♥ Our Special Moments ♥

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Isnin, 30 April 2012

Selamat Merancang Bakal Pengantin 2012

Salam



Bulan Januari,Febuari,March dan April sudah berlalu (tanpa ada apa-apa post daripada saya. Ye, memang saya teruk, membuatkan pembaca blog ni ternanti-nanti) dan kini memasukki awal bulan Meii pula, baru la saya sempat mencoret sedikit cerita di blog Inspirasi Raja Sehari.

Iye, seperti yang ramai sudah dapat duga, saya sibuk menguruskan keluarga. Walaupun cuma keluarga kecil, tapi jadual hidup memang berubah 100%.

Tapi, saya disini menulis bukan tentang hal rumahtangga. Saya masih akan terus mengekalkan objektif blog ini, untuk diabadikan kepada bakal pengantin. Walaupun kebanyakkan mereka yang dalam link senarai blog Bakal Pengantin saya, sudah lama menjadi mantan, tapi saya rasa, dengan bertambahnya pengikut blog ini, masih ada ramai bakal pengantin yang membaca blog-blog perkahwinan seperti blog ini.

Untuk post kali ini, saya cuma mahu berkongsi gambar-gambar yang saya rasakan menarik untuk dikongsi. Gambar-gambar berikut bukanlah menandakan aras sesuatu trend untuk tahun 2012, tapi sekadar saya berkongsi citarasa dengan pembaca blog ini

1. Warna mencuri tumpuan .Dengan menyelitkan sedikit warna yang kontra dengan warna putih, mata memang terus tertumpu kepada warna yang satu itu.

Bukan sahaja pada persalinan pengantin



Tetapi juga pada kek pengantin



Warna juga boleh menyerlahkan penampilan 'dayang-dayang' yang memakai warna sedondon. Tidak lagi bergantung kepada warna bunga, kini warna kasut berbeza juga kelihatan menarik.




2. Projek DIY masih relevant. Semakin ramai bakal pengantin yang memilih untuk menyediakan sendiri buah tangan untuk tetamu yang boleh di'DIY' oleh bakal pengantin sendiri, tampil unik dan lebih dekat dihati tetamu.



Dan juga menghiaskan sendiri beberapa perincian majlis dengan kos yang rendah.







3. Candy buffets atau dessert tables masih mendapat tempat di dalam majlis perkahwinan dengan tema-tema yang lebih menyerlah.






Saya rasa terpanggil untuk berkongsi idea kreatif dibawah ni


Sewn Paper Candy Pouch



Dengan kos yang lebih minimum, dapat menghasilkan pouch yang comel dan kreatif. Idea berani buat bakal pengantin yang mahu tampil dengan kelainan daripada kebiasaan menggunakan bekas organza untuk letak gula-gula.

Berminat? Untuk langkah menghasilkannya, boleh klik link dibawah gambar

Sumber:
peppermintplum


Sesuai untuk tetamu cilik yang hadir di majlis :) Nak lebih cantik, pilih kertas yang ikut warna tema atau letakkan sticker pada permukaan kertas.

Saya percaya, bakal pengantin di luar sana, pasti lebih up-to-date dengan trend terkini berbanding saya yang sudah hampir setahun lebih menjadi mantan. Diharap bakal pengantin 2012 dapat menyerlahkan keunikan idea masing-masing. Jangan sekadar mengimprovisasi trend-trend terdahulu kerana saya percaya, semangat seorang bakal pengantin pasti akan dapat menempiaskan seri yang baru kepada sesuatu trend itu.

Tiada ulasan: