♥ Our Special Moments ♥

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Khamis, 28 April 2011

Prosedur Pernikahan Kami - Part 2



Salam


Dengan ini saya mengumumkan,status prosedur pernikahan kami sudah 100% selesai.

Petang semalam, saya ke Klang untuk selesaikan prosedur untuk belah lelaki dan pagi tadi pula saya ke Klang lagi untuk selesaikan prosedur untuk pihak perempuan pula

1. Masuk bangunan kemudian masuk kat pintu lobi utama,belok kiri. Terus ke kaunter pertanyaan tu. Bagitau nak ke Pendaftaran Nikah.Kemudian mereka akan beri no giliran
2. Selepas no giliran di panggil,terus pergi ke kaunter dah terus serahkan borang dengan senyuman (pihak sana akan semak segala dokumen dan minta anda duduk sebentar sehingga nama di panggil)

3. Lebih kurang 1ominit nama akan dipanggil,kemudian dia ada beri lagi satu borang 4A REKOD CATATAN AKAD NIKAH

4. Kemudian dia akan beri Surat Kebenaran Nikah untuk pihak LELAKI & PEREMPUAN.

5. Jangan lupa bayar RM10 untuk borang








OK huby! kita da bleh kawen
" i'Allah lagi 37hari "



Contoh Borang 4A Rekod Catatan Akad Nikah



Resit Rasmi




" Segala tandatangan,cop yang telah diluluskan "

 

Lepas selesai urusan kami,terus ke jalan T.A.R,nak cari sampin songket,butang baju melayu dan juga anak tudung untuk akad nikah nanti.


Soal parking jgn cakaplah,dekat 1jam juga kami duk ronda2 cari,tambah pula time 2 kami pergi dgn kawan mr boo. Kebetulan time 2 sekali jalan nak pergi ke Sentul untuk cari barang2 motor sekali


Lepas ke Sentul terus pergi IKEA. Baru teringat nak beli batang langsir untuk bilik. Pusing punya pusing,bukan batang langsir yang kami jumpa tapi pelbagai jenis yang kami ambil untuk buat deco bilik,time2 tu jugak lah idea untuk deco bilik mula dtg.


Untuk batang langsir jumpa yg ini! suke yg ini walaupun tau byk lagi design yg cantik! tapi hati berkenan yg ini!






Sebenarnya ada juga beli cermin untuk deco tapi cermin 2 tertinggal dalam kereta mr boo. Ok esok terpaksa minta mr boo hantar ke rumah. Memang cantik,Saya ambil yg design spider 10pcs RM69 n mr boo pula ambil yg cermin berframe 1pcs RM3.80 so mr boo ambil 15pcs. Dengan cermin ini mungkin dapat membantu untuk deco bilik nanti. (i'allah,gambar cermin akan diuplod untuk post akan dtg)


Tengok jam dah pukul 4pm,rasa cepat masa berlalu. Smpai station yg last sekali bahagian decoration,kami cuma ambil lilin wangi saja untuk deco pada hantaran n meja beradap nanti,tak pasti berapa harganya sebab main rembat jer memandangkan perut sudah lapar









Tiada ulasan: