♥ Our Special Moments ♥

Daisypath Anniversary tickers

Khamis, 28 April 2011

Ujian Saringan HIV



Salam

 
Memandangkan saya tgh MC demam n mr boo pulak sudah ambil cuti untuk selesaikan borang nikah. jadi saya terpaksa meringankan kepala untuk pergi ke klinik kerjaan. pada mulanya memang sakit hati

1. Tiba di klinik Bukit Kuda,klang dalam pukul 9.30pagi. Sampai di kaunter, jururawat ckp ujian saringan akan buat pada pukul 2ptg.

2. Jadi mr boo pun drive pergi ke klinik kesihatan Shah Alam,selepas pintu masuk belakang UITM. Sekali lagi,kena buat temujanji. Jadi mr boo ambil keputusan untuk pergi ke klinik Bukit kuda,Mr boo hantar saya balik sementara untuk tunggu pukul 1pm

3. Sementara tunggu tu,sempat jugak siapkan "Thank You" untuk bunga pahau n goodybag

4. Bila smpai klinik Bukit Kuda,jururawat bagitahu kena buat temujanji n test darah pada keesokan harinya. Agak sakit hati jugak time 2 sebab 1st kami dtg,kenapa jururawat tak bagitahu untuk buay temujanji,so tak adalah kami balik ke rumah untuk tunggu pukul 2ptg.

5. Mr boo terus drive ke klinik kesihatan di Pendamaran,tapi kali ini saya n mr boo memang betul2 sakit hati. Jururawatnya hanya ckp " Maaf cik,kat sini kami dahulukan dulu penduduk pendamaran baru orang luar ". pening2, dulu time kursus ckp mana2 klinik kerajaan boleh buat test HIV dalam masa satu hari tapi bila smpai time?habuk tak ada! Siap berbagai2 temujanji semua.

6. Dengan pantas terus pergi patah balik ke klinik kesihatan,Kapar pulak. Pergi terus ke kaunter dgn cepat,memandangkan time dah menunjukkan 4ptg.

7. Jururawat akan beri borang untuk di isi (hanya perlu bayar RM1 sahaja)





8. Memandang hari dah ptg tiada yg ambil ujian HIV,maka no giliran kami cepat.hohoho. Sekejap sangat buat saringan ini. Tak sampai 10 minit pun. 1st saya tengok mr boo dulu,sebab saya tau saya ini memang penakut jarum dan anti jarum! Rupanya mereka tak gunakan jarum tapi hanya menggunakan sejenis alat mcm stapler,hanya ketipkan pada jari nampak saja kecil alat 2 tapi makan dlm bila jari kita di koyakkan sedikit saja (bunyinya mcm kita stapler kertas "Ketet") kemudian darah keluar dan di titiskan pada 1 alat panjang berwarna putih



Terus dapat keputusan masa tu juga. Sekejap saja buat ujian saringan ini



* Apa yg kami dapat pada hari itu ialah belajar dari kesilapan. Bukan kita sebagai manusia terus menjadi pandai untuk membuat sesuatu. Pasti ada kesalahan yang berlaku secara tidak sengaja

* Pada bakal pengantin,sentiasa banyak bertanya untuk tidak membuat kesilapan berulang kali
 


Tiada ulasan: