barang dapur, baik basah mahupun kering sebelum menulis tentang
rutin memasak. Bagi saya pengstoran barang/ bahan memasak adalah sama
penting dengan memasak. Teknik pengstoran yang betul dapat menjimatkan
masa kita untuk mencari/ memeriksa/ merancang dan mengelakkan kita
membeli barang yang sudah ada di dalam stok atau terlupa tentang barang
tersebut sehingga ianya melepasi tarikh luput.
Nak sediakan makanan, kena sediakan menu dulu.
Nak sediakan menu, kena beli bahan dulu.
Nak beli bahan, kena sediakan belanjawan dulu.
Pendek kata, semuanya berkait.
Dalam
isu pengstoran bahan dan barang, kaedah pengstoran bahan-bahan yang
saya akan kongsikan disini, dibahagikan kepada dua bahagian; di dalam
kabinet dan di dalam peti sejuk.
Apa yang saya coretkan disini,
hanyalah sekadar perkongsian yang saya harap dapat dimanfaatkan oleh
pembaca dan mungkin ada pendapat pembaca yang saya sendiri dapat manfaat
daripadanya.
Kita sama-sama belajar, ok?
Pengstoran bahan-bahan di dalam kabinet
1. Menetapkan apa untuk apa.
Tiada
peraturan tetap menetapkan kedudukan mana yang lebih baik kerana
semuanya terpulang kepada gaya hidup, keselesaan dan rutin puan punya
dapur. Saya percaya, setiap isteri mempunyai teknik sendiri tentang cara
menyusun barang-barang mereka dan hanya kerana teknik kita mungkin
berbeza dengan orang lain, tidak bermakna kita tidak cekap dan tersusun.
Tapi
tetap, kunci utama kepada sistem penstoran yang berkesan adalah dengan
menentukan setiap ruang untuk kategori barang yang dikhaskan.
Perkara
pertama saya rasa perlu dilakukan apabila siap sahaja kabinet
dapur--merancang apa yang perlu diletak dimana. Tapi ingat, semua ini
adalah proses pembelajaran. Pasti ada pemilihan kita yang kita rasa
kurang tepat dikemudian hari. Saya sendiri pun sudah beberapa kali
merombak kedudukan barang di dalam kabinet dapur ni.
Bahagian
kabinet yang jarang atau sukar dicapai seperti kabinet di atas peti
ais, seeloknya letak barang yang kita jarang-jarang guna seperti mixer
atau tray membakar (kecuali kamu memang rajin membakar kek)
Bagi
barang-barang kegunaan harian seperti pinggan makan, cawan dan sudu,
pilih bahagian kabinet yang paling mudah untuk kita capai dengan cepat.
Pastikan juga ruang kabinet yang dipilih mempunyai kapasiti yang sebetulnya untuk menyimpan barang/bahan.
Elakkan menyimpan barang yang sedikit di ruang kabinet yang luas.
Elakkan menjadikan kabinet tinggi untuk menyimpan makanan (kecuali kamu masih boleh capai)
Kalau
kamu ada ketuhar memasak, tapi tiada ruang di dalam kabinet untuk
menyimpan tray, bekas silikon untuk agar-agar dan sebagainya, gunakan
sahaja ruang di dalam ketuhar itu untuk menyimpan barang-barang
tersebut. Bila kamu nak pakai ketuhar, baru keluarkan barang-barang tu
daripada ketuhar dan apabila sudah selesai, masukkan semula ke
tempatnya.
2. Lambakan set hadiah
Standard
pengantin baru, pasti ada lambakan hadiah set gelas, cawan, pinggan,
pisau mangkuk dan macam-macam lagi. Nak pilih guna set A, set B pun tak
kurang cantiknya.
Jadi macam mana?
Asasnya: Memilih mana yang nak diguna, mana yang nak disimpan.
Bukan
kewajipan untuk keluarkan semua koleksi cawan atau gelas yang ada dan
sumbat ke kabinet (kecuali la diri kita memang seorang yang suka tengok
koleksi cawan dan gelas penuh-penuh kat dalam kabinet atau memang kita
ada budget untuk buat kabinet khas untuk display koleksi kita semua).
Seeloknya,
pilih mana yang perlu sahaja dan berpotensi untuk digunakan. Mungkin
boleh ambil kira 3 cara dibawah dalam membuat pemilihan:
i.
Melalui bilangan cawan/gelas - Letakkan set cawan yang mempunyai jumlah 4
cawan dan 6 cawan (kalau ada 8, lagi bagus). Sekurangnya, kalau tetamu
ada 5 orang, boleh pakai set 6 cawan.
ii. Melalui bentuk - pilih
gelas yang mempunyai bentuk berbeza antara satu sama lain untuk
sesuaikan dengan keadaan (dan elakkan bosan juga)
iii.
Praktikaliti - Ada masa bila tetamu datang makan malam dirumah, sudah
tentu kita mahukan kelainan, jadi gelas berkaki dapat menaikkan suasana
makan malam. Jadi, pilih rekaan berbeza untuk upacara yang berbeza.
Masalah orang kita: Mudah rasa bosan dengan set cawan yang sama
Penyelesaian:
Kalau nak tukar 4 set cawan dengan 4 set cawan yang baru, simpan 4 set
cawan yang pernah dipakai dan letakkan dengan koleksi yang baru. Tak
perlu nak penuh-penuhkan kabinet dengan set cawan daripada bilangan yang
sama.
Masalah orang kita: Set cawan tak cukup, tetamu ada 10 orang.
Penyelesaian:
pilih set cawan yang paling hampir antara satu sama lain. Kalau set 4
cawan tu dasarnya warna putih, pilih set 6 cawan lain yang dasarnya juga
bewarna putih.
Masalah orang kita: Dapat hadiah jag, tapi gelas takde dalam set
Penyelesaian: pilih set gelas yang kosong/ tiada motif pada badan gelas. Lebih senang untuk dipadankan dengan mana-mana jag.
Kita
pasti akan hadapi situasi dimana kita dapat lebih daripada satu
pengisar, pembakar roti, kuali, dan periuk nasi. Pilih yang mana lebih
sesuai digunakan untuk waktu tersebut. Contohnya, periuk nasi kecil
lebih sesuai digunakan sebelum kita sudah ada anak-anak. Periuk yang
besar simpankan dulu di dalam stor.
Kemas kini:
Saya terima soalan bertanyakan, apa nak dibuat dengan set-set cawan dan
pinggan mangkuk yang tidak diguna; nak kasi pada orang kah. Apa yang
saya buat, saya letak semua cet cawan dalam satu kotak besar dan saya
labelkan "Hadiah Cawan" *jangan keluarkan cawan daripada kotak asalnya*.
Jadi, di masa akan datang kalau saya nak tukar set cawan saya, saya dah
tahu nak cari dimana. Begitu juga dengan set gelas dan set pinggan
mangkuk. Bagi alatan elektrik, saya masukkan dalam kotak besar tetapi
diluarnya saya senaraikan apa barang-barang di dalam kotak tu
3. Jarak diantara barang
Kita
perlu sediakan sedikit ruang diantara perkakas/ barang kaca dan ruang
tu kalau boleh biar elok-elok muat jari/ tangan kita untuk mengambil
barang-barang tersebut tanpa mengganggu kedudukan barang-barang
berhampiran dengannya.
Sangat suka gambar dibawah -- indah tersusun~~
Tips 1: boleh gunakan pinggan kertas untuk asingkan pinggan agar tidak berlaga, macam gambar kat bawah ni.
Tips
2: Para-para seperti dibawah ini berguna untuk meletak periuk belanga
(walau saya rasa, kita tak perlukan sampai 5-6 saiz dalam satu masa)
4. Penyusunan barang
Menyusun
stok bahan makanan kering memang mencabar bagi saya walau Mr Husband memang bagi
kebebasan sepenuhnya. Maka, saya google dan mencari idea mana yang
praktikal untuk ruang yang terhad.
Asas menyusun barang-barang pantri saya adalah ilhamkan daripada gambar-gambar dibawah.
Persamaan gambar-gambar diatas: menggunakan tray/ bekas untuk menyimpan barang.
Bagusnya
bekas-bekas seperti ini, kita boleh tarik semuanya dan amik apa yang
kita perlukan, kemudian simpan semula bekas ini ditempatnya, tanpa
mengalihkan mana-mana bahagian di dalam bekas ini. Bakul ini juga dapat
menyorokkan keadaan lintang pukang di dalam bekas. Hehe.
Saya
berjaya beli bekas plastik di pasar borong Equine. Lebih bagus, kerana
saya dapat tindihkan bekas tu, maka hasilnya-- lebih banyak ruang kosong
yang boleh diisi.
Ruang kabinet dapur saya agak dalam
dan saya pula jenis tak suka kena ketepikan barang-barang di depan untuk
lihat barang apa di belakangnya. Jadi saya beli bekas yang memanjang ke
hadapan.
Kaedah yang sama juga saya gunakan untuk simpan bahan
pencuci. Saiz bekas di atas ni sama sahaja dengan saiz bekas simpan
bahan pencuci.
5. Melabel
Perkara
yang saya titikberatkan dalam penyusunan pantri adalah pelabelan. Saya
belajar melabel ini bila tengok gambar-gambar di Internet ni
..dan saya rasa praktikal untuk saya. Sesuatu yang saya belajar daripada ibu saya masa bujang dulu.
Situasi 1
Nana: Ibu, kat mana kunyit?
: Tu, ada kat dalam peti ais bekas orenNana: Banyak bekas oren, yang mana??
Ibu: Cari dan bukaNana: Malas la. Tak jadi goreng ikan.
Ibu: Nak bawa ke mana malas tu!!!
Situasi 2Nana: Ibu, kat mana stok gula?
Ibu: Dalam almari kering, laci bawah
Nana: Tak jumpa (tak cari pun tapi malas nak cari, maka berdiri aje sebelah almari)
Ibu:
Ko dengan ayah sama aje, cari barang pakai mata, bukan hidung, pasal tu
tak pernah jumpa. (ibu datang dapur dan amikkan stok gula :P)
Kesimpulannya,
saya takmo berlaku insiden Mr Husband nak cari barang dan tak jumpa, jadi saya
kena tolong dia. Dengan adanya label ni, tiada alasan kata tak jumpa
barang :P
H: Kat mana Milo?
B: Kabinet atas dapur, B tau b dah labelkan.
Maka terhasil la aktiviti melabel di dapur saya.
Saya suka tersusun tapi saya tak rajin untuk cetak label dengan cantiknya macam gambar-gambar dibawah.
Saya cuma gunakan pen marker, pita pelekat dan kertas biasa. Asal boleh dibaca, sudah memadai.
Hampir semua barang-barang di dalam kabinet saya labelkan. Gambar-gambarnya InsyaAllah saya akan cuba tambahkan kemudian
6. Memaksimumkan penggunaan ruang
Memaksimumkan
penggunaan ruang bukan bermakna kita kena isi semua barang
sesesak-sesaknya di dalam almari dan di atas kabinet. Kembali kepada
peraturan asas: Guna apa yang perlu sahaja.
Meletak
para-para, rak, cangkuk atau rod besi horizontol di dinding adalah
salah satu idea untuk menghasilkan ruang lebihan dan pada masa yang
sama, mencantikkan ruang dapur dan membebaskan dapur daripada kesesakan
barang.
Tapi untuk saya, saya tak letak para-para walaupun berkenan dengan idea dapur daripada IKEA sebab Mr husband tak kasi tebuk dinding dapur
T.T *nangis
Jadi saya gunakan idea Lazy Susan diletakkan di sudut sebelah tempat memasak saya, inspirasi daripada gambar dibawah ini.
Cuma
bezanya, saya cuma letakkan garam halus, garam kasar dan gula sahaja.
Rempah lain seperti kayu manis, buah pelaga, cengkih dan sebagainya,
saya letak di dalam peti ais untuk tahan lebih lama dan elak daripada
haba (lagipun, rempah ratus tu tak semua masakan kita gunakan,
berbanding gula dan garam)
7. Troli dapur mudah alih
Troli
mudah alih macam ni boleh dijadikan alternatif untuk beri kita lebih
ruang kerja jika tempat simpan barang untuk dapur terhad. Macam gambar
di bawah ni
Contoh terdekat adalah troli dapur Bekvam daripada Ikea
Walaupun
pada mulanya troli ni bertujuan untuk digunakan bagi tujuan kerja
dapur, tapi ruang yang sedia ada diantara ruang memasak dan sinki cukup
untuk saya buat kerja rupanya. Maka troli ni saya letakkan berhampiran
dengan kawasan sumber elektrik, dan saya letakkan microwave di atasnya
memandangkan kami memang tak buat wiring tambahan di dapur dalam waktu
terdekat dan ruang berhampiran tempat memasak tak cukup untuk letak
microwave, jadi kena gunakan sumber yang sedia ada. Bekas bawang dan
cili kering di tingkat bawah sekali
Tingkat
atas saya letak jajan-jajan Mr Husband, macam biskut, roti, planta. Tapi gambar
tak dapat nak ambil pasal dah nak habis.
Pengstoran di dalam peti sejuk
Klik gambar di bawah ini untuk perkongsian ilmu.
Saya ada beberapa polisi dalam hal menyimpan barang di dalam peti ais ni
1. Bekas penyimpan makanan
Saya
tak mampu nak beli bekas jenama Tupperware banyak-banyak, jadi
alternatifnya, saya beli bekas plastik IKEA yang murah dan
bermacam-macam saiz ini, untuk menyimpan barang-barang makanan kami di
dalam peti ais.
Bekas
plastik seragam macam ini, bukan sahaja cantik di mata, tapi praktikal
di dalam peti ais. Kriteria yang saya pernah baca dalam internet
berkenaan pemilihan bekas plastik:
1. Pilih empat segi berbanding bulat
Empat segi lebih jimat ruang berbanding bekas bulat.
2. Boleh ditindih.
Cari bekas plastik yang boleh ditindih-tindih untuk menghasilkan lebih banyak ruang kosong
3. Nampak dalam
Bekas plastik yang nampak isi didalamnya lebih memudahkan kita untuk mencari barang, berbanding bekas plastik yang tak lutsinar.
Saya
memang sentiasa pastikan apa-apa yang saya simpan didalam peti ais
ditutup supaya baunya kekal di dalam bekas. Kalau ada makanan yang
berbaki, yang saya rasa boleh dimasak semula atau diubah suai, saya akan
letakkan di para yang tidak tersorok dan pada paras mata saya supaya
senang saya nampak bagi mengelakkan saya tak perasan kewujudannya.
2. Melabel.
Contoh gambar daripada Internet ini, turut melabelkan barang-barang basah
Mengambil pendekatan yang sama, barang-barang basah juga saya labelkan.
Masa
mula-mula melabel sayur-sayur ni, saya rasa macam buang masa dan tak
ada guna. Tapi bila masa nak memasak, memang amat mudah pasal saya tak
perlu nak buka surat khabar untuk lihat apa kandungan dalamnya.
Sangat-sangat jimat masa.
Santan pula saya simpan dalam bekas
kecil-kecil pasal tinggal berdua, takde la banyak sangat nak
guna pun. Lagipun, nak mencair bekukan lebih mudah dengan bekas kecil
begini.
Label singkatan macam ni pun mudah. A untuk Ayam; U untuk Udang; S untuk Sotong
Tidak
ada terlalu banyak perkara yang saya dapat kongsikan tentang pengstoran
di dalam peti ais. Cuma antara perkara lain yang saya selalu buat
1.
Setiap kali ke pasar, saya akan pastikan beli 1 biji lemon. Lemon ini
saya akan perahkan jusnya dan bekukan *pasal tak tahu nak guna bila,
jadi bekukan sahaja dulu* dan kulit lemon tu saya akan letakkan di satu
sudut di dalam peti ais. Berkesan untuk mengurangkan bau peti ais. Tak
pun, kulit lemon ni dengan sedikit jusnya, saya masukkan dalam microwave
dan panaskan lebih kurang 3-4 minit untuk menghilangkan bau kurang
sedap dalam microwave *saya memang pengguna tegar microwave
2.
Jangan letak susu di bahagian tepi peti ais. Susu lebih mudah basi. Kena
letak di ruang paling dekat dengan penyejuk. Sama juga dengan butter
dan keju.
3. Saya suka beli susu kotak yang saiz kecil (250ml)
pasal makanan barat macam lasagna dan spageti menggunakan susu. Kalau
beli kotak besar, kena habiskan isinya dalam 3 hari selepas dibuka. Jadi
baik pakai kotak kecil, sekali pakai terus buang, tak perlu simpan.
4.
Di tepi peti ais, saya tulis senarai sayur dan bahan-bahan mentah yang
ada dalam peti ais. Mana yang sudah habis, saya akan pangkahkan. Dengan
cara ini, saya dapat jimatkan elektrik daripada membuka peti ais untuk
lihat apa bahan yang ada; dan cara ini juga dapat monitor senarai barang
apa yang ada, tak ada la membazir terbeli lebih.
5. Siang udang
dan ikan siap-siap setiap kali lepas balik pasar. Bersihkan daging lembu
dan ayam sebelum masukkan dalam bekas. Menjimatkan masa daripada nak
buat itu semua sebelum memasak.
Saya rasa itu dulu perkongsian yang saya boleh tulis untuk post kali ini.
Dan jadual menu, inspirasi daripada gambar dibawah
Sumber: iheartorganizing
Suatu
perkara yang saya rasa perlu untuk saya tulis disini, sungguhnya cara
ini tidak pernah ibu praktikkan di rumah. Saya mencari cara saya
sendiri. Jadi saya kira, aplikasi yang sama kepada pembaca blog ini,
cari cara yang praktikal untuk diri kamu. Apa yang saya praktikan
sekarang, sekadar memberi idea kasar kepada pembaca. Kesesuaian sesuatu
itu kita kena cari dan kembangkan, dan serasikan dengan diri kita
sendiri. Mungkin bagi sesetengah orang, cara saya rumit tapi yang penting saya selesa dengan cara sebegini. Namun, saya masih
dalam proses pembelajaran. Saya masih google cara-cara pengstoran yang
dapat mengekalkan kesegaran sayur dan sebagainya.
Pembelajaran seumur hidup. Hehe
Lagi
satu, penyusunan sebegini memang memerlukan kerjasaman daripada
pasangan kita. Mungkin pada mulanya dia rasa kurang selesa atau tidak
tahu bagaimana nak sesuaikan diri. Tapi lama-lama dipraktikkan, pasti
sudah menjadi cara hidup nanti.
Seperti yang saya selalu kata pada Mr Husband "Suami ketua, isteri pengurus"
Terkini: saya teringin nak beli bekas baju kotor yang ada tiga ruang berasingan macam gambar dibawah
Sudah
berjaya meyakinkan Mr Husband! Hehe. Gambar bekas tu nanti saya ambil. Bekas
biru besar yang lama, saya jadikan tempat letak baju bersih lepas angkat
daripada ampaian, sebelum dilipat. Hehe *kena pandai cari alasan.
Isnin, 30 April 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan