♥ Our Special Moments ♥

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Jumaat, 25 November 2011

HIJRAH saya selepas berkahwin



Salam

Agak agak masih ingat lagi tak post lepas yang saya menyatakan bahawa saya akan menulis post mengenai hijrah saya. Seperti sedia maklum,kebanyakkan gambar saya,saya sudah mula berhijrah ke tudung di bahagian kepala,Alhamdullilah.. Sejuk perut kedua ibu bapa saya dan terutama sekali mr husband saya. Inilah yang dia inginkan perubahan saya selepas berkahwin dan syukur sangat sebab Yang Maha Esa telah bukakan pintu hati saya untuk bertudung.
























Saya mula berhijrah,dua minggu sebelum Raya Aidilfitri 2011. Sewaktu saya bersiap untuk pergi ke bazar ramadhan,seperti ada satu seruan yang membawa saya ke almari untuk mengambil tudung. Mr husband terkejut dan mengucapkan syukur kerna isteri nya sudah bertudung dan apabila saya menoleh ke hadapan cermin, YaAllah,betapa indahnya ciptaan Allah terhadap kaum hawa ketika tudung menutupi kepala seorang yang bergelar isteri.











Penah satu ketika dahulu,saya bertanyakan pada ibu bahawa elokkah saya bertudung? Ibu menyampuk "Adik,tudung tidak kira cantik,elok atau apa sekali pun,yang penting niat kita hendak bertudung mestilah ikhlas,Allah sendiri menyuruh umatnya bertudung" Sejak tu hati saya berdetik,Cantik dan indah ciptaan Allah apabila saya melihat segelintir kaum hawa bertudung melintasi diri saya,Hati saya berdetik "bilalah saya akan bertudung seprti mereka" Terlintas difikiran saya untuk memasang niat untuk bertudung.










Penah satu ketika dahulu,saya bertanyakan pada ibu bahawa elokkah saya bertudung? Ibu menyampuk "Adik,tudung tidak kira cantik,elok atau apa sekali pun,yang penting niat kita hendak bertudung mestilah ikhlas,Allah sendiri menyuruh umatnya bertudung" Sejak tu hati saya berdetik,Cantik dan indah ciptaan Allah apabila saya melihat segelintir kaum hawa bertudung melintasi diri saya,Hati saya berdetik "bilalah saya akan bertudung seprti mereka" Terlintas difikiran saya untuk memasang niat untuk bertudung.

Kalau nak diikutkan,saya bertunang dan berkahwin memakai tudung dan ada di kalagan kawan saya mencabar agar saya bertudung selepas berkahwin tapi sayangnya saya masih belum bertudung. Sehingga Puasa saya sudah berhijrah seperti apa yang saya niatkan dahulu,sekali lagi saya perlahan lahan mencuba dan selesakan diri saya untuk bertudung dan Alhamdullilah sampai sekarang saya bertudung dan penghijrahan saya berjaya atas bantuan husband tersayang dan sekarang saya sudah mula menjual pelbagai jenis lycra dan shawl.

Megenai Hijrah ini,tidak ada siapa pun yang memaksa saya,saya sendiri yang ingin bertudung. Penah sekali Aunty di salon tempat saya selalu buat rambut bertanya"awak lepas kawin nanti sudah pakai tudunglah" Aiyyaa Aunty! Saya sudah bertudung sekarang. Saya sedar bahawa lafaz nikah "Aku terima NIKAHNYA" mempunyai maksud yang tersurat dan tersirat untuk pasangan yang sudah berkahwin, Andai dulu sebelum kahwin,orang tua kita yang menanggung segala dosa kita dari kecil hingga kahwin. Tapi lepas kahwin,siapa yang nak tanggung? Semestinya insan yang bergelar SUAMI yang menanggung segala galanya,dialah racun,dialah penawar. Sebenci mana,Seberapa besar mana pun gaduh kita dengan SUAMI,syurga terletak di telapak kaki dia. Saya tidaklah terlalu pandai untuk bercerita mengenai agama,sedangkan saya sendiri masih bertatih tatih di ajar ilmu agama dengan suami. Secara kesimpulanya,inilah antara penyebab sebab serba serbi saya sudah berhijrah sekarang. Bukan berhijrah ke ngeri orang tapi berhijrah bertudung.



"Antara gambar terbaru saya dan mr husband ketika berada d kg"





















Nota: Untuk email2 yang saya baru terima 23hb - sekarang yang meminta saya kertas kerja perkahwinan,insyaAllah saya akan balas email anda secara pukal dan yang bertanyakan email mereka tidak berbalas,cuba cek pada spam anda jika masih tidak menerimalagi,sila email kembali pada saya dan insyaAllah saya akan membalas balik. Nantikan juga post menarik saya akan datang 

Tiada ulasan: