Salam
Mana-mana isteri
pun akan melalui proses pembelajaran peel suami masing-masing, dan vice
versa. Apatah lagi, sebelum kahwin, kita memang dah selalu dengar ayat "Nanti dah kahwin, kau tau la perangai dia sebenar".
Jadi secara tak langsung, kita sebenarnya sudah tahu yang ada beberapa
bahagian dirinya yang kita akan kenal selepas tinggal sebumbung.
Hidup
rumah tangga ni memang pembelajaran sepanjang hayat. Bila dua orang
berbeza hidup bersama, masing-masing bawa budaya dan cara hidup berbeza,
yang kita dapat daripada habit, latar belakang keluarga dan
faktor-faktor lain. Bila dua gaya ini bertembung, hanya akan berlaku dua
perkara; sama ada ngam atau melantun.
Kadang-kadang, perkara
harian yang kita dah selalu buat masa bujang, mungkin bukan perkara yang
suami kita suka. Contoh, Mr Husband tak suka kalau ada barang di atas katil.
Saya pula memang habit daripada study,kerja dulu, segala file dan tas tangan
saya letak atas katil. Pelik juga dalam bulan pertama saya kahwin, saya
perasan tas tangan dan file saya diletakkan di tempat lain. Rasa macam
ada penunggu lak dalam bilik yang mengubah kedudukan barang-barang.
Sampai la satu hari saya tanya Mr Husband, mengapa dia alihkan barang saya dan
jawapan dia, dia tak suka ada barang atas katil pasal D suka baring
terus atas katil berehat sekejap lepas balik kerja.
Sejak tu, saya tak letak lagi barang atas katil *kadang-kadang masih letak, tapi kalau dah dengar bunyi motor Mr Husband, cepat-cepat alihkan barang heheh
Kadang-kadang,
rutin harian yang sebelum ni tak jadi isu pada saya seperti membasuh
baju, macam-macam saya akan persoalkan bila sampai pada hak milik Mr Husband.
'Kenapa la Mr Husband ni tak turunkan lengan baju dia dulu?'
'Kenapa la Mr Husband tak check dulu poket, kot-kot ada siling ke, resit ke?'
'Kenapa la Mr Husband tak tanggalkan belt siap-siap daripada seluar kerja ni'
Bila ditanya, jawapan dia mudah "Dulu, mak yang selalu buat"
Nak
marah pun tak jadi, pasal saya pun antara tak sedar akan buat perkara
yang sama. Kebergantungan kepada orang lain memang memanjakan kita.
'B kenapa tak check air kereta?'
'B bila nak isi angin tayar kereta ni?'
'Bila kereta ni nak kena servis B ada tengok tak?'
Jawapan saya 'Dulu, Ayah dan Abang yang selalu buat tu semua.B bawa kereta aje tahu' *sambil beri senyuman paling manis pada Mr Husband.
Kita
ada sebab musabab kenapa kita bertindak seperti apa yang berlaku, kan?
Cuma kita nak berkongsi dengan pasangan kita, itu satu tugas yang lain.
Proses
pembelajaran ni berbeza untuk setiap pasangan. Macam juga kita belajar
di sekolah. Ada yang mudah tangkap ilmu dengan hanya memberi tumpuan
pada guru dalam kelas, ada yang perlukan kelas tambahan, ada yang suka
study group, ada yang rajin buat latihan spot question. Setiap kaedah
caranya berbeza dan tiada kaedah lebih baik daripada yang sebaliknya
kerana setiap antara kita adalah individu, otak kita bekerja dan menilai
dengan cara berbeza.
Seperti juga saya tak lut dengan bebelan ibu masa saya remaja dulu "Bilik air kena bersih selalu. Nanti dah kahwin, apa-apa hal pun orang tengok bilik air dulu", hati saya mesti persoalkan "Apa la datang rumah orang tumpang kencing je!".
Saya lebih mudah belajar melalui proses pemerhatian dan perbincangan
terbuka. Memang rasanya, selepas berkahwin, kita memang akan jadi lebih
peka dan pemerhati yang lebih tajam. Kadang-kadang, susunan pinggan pun
kita boleh cam yang mana kita susun, yang mana suami kita susun.
Tapi
ada juga pasangan yang proses pembelajarannya berlaku bila tengah
bergaduh. Masa tu la baru disebut satu persatu apa yang tak kena pada
mata mereka. Tapi harap-harap, kita semua jangan lah macam ini ya. Kang,
perkara yang sebenarnya kita tak kisah sangat, pasal dah gaduh, terus
kita rasa macam kisah teramat-amat.
Mantan pengantin, korang lak macam mana? dan Bakal pengantin, dah sedia?
Nota:
kepada sesiapa yang ada menghantar emel pada saya, saya tak dapat nak
baca dalam dua hari ini. InsyaAllah, saya akan balas semuanya malam ini.
Isnin, 30 April 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan