♥ Our Special Moments ♥

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Rabu, 2 November 2011

Laluan Mempelai ke SINGGAHSANA




Salam


Hari ini rasa nak bercerita mengenai Arch atau lebih dikenali sebagai pintu gerbang. Arch memberi 1001 maksud yang mendalam terutama kepada tetamu yang hadir meraikan bakal mempelai,malah turut memberi nilai dan maksud besar dalam kata erti perkahwinan yang di mentarai pasangan pengantin.

Apa yamg penting ialah,pemilihan warna,dekorasi harus diutamakan demi mengelakkan KECACATAN majlis perkahwinan. Lebih mudah jika majlis mempunyai konssep,warna tema. Apapun biar ringkas tetapi majlis tampak manis di pandang mata. Raikan majlis bersejarah anda di majlis yang penuh gemilang bersama tetamu sebagai tanda ingatan berkekalan sepanjang hayat.

Sebagai panduan,saya ada selitkan beberapa tips untuk anda yang memilih arch;

1. Pintu gerbang diletakkan di luar perkarangan majlis,dalam kawasan dan juga berhampiran kawasan masuk pelamin. Ia berperanan besar sebagai penghias dan penyeri ketika majlis berlangsung.

2. Rekaan hiasan bunga pada pintu gerbang ini,menggunakan konsep sama warna dengan hiasan majlis. Ia tidak diletakkan sendirian sahaja sebaliknya majlis nampak meriah dan ceria apabila di selang selikan dengan walkway. Bunga walkway satu hiasan yang dicipta untuk menambahkan seri laluan utama itu.

3. Konsep hiasan bunga pada arch biasanya mengikut hiasan utama yang digubah di dewan atau rumah atau dimana2 saja lokasi di buat.

4. Jika dulu penggunaan bunga segar jarang digunakan namun kini bunga segar menjadi pilihan ramai dalam menata hias majlis perkahwinan. Antara bunga yang sesuai digunakan sebagai pintu gerbang ialah bunga ros,lili,sundal malam,bungau tembakau,baby breath,yellow peacock,white peacock serta bunga statik. Daun daun yang digunakan sebagai tambah seri seperti daun johor,paku,monstera,sliver leaf dan firm leaf.









5. Pintu Gerbang kin boleh didapati dalam pelbai bentuk. Bentuk biasa dinamakan sebagai OVAL iaitu separuh bulat dengan hanya dua kaki.

6. Kebanyakkan perancang perkahwinan mempunyai arch yang ditempah dinamakan DOME iaitu taiang besi empat kaki setinggi tujuh hingga lapan kaki dan mempunyai kubah bulat di atasnya. Ada juga bentuk triangle dangan empat kaki pada bahagian bucu serta mempunyai puncak setinggi sembilan kai. Triangle adalah konsep dari Arab yang gemar digunakan pleh masyarakat Asia Barat. Penggunaan belon sebagai arch juga semakin menarik perhatian bakal pengantin,cuma anda sendiri sedia maklumlah bahawa adakah berbaloi menggunakkan belon sebagai arch untuk majlis perkahwinan.










Tiada ulasan: