♥ Our Special Moments ♥

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Jumaat, 26 Ogos 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri ♥♥










Salam


Takut tak sempat nak ucap,yelah bila dah raya,laptop semua di campak ke tepi,pada yang balik kampung,berhati hati dijalan raya biar lambat asalkan selamat dan yangpaling penting pastikan keselamatan rumah jangan dlupakan pula,pintu,gate ditutup rapat dan dikunci. Pastikan perjalanan anda semua berjalan lancar,pastikan kereta dan di cek dan diservis

Di kesempatan ini saya ingin memohon maaf,jika ada terkasar bahasa dan terguris perasaan anda,mohon maaf sekali lagi,saya dan suami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri,Mohon Maaf Zahir Dan Batin




Selamat Hari Raya ♥♥

ikhlas dari Nana&Paan

Saya dah Cuti!



Salam


Yeaay! Mood cuti dah kembali,jgn jeles tauu saya dah cuti tapi walaupun cuti tetap nak jalankan misi mengemas rumah dan buat biskut raya,Mr husband masih kerja lagi,alolo kesiannya :D

Rasa malas nak buat apa2 pagi ini sebab dah melekat kat depan tv layan Hot fm bersama lagu lagu raya evrgreen,Tq Hot fm,barulah bertambah tambah semangat lagi nak beraya.

Sabtu ini dah plan dengan mr husband,,nak buat jambatan pulau pinang,hiasan hiasan lampu dan pelita di laman rumah kami,yepiii! Memang tak sabar sangat.

Khamis, 25 Ogos 2011

Terkenang Mereka Tersayang



Salam


Sayu sayu rasanya hari ini bila tengok kalendar,tinggal 3 4 hari saja lagi kita umat islam untuk menyambut Aidilfitri,tetiba saya terkenang dan teringat ketika raya bersama kedua dua orang tua saya. YaAllah,rasanya macam nak runtuh hati saya bila teringat pada arwah bila raya menjelma ini. Walaupun masa arwah mak meninggal saya tidak berapa ingat sebab saya masih kecil,manakala ketika ayah meninggal umur saya dah meningkat dewasa,tapi saya ingat segala galanya.

Mak meninggal pada 7hb Jun 2004,ketika tu saya masih di bangku sekolah lagi dan msih tidak mengerti apa itu dunia luar,tapi Alhamdullilah,atas belas kasihan,Allah memberikan saya seorang ayah dan abg yang sangat bertanggungjawab untuk menjaga saya,menjaga makan minum kami adik beradik serta memberi kami kasih sayang dan tidak memberikan kami kesunyiaan atas pemergiaan arwah mak. Mak pergi begitu pantas sekali,saya dan adik beradik tidak sempat untuk berbakti,membalas jasa pengorbanan ma pada kami semua,mungkin Allah lebih sayangkan mak dari kami. Sejak mak tiada,saya mula hidup terumbang ambing sebab saya bagaikan kehilangan permatayang selama ini menjaga saya,dari saya tidak pandai merangkak hinggalah saya pandai petah bercakap. pemergiaan mak selama 8 tahun amat memberi kesan pada saya apapbila syawal menjelma,kalau dulu mak yang siapkan segala gala keperluan kami,mak rajin buat biskut raya,dan saya dan abg cuma mengacau mak,bila hampir tibanya syawal,mak tak akan lupa untuk masak rendang daging,salah satu menu raya kami sekeluarga suka,rendang mak memang tak boleh didapati di mana mana,sampailah sekarang saya masih merindui rendang mak walaupun dah macam2 tempat saya pergi tapi tak ada yang sama macam rendang mak. Adakala perasaan cemburu menyelubungi diri saya bila saya melihat,orang lain yang sebaya saya mempunyai mak,berjalan jalan dengan mak mereka,bersalaman,bergurau senda tapi apa yang saya ada? Saya cuma ada ayah saja,ayahlah mak dan ayah yang uruskan kami adik beradik.

Hinggalah pada 11hb Feb 2008,ayah pula meninggalkan kami adik beradik,ayah menghidapi Ca Lung with Brain Metastasis selama 3 bulan yang berpunca dari kesan kimia. Saya adik beradik bercengkang mata menjaga ayah selama 2bulan di pusat perubatan pantai,KL. Saat tu saya sanggup tidak bersekolah selama sebulan dan abg pula tiap tiap hari berulang alik dari rumah ke hospital,membawa bekal makanan,baju baju untuk kami. Seminggu sebelum tu,ayah sempat bergurau senda dengan kami,dan ayah juga ada berpesan pada kami adik beradik. Niat saya pada 11hb feb 2008 pada awal pagi nya untuk pergi ke sekolah telah beralih kepada berita yang tidak baik,apabila abg datang ke sekolah untuk mengambil saya dang mengatakan ayah tengah nazak,ati saya remuk berkecai bila mendengarnya,kami bergegas ke hospital dan selang brapa minit,ayah pergi meninggalkan kami tapi saya tak rela,saya hanya menunggu ayah di sisinya dan memegang tgn ayah yang sejuk serta berulang kali menyembut nama ayah supaya bukamatauntuk saya,saya tak sanggup kehilangan ayah sebab saya terlalu sayang pada ayah. Sejak dari tu raya kami tidakbermakna lagi walaupun saya menyibukkan diri untuk mengemas rumah,saya tetap nak rasakan suasana raya seperti mana saya penah laluinya.Ayah yang berkerja di Tenaga Nasional Berhad TNB,Tok Muda klang yang telah berkhidmat selama 35 tahun tu telah memberi kami 1001 makna apabila kami tidak pernah di lupakan oleh pekerja2 TNB,apabila kami kesana sini,mesti ada yang kenal dan masih menyebutnyebut nama arwah mak dan ayah kami.

Kini pada tahun 2011,syawal amat bermakna buat saya adik beradik apabila buat pertama kalinya saya beraya sebagai isteri dan dapat merasakan raya yang sudah bertahun tahun saya tidak dapat rasakan kini saya dapat rasakan seperti arwah mak lakukan. Membuat biskut raya,mengemas rumah,membuat ngunjung raya untuk sanak saudara. Alhamdullilah,abg saya pun dapat merasakan apa yang saya rasakan sekarang. Abg telah pun mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya,dan saya pula telah pun selamat mendirikan rumah tangga,kini kami adik beradik dapat merasakan dan tahu apa tu erti syawal setelah 12 tahun kami tidak meraikan dengan perasaan gembira.

Walaupun mak dan ayah dah tiada tapi segala kenangan pada rumah yang kami adik beradik di besarkan tu menjadi bukti kasih sayang kami sekeluarga,Mak Ayah,adik dan abg tidak pernah melupakan segala jasa dan pengorbanan mak ayah,berikanlah kami ruang lagi untuk berbakti pada mak dan ayah dankami sentiasa mendoakan untuk mak dan ayah agar Allah menempatkan kalian di tempat2 org yang soleh dan solehah serta mengampunkan segala dosa kami,dan insyaAllah kami adik beradik akan membuat mak dan ayah di sana bangga terhadap kejayaan,kebahgiaan yang kami bina untuk mak dan ayah sentiasa tersenyum di sana.











AL-FATIHAH buat Allahyarham MD ZAKARIA BIN SURATMAN & Allahyarhamah ROSNAH BINTI SUBHI ,doa kami selalu untuk ayah dan emak.

Selasa, 23 Ogos 2011

Shopping Raya




Salam

Mesti masing masing duduk menghitung hari untuk menyambut 1 syawal nanti,ada yang sibuk nak ke hulur hilir menyiapkan persiapan raya anda sekeluarga. Malam ini rasa nak kongsi perjalanan saya dan mr husband untuk menyambut lebaran,labaran tahun ini memang memberi 1001 makna buat kami berdua. Kalau dulu kemas rumah,buat biskut sorang2 tapi tahun ini semuanya di bantu oleh mr husband.

Cerita pasal shopping ni,okey saya masih belum beli apa apa lagi,cuma ari tu sebelum puasa ada juga beli kain dan buat dua pasang baju kurung dan baju melayu,insyaAllah hujung minggu ini dah boleh ambik,taksabar rasanya nak tengok. Tema tahun ni warna hijau tapi rasanya tak delah hijau menyala gitu,hijau ala2 biru sikit...warna pilihan mr husbanddan untuk tema warna keluarga pula,warna purple. Memang meriahkan warna warnanya,tapi rasanya nak tambah lagi baju kurung dan tshirt untuk mr husband.

Yer memang saya tak beli apa apa lagi dan saya hanya beli keperluan rumah dulu,memanglah selalu pergi keluar ke sana sini tapi cara mr husband lain sikit dalam bab ba shopping,tapi saya hormat dan suka dengan cara pembelanjaan mr husband terhadap saya isterinya.

Dua minggu sebelum raya,memang kerap keluar ke mall,kadang2 ke bazar klang,jusco bukit tinggi & raja,mall di sekitar KL,masjid india dan serata tempat tapi kami hanya jalan jalan saja,cara mr husband, dia memang sukajalan tengok harga barang dahulu dari satu tempat ke tempat,bila sampai masanya,harga yang awal kita tengok tu akan bertukar 3kali ganda murahnya,memang berbaloi kalau kita bersabar ni,jadi insyAllah hujung minggu ini memang kami suami isteri shopping sakanlah sebab dah tak fikir nak kemas rumah lagi,sebabnya saya dah siapkan dari awal dari sapu sampah hinggalah balang kuih.Wahh memang puas rasanya dan tak payah nak susah susah fikir,hanya fikir barang apa yang hendak di beli minggu ni tapi saya dah cakap awal awal dengan mr husband yang malam raya harus keluar pergike bazar klang,nak tau sebab apa? Sebabnya ada lelong pasu bunga! Suka mak noh,memang tu yang di nanti nantikan oleh kaum hawa di klang ni,sampaikan mata mengantuk pun tak dihiraukan nanti.

Isnin, 22 Ogos 2011

Ragam semasa Persiapan AidilFitri




Salam


Macam mana dengan kedaan anda semua?masih boleh bertahan lagi tak untuk meneruskan puasa?Sabar ye,harap harapnya dapat meneruskan dan jangan ada yang ponteng ponteng :) Allahammdullilah,lagi beberapa hari saja lagi kita akan menyambut salam lebaran"Aidilfitri" macam mana dengan persiapan warga2 b2b?Moga segalanya berjalan dengan lancar.

Sebut pasal perssiapan raya ini,masing2 mesti dah duduk sibuk dekat dapur untuk buat biskut raya,masa masa macam tu lah pelbagai curahan idea korang yang keluar untuk biskut tu karang. hehe..Sementara mak mak kita duduk dapur yang kita anak anak dara ini (pstt,bakal mak dara dah saya ni,belagak nak jadi anak dara lagi konon,muka tak malu betul aku ni) duduk sibuk pula menghias rumah,menempek kad kad raya,ketupat mini,lampu kelip kelip...wahh...memang meriah sangat,duduk sesama dengan adik beradik pasang langsir,tukar kusyen baru,yang lelaki pula sibuk denga hiasan luar rumah,apa lagi pelitalah,sana sini pelita,kalau boleh nak org datang dari jauh lagi dah nampak rumah. Tetiba malam tadi mr husband dapat idea,katanya nak buat lampu kelip kelip dekat jambatan nak masuk ke rumah,nak buat ala ala jambatan pulau pinang (adoii macam2 suami aku ni,yang bukan2 aje dia nak buat) Mana taknya dekat kg ni dah di penuhi lampu kelip kelip,hiasan hiasan dar pemuda pemuda kg perepat. Rasanya bukan kg mr husband jer tapi setiap kg mesti rasa teruja nak hias kg anda sendirikan.

Tu baru cerita mengenai keadaan di dalam rumah dan di kawasan kg,belum lagi masuk dengan kompilasi lagu lagu raya yang dah mula berkumandang di corong corong radio dan video2 klip di tv,rasanya kalau tengah buat kerja mengemas rumah pun ada yang siap2 pasang lagu raya,katanya sambil ngemas sambil dengar lagu raya. Tak lupa juga,gurau gurau senda bersama adik beradik kita sendiri,memang gembiralah.masa tu bukan jer gelak tawa dapat dgr tapi tangisan pun ada juga,mana taknya kalau dah abang dan kakak2nya mula mengusik adik2nya.

Bila mak dah mula buat biskut raya,mula si anak anak duduk menolong,ada yang tolong kacau bahan bahan,tolong main tepung,tolong sepahkan dan tak lupa tolong ngam/masukkan biskut dalam mulut bila dah siap,nak2 mula bila mak buat biskut masa lepas waktu bebuka,memang jawapannya ke mulut anak anaklah, Sampaikan mak menjerit "Raya tak lagi tapi kuih dah habis dulu" yeeaayy...!masa tu memang semua cabut lari ke depan pula,ke luar rumah untuk tolong si ayah mengetuk kayu untuk letak pelita. tapi tolongnya cuma sekejap jer,lepas tu duduk main bunga api pula,bila dah besar besar ni main bunga api memang best,teringat zaman kanak kanak dulu,sampaikan ada yang kena tangan,baju terkoyak,hehehe.

Rasanya entri kali ini saya rasa teruja sangat,yelah semua aktiviti yang saya tulis ini tengah berlaku dikalangan semua umat islam,macam tulah ragam kita semua ketika menjelangnya AidilFitri,tu belum termasuk lagi ragam bershopping pula,okey post akan datang saya akan share mengenai saya dan mr husband pertama kali shopping sebagai suami dan isteri,wahh!excited sesangat..

Jumaat, 19 Ogos 2011

Hutang Oh Hutang




Salam


Selamat pagi semua,alhamdullilah syukur terhadap ilahi kerana kita dah menjalani ibadah puasa yang ke 19,hanya tinggal beberapa hari saja lagi kita akan menyambut Aidilfitri. Tapi post kali ini saya tak nak bercerita mengenai lebaran yang bakal menjelama,warna tema raya kami suami isteri,beraya di kg mana tapi sebaliknya hanya hendak bercerita mengenai masalah yang kami suami isteri alaminya.

Awalnya kami sangat mempercayai seorang ini yang dikenali sebagai W,macam mana tak percaya sebab dia ada bau bau bacang dengan keluarga mr husband saya,jadi nak di jadikan cerita kemana saja kami pergi W mesti ikut,sampaikan masa W susah tiada kenderaan untuk mencari kerja,mr husband beri pinjam motor mr husband pada W. Mr husband sanggup beri pinjam segala peralatan untuk membaiki motor pada W sebab W ini minat pada motor n pomen,jadinya mr husband ajar cara cara membuka motor,servis motor dan segala hal mengenai motor,mr husband ajarkan. Sehinggakan selepas kami berkahwin,mr husband ada membuat bisness menjual jam G-shock,maklumlah sekarangkan tengah trend orang2 lelaki gilakan G-shock ini,jadi mr husband minta W tolong jualkan pada kawan kawankg mereka,jadi saya ada beri tahu mr husband kalau jam tu berjalan lancar jual di kg,jangan lupa bagi upah pada W sebab kami tahu W ini tidak bekerja.

Nak dipendekkan cerita,seminggu lepas kami balik dari konvoi kuala woh,kami ada menghubungi W untuk mendapatkan duit jualan itu sebabnya kami nak ambil stock baru untuk customer2 yang lain dan kemudian,mr husband pula ada minta kembali motor yang dipinjamkan pada W sebab mr husband hendak pergi ke Pejabat naik motor,kalau nak diikutkan boleh naik kereta tapi jalan jem di sekitar klang n shah alam tidak mengizinkan mr husband untuk drive,nak bawa motor lagenda atau ego tidak boleh sebab saya nak pakai dan motor ego pula rosak,jadi nak tak nakkena juga minta motor tu.

Hampir 3 minggu kami cuba menghubungi,sms W tapi tidak diangkat,tidak berbalas sms,memanglah rumah W dekat dengan mr husband,tapi tak akanlah kami nak terhegeh2 datang ke rumahnya minta hak kami pula,bila dah masuk sebulan,saya pun cakap dengan mr husband supaya pergi ke rumahnya dan minta saja,kalau tunggu macam ini memang tak akan dapat apa apa pun. Bila saja kami datang rumahnya,orang2 di rumah kata W baru saja keluar,tulah alasan yang kami dapat sampaikan saya menjadi fedap dan naik hantu. Mana taknya kita baik dengan dia tapi dia pula dok pijak kepala kita. Memang saya angin sesangat,ramai budak2 kg kata yg motor rxz tu dah barai,okey baiklah start tu saya bertambah marah,bila kami sms tanya motor tu,dia kata ada di rumah pakcik nya dan motor tu dah di ubah,memang tip top (tu katanya lah). 1malam tu mungkin mr husband dah hilang sedikit kesabaran,jadi mr husband pergi ke rumah pakcik W ni bersama saya. Bila sampai di kawasan kg pakcik nya,W sms mr husband,katanya kenapa buat dia macam ini,busukkan lagi nama dia. Setahu saya,dia sendiri yang busukkan nama dia dan dia sendiri buat hidup dia jadi tak tentu hala. Bila saja sampai di rumah pakciknya,memang kami ada nampak sebijik motor rxz tiptop,baru tukoar body,tapi kami diam dulu dan tanya baik2 tapi pakciknya pula kata sebaliknya jadi kami pun angkat kaki balik terus dan memang fikir tu lah motornya. Angin saya datang terus saya tak puas hati,kenapa dia nak menipu kami pula,sebulan kami tunggu duit dan motor tapi habuk pun tak ada,memang melampau sangta! start dari tu saya dah mula benci pada W! benci dengan sikap dia yang tak betul tu!

Malam tadi bila kami balik ke rumah ayah dan mr husband pula berjumpa dengan kawannya,dia cerita,ptg semalam dia terserempak dengan W dan kwn W di bazar menjerit jerit pada kwn mr husband "Waen tu lah abg kau!mampus dah!Abang kau Abang kau" okey tu yang saya dengar,saya pula sampuk "kurang ajar betul punya budajk!tak sedar diuntung,kira bagus aku tak buat report polis sebab kau menyeleweng duit orang" terus mr husband tenangkan saya,saya geram dengan manusia2yang macam tu,tak reti nak bersyukur dengan apa yang orang lain pernah tolong dia masa susah. tu saya menyampuk lagi "W tak tau lagi bila gila saya datang,angin saya datang dan maki saya datang,memang teruk budak W tu kena maki hina caci dengan aku!" memang masa tu saya fikir yang masa ini bulan puasa sahaja. kang elok elok orang raya ada kawan kawan,dia raya tak adakawan,raya sorang sorang!















Note: Inilah salah satu pengajaran yang kami suami isteri dapat masa bulan ramadan,jangan terlampau percaya sangat pada orang tak kira orang luar mahupun darah daging sendiri. kalau dia nak gaduh sekalipun,pergi mana mana akan nampak muka dia,pusing2 pun muka dia juga,jadi kita tak malu,dia sendiri malu dengan perbuatannya. Jadi lepas jer raya ini kami akan mula minta balik duit dan juga motor kami balik.

Rabu, 17 Ogos 2011

Perbezaan Ketara




Salam

Pertama sekali nak ucapkan selamat bercuti dan selamat bershopping,sebenarnya saya pun nak pergi shopping petang ni dengan mr husband. Topik pagi ini mungkin menggelikan hati pembaca serta saya sendiri adakalanya tergelak sendiri bila berlaku situasi tu. Memandangkan saya sudah berpindah rumah di kawasan kampung jadi banyak perkara yang melucukan sekitar saya berpindah ini.

Situasi 1

Kalau dulu,nak ke bilik air tak perlu berteman tapi kali ini mr husband kena temankan.

B: Huby boleh temankan bby pergi bilik air??
H: Aik dekat rumah lama boleh pergi sendiri,tak akan kat rumah baru takut??
B: Rumah lama dah biasa sebab dari kecil tinggal sana,ini suasana baru di kawasan kampung,macam macam bunyi ada.


Kesimpulannya: saya tak pernah duduk di kawasan perkampungan,kalau di rumah nenek dah biasa tapi di sini masih tak biasa tinggal dengan persekitaran baru.,jadi darisegi percakapan,tingkah laku kena jaga.


Situasi 2

Bukan saja nak ke bilik air berteman tapi nak masak untuk makan malam pun saya minta mr husband temankan juga

B: Huby macam biasalah temankan bby masak.
H: Nak takut kenapa,huby ada dekat ruang tamu tengok tv ni.
B: Alah teman juga,takutlah.


Kesimpulannya: Biasa kalau saya masak,mesti buka tingkap dapur dan kalau buka tingkap tu nampaklah dapur belakang rumah jiran saya,masa tulah berperang di dapur,macam macam bunyi ada tapi kalau dirumah baru,buka tingkap dapur bukan nampak rumah tapi kebun,pokok kelapa sawit,rambutan,semak samun. Fuhh hati perempuan mana yang tak takut,silap hari bulan terbang kuali kat dapur rumah saya kang.

Situasi 3

Dulu kakau balik dari jalan2 dan sampai dirumah,buka pagar terus menonong masuk rumah,tapi kat rumah baru ni berbeza sikit,buka saja pintu kereta terus bediri tegak macam patung tepi kereta,tunggu mr husband buka kunci rumah dan buka suis lampu semua.

Situasi 4

Saya lebih suka balik dari luar letak handbeg fail fail atas katil berbanding mr husband,dia tak suka ada apa2 atas katil tu,cukuplah sekadar bantal dan selimut sahaja,sebab selalu bila dia abih tgk tv,dia akan terus baring di katil.

Selasa, 9 Ogos 2011

AKAD NIKAH














 


Salam

Perasaan hati girang dan terus girang bila mendapat panggilan dari kak Ana,yang mengatakan gambar kahwin kami dah siap..!yeepii...!tersangatlah gembira,mana tak gembira,dekatsebulan lebih menanti gambar gambar dan akhirnya dapat juga. Memang cantik dan tersangat cantik..!amat menyukainya dan total kesemua gambar 5629 keping. seperti tajuk di atas,hari ini saya nak cerita mengenai perjalan majlis saya yang tertunda sebab tak ada gambar,sekarang dah ade gambar,lebih seronok untuk mengarang.

Pagi  04 Jun 2011 memang sunyi bila saya bakal pengantin yg tersangatlah ngantuk terpaksa bangun seawal 6.30pagi,gara gara kaki tangan saya berinai. Dah rasa cam robot pon ade jugak. Abih 1 umah memerli n mempermainkan saya. Huwaaa.... tapi memang syiok,pagi2 time nak buka inai,dapat delvry mini donut dari kak shima ( jiran sebelah ) auumm...memang sedap, dan dgn peragai buruk saya,saya terus capai donut tersebut dgn tak gosok gigi nya lagi. Huhuhu


Seawal 10.30pagi,keadaan rumah dah mula sibuk,jiran tetangga serta kaum keluarga sudah mula sampai untuk buat persediaan makan tengahri  dan juga minum petang selepas nikah. Keadaan boleh di kawal lagi sebab saya nikah lepas asar,jadi tidaklah terlalu kelam kabut sangat. Jadi sebelum waktu 3 petang sebelum MUA dtg mekap,saya sempat lagi terlelap lepas makan tghari tu,mana tak ngantuknya,malam semalam berinai sampai pukul 12 lebih, tidurnya pula dekat jam 3pagi, yang tak tahan,tidur duduk dgn keadaan kaki tgn berinai,nak cantik punya pasal,so kena tidur n duduk diam jer kat kerusi sampai pagi.


Sekitar jam 3 petang – 4.30 petang time untuk bersiap,waahh...sebelum saya siap,dayang dayang saya bukan main vogue lagi. Siap berMEKAP berTOUCH UP gitu,ala ala artis nak ker karpet merah =D
(jgn marah haa...!aku jelos bile korg siap dulu) MUA n OP pun sampai,tak pasti sampai yang sampai dulu,tapi rasanya OP sampai dulu sebab perasan dia letak segala barang2nya.


Masa saya sedang bermekap,dayang dayang saya sudah pun siap,jadi macam2 gambar yg mereka ambik,tugas mereka dah pun saya beri jadi harapan saya masa tu adalah berharap mereka menguruskan segalanya dengan baik masa majlis akad nikah , majlis malam berinai,majlis respesi serta majlis bertandang nanti.


Jam menunjukkan pukul 4.30 ptg,dapat panggilan dari mr husband,rombongan semua dah sampai n mereka akan berjemaah dahulu. Jadi saya dan keluarga di rumah get ready untuk pergi ker  masjid, tak terlalu risau sangat sebab masjid dekat sahaja dgn kediaman kami,jadi tidaklah kelam kabut. Sampai sahaja di masjid,jemaah masih belum abih sembayang,jadi saya n dayang dayang hanya tunggu dalam kereta. Bila dapat isyarat dari abang,saya pun mula turun kereta n sarah,ecah siap2 tunggu dalam cari tempat n letak bantal nikah siap siap. Jadi saya n yana masuk,yana minta saya selewat dan pasangkan niat dgn betul untuk semua majlis berjalan lancer,kemudian each sapa kami n bawa kami pergi duduk. Kebetulan,ada dua pasangan  yang akan bernikah pada petang tu,jad kami yg nombor dua. Saya duduk tak jauh dari mr husband,sebelah n belakang saya kaum keluarga telah membanjiri.  Mata,jantung,kaki mula rasa tak selesa duppdapp dupdapp,kebas sana sini,mata secara automatik cepat memandang camera dr OP,family dan kekawan.


Akhirnya tepat pukul 5.40 petang,Saya sah menjadi isteri Muhammad Farhain bin Sumar,Alhamduliliah segala yang dirancang telah pun di laksanakan,baru 50% berjalannya majlis kami tapi yang rasa gembura,majlis terpenting iaitu AKAD NIKAH telah pun selesai. Lepas tu,terus bergegas balik ke rumah sebab nak buat acara batal air sembayang di rumah dan menjamaah kaum family untuk minum petang dan berkenal kenalan.


Sampai saja kat rumah,dah ramai orang,1st yang saya nampak kak long,kak long wish “Selamat Pengantin Baru” kemudian along n angah. Lepas tu dah tak pandang apa,terus masuk bilik untuk acara batal air sembayang dan jamuan makan. Alhamdulilah sekali lagi majlis batal air sembayang dah selesai. Rehat rehat,makan makan n sesi bergambar pula sampai  8malam sahaja sebab malam nya pukul 9malam ialah Malam Berinai,jadi kena rush cepat2.






   


   

   

  


    







   





   


   



   



   


   


   


   


   


   


   


   


   


   

  
   


   


   


    


     

      


      


      


       








   


    









 


 








BERSAMBUNG.................





Note: jumpa lagi di entri Malam Berinai pulaaa...shhhttt.....=)








Rabu, 3 Ogos 2011

Tenang Ketika Majlis





Salam



Macam mana puasa korang semua hari ini?harap harap bertahan sampai ke penghujungnya ya..Alhamdullilah,malam ini masih lagi berkesempatan dan berkelapang untuk menulis blog dengan di temani mr husband di sebelah sambil melayan cerita robocop (huby,sumpah!bunyi tv kita dah macam dekat cinema,menggerunkan bby =D ) Kali ini nakkongsi sikit bagaimana carauntuk kita sentiasa tenang ketikamajlis penting kita berjalan lancar.

Mungkin bukan semua yang kita aturkan untuk majlis raja sehari berjalan dengan lancar,kadang kala kita sudah aturkan tapi ada juga perkara penting yang tertinggal.Hampir kebanyakkan pengantin sering melakukan kesilapan (seperti majlis saya juga,tidak semuanya berjalan lancar). Ada juga perkara yabg tertinggal dalam senarai ketika kita sedang sibuk merancang majlis perkahwinan.

Oleh itu buat senarai atur cara majlis dahulu,senaraikan perjalan majlis dari mula hingga akhir. Anggarkan dalam jam berapa jemputan akan mula sampai (misalnya dari pukul 11pagi dan kemuncaknya pada jam 12tghari) Lantik seseorang untuk memastikan majlis mengikut atur cara yang telah dirancang.

Seminggu sebelum majlis dapatkan kepastian dengan tempah2 yang telah dibuat sperti,pelamin,mak andam atau sebagainya. Ini supaya tidak berlaku sebarang pembatalan tempahan ketika majlis hampir berlangsung tidak lama lagi dan untuk mengelakkan kucar kacir pada saat saat akhir.

Pastikan makanan yang ditempah dengan pihak katering mencukupi ataupun ketua tukang masak untuk gotong royong datang pada waktu di tetapkan.Sebaik baiknya biarlah makanan itu berlebihan kerana pasti tetamu akan membawa keluarga yang lain ataupun teman teman mereka.

Mengenai busan perkahwinan anda,pastikan anda telah mencuba baju yang anda inginkan atau gayakan pada hari bersejarah itu,pastikan ia nya mengikut ukuran badan. Cuba busana persandingan anda,seminggu sebelum majlis berlanggsung,jika mengalami masalah terlalu ketat atau longgar,anda masih boleh mengubah suainya semula.Jika perkara ini telah dilakukan,anda pasti tersenyum riang dan tenang ketika majlis berlangsung.

Berbincang dengan pihak lelaki waktu yang sebenar rombongan mempelai sampai ke rumah pengatin perempuan,agar tidakbiar pengantin perempuan tertunggu tunggu mempelai.

Akhir sekali,pastikan anda semak semula senarai perancangan anda sebelum majlis berlangsung. sentiasa berpesan atau meningatkan segala keperluan,hinggakan kepada perkara remeh seperti membeli daun pandan. Jika duduk di kampung mungkin senang untuk dapatkan daun pandan tapi jika di bandar,semuanya harus di beli. Berdoa dan bertawakallah pada yang Maha Berkuas,mohos supaya majils berjalan dengan lancar.

Selasa, 2 Ogos 2011

Mas Kahwin



Salam


Terlebih dahulu saya nak minta maaf sebab post kali ini agar panjang lebar untuk saya kongsikan pada mantan mantan pengantin yang masih keliru mengenai/maksud mengenai Mas kahwin. InsyaAllah saya akan cuba terangkan apa itu Mas kahwin.

Mas Kahwin atau mahar adalah sesuatu yang diberikan oleh suami kepada isteri yang bakal dinikahinya.Maskahwin merupakan tanda kejujuran seorang suami dalam menikahi isterinya. Allah berfirman: Berikanlah maskawin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan (al-nisa'4:04) dalam ayat ini Allah memerintahkan kepada para suami untuk memberi mas kahwin kepada wanita yang dinikahinya. Ini merupakan dalil bahawa memberikan maskahwin wajib ke atas suami. dalam ayat ini juga Allah menyebut pemberian itu sebagai sesuatu yang dilakukan dengan kerelaan suami.


-> Rasulullah bersabda: Sesungguhnya di antara kebaikan seorang wanita ialah mudah lamarannya,mudah mas kahwinnya dan mudah rahimnya (Musnad ahmad,no 24478 dengan sanad hasan)

Oleh itu didalam hadis2 kita sahih kita dapati pada zaman Rasulullah,para sahabat yang tidak memiliki harta ada yang memberi mas kawin dengan bacaan ayat al-quran,memeluk islam dan baju besi yang digunakan ketika perang. Sebaliknya bagi suami yang mampu dan mudah baginya,tidak da nilai maksimum pemberian mas kahwin kepad isterinya. Hanya amatlah penting untuk menjaga hati agar tidak timbul perasaan ujub atau ingin meraih sebutan orang ramai.

Mas kahwin seluruhnya adalah untuk isteri. Wali atau sesiapa lain tidak boleh meminta mas kawin tersebut,sama ada sedikit atau banyak. Atas dasar ini juga,isteribole - atas kerelaannya sendiri - memberikan sebahagian dari mas kahwin tersebut kepada suaminya.


-> Allah berfirman: Kemudian jika mereka (isteri) menyrahkan kepada kamu sebahgian dari maskawin itu dengan senang hati,maka makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai suatu) nikmat yang baik (al-nisa 4:04)

Dianjurkan menentukan nilai mas kawin dan menyerahkannaya sebelum melaksanakan akad nikah, ini adalah cara yang terbaik sekalipun pada asalnya mas kawin tersebut bolej tidak dinyatakan nilainya atau/dan ditangguhkan penyerhahannya ketika akad nikah.

-> Allah berfirman: Tidak ada kewajiban membayar (maskawin) atas kamu,jika kamu menceraikan isterimu sebelum bercampurmereka dan sebelum kamu menentukan (nilai) mas kahwinnya. (al-baqarah 2:236)

Mas kahwin menjadi hak isteri 100% setelah berlakunya persetubuhan di antara suami dan isteri. Allah berfirman: bagaimana kamu akan mengambilnya kembali (maskawin) padahal sebahagian kamu telah bergaul (bersetubuh) dengan yang lain sebagai suami isteri dan mereka (isterimu) telah mengambil daripada kamu perjanjian yang kuat. (al-nisa'4:21)mas kahwin juga menjadi hak isteri 100% jika suami meninggal dunia sebelum dia sempat bersetubuh dengan isteri nya. Ini berdasarkan kesepakatan para sahabat dan ulama'.

Masa Kahwin menjadi hak isteri 50% jika suami menceraikanisterinya sebelum berlaku persetubuhan di antara mereka berdua.

Tugas Pengapit Pengantin




Salam


Walaupun saya dah bergelar isteri dan majlis saya dah pun berlalu tapi saya tetap dan masih nak berkongsi tips serta ilmu untuk mantan mantan pengantin lepas raya ini dan juga untuk tahun 2012. Memandangkan gambar kawin saya masih belum siap dan untuk di ceritakan,tapi saya tetap hendak menulis mengenai hal perkahwinan.

Sentuh mengenai tugas pengapit bukanlah mudah seperti yang di sangkakan,pada yang pernah menjadi pengapit kepada kawan baik,saudara,mesti anda tau betapa beratnya tugas yang anda pikul.

Perkara utama yang perlu dititikberatkan ketika menjadi pengapit adalah penyediaan baju yang bersesuaian dengan warna tema majlis tersebut.ada juga pengantin menyediakan kain untuk kedua dua pengapit mengikut warna yang bersesuain dengan warna tema anda dan juga warna baju pengantin. Tidaklah nanti pengapit lebih menonjol dari pengantin.

Dari segi solekkan juga amat penting,bersoleklah dengan ringkas dan bersahaja saja,jangan sampai ada pula mak bedah mengata " Overnya mekap pengapit" dan jangalah anda tidak memakai solekkan langsung,kerana pengapitjuga memerlukan keserian.

Menolong pengantin dalam apa sahaja hal.Nama pun dah raja sehari pasti ada orang yang akan melakukan untuk pengantin.tolong sendukkan nasi,ambilkan lauk untuk pengantin. Pengapit haruslah sentiasa memegang tisu atau span solekkan walau ke mana sahaja pengantin pergi,ini kerana solekkanyang mungkin mencair kerana cuaca panas,begitu juga penganti lelaki yang sentiasa berpeluh kerana pakaian yang berlapis.

Sentiasa memastikan pakaian pengantin terletak elok dan kemas,terutama sekali yang melibatkan aksesori dan pakaian pengantin perempuan,contohnya betulkan layah/veil yang senget,ada juga berlaku zip belakang atau cangkuk di belakang baju pengantin tercabut dari kain. Pengantin lelaki juga harus diperhatikan sekiranya kain samping lelaki terungkai,tugas pengapit adalah untuk memperbetulkan.

Sewaktu adat merenjis/menempung tawar,pengapit perlu membersihkan taburan daun pandan yang melekat pada tapak tangan dan baju pengatin.

Pengapit juga bertanggungjawab meredakan perasaan pengantin yang sentiasa berdebar debar. Biasanya majlis perkahwinan adalah satu situasi yang "tegang". cuba tenangkan hatinya dan jangan biarkan pengantin menangis ketika majlis akad nikah.

Begitu juga jika pengantin tetinggal barang di dalam kereta atau bilik,atau ada aksesori yang tidak lengkap,anda seakan akan menjadi "runner' untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengantin.






"kepada pengapit dan dayang dayang saya,terima kasih banyak banyak sebab membantu majlis perkahwinan saya dari awalh hinggalah akhir,saya akan ceritakan pada post istimewa buat mereka...sayang korang weyh...!"
















note: oleh itu,anda haruslah memberitahu tugas pengapit anda dua minggu atau sebulan sebelum majlis perkahwinan anda,agar ianya tidak menjadi kelam kabut.

Ramadhan Pertama bersama My Husband




Salam

Alhamdullilah nak masuk puasa ketiga dalam bulan yang mulia ini,rasa sekejap saja masa berjalan dalam bulan puasa ini. Dan saya pun bersyukur sesangat sebab ini adalah 1st puasa saya bergelar wife kepada mr husband saya. Terima kasih yaAllah.

1st time sahur bersama mr husband dalam kereta,ketika kami dalam perjalanan pulang kuala terengganu - klang. memang mencabar bagi diri saya yang pertama kali bersahur dalam kereta bersama mr husband. Tapi Alhamdullilah,sahur pada hari kedua berjalan seperti biasa bersama mr husband.

Aktiviti saya ketika bulan ramadhan ini tidakl terlalu padat dengan kerja kerja berat,(fuhhh leganyr larh kan!) Jadi pada belah petannya sempat juga menyiapkan juadah juadah berbuka puasa.

Selain itu,singgahan dari bazar ke bazar memang mengasyikan serta rambang mata,tapi kita sebagai umat islam,haruslah beli makanan mengikut selera bukan mengikut nafsu,tidaklah nanti makanan2 tu terbiar di dalam tong sampah rumah.

Berjemaah bersama mr husband sangatlah memberi ketenangan jiwa kami berdua,selalunya hanya berjemaah bersama orang tua kita tapi pada tahun ini mendapat kelainan yang sangat berharga,kebahagian yang Allah beri pada kami.

Salam Ramadhan Al-Mubarak







Salam


Rasanya masih belum terlambat lagi untuk saya ucapkan Selamat Menyambut Kedatangan Bulan Ramadhan untuk semua umat islam,moga bulan ini memberi 1001 nikmat kesucian,kenikmatan,ketenangan jiwa untuk semua umat islam. Kini kembali lagi bulan yang penuh bermakna ini buat semua umat islam untuk sucikan diri,tahan lapar dan dahaga ,mendekatkan diri dengan Allah dan beramal ibadah.

Selain itu juga,saya nak ucapkan 1001 syukur terhadap illahi kerna ini adalah kali pertama saya bersahur serta berbuka bersama sama dengan  mr husband saya. Kalau dulu hanya bersahur bersama keluarga,kadang kadang hanya bersahurkan maggie sahaja tapi untuk ramadhan kali ini,Alhamdullilah saya bangun di awal pagi untuk menyiapkan juadah sahur serta juadah ketika berbuka.

Bukan sahaja dapat bersahur dan berbuka bersama tapi,Alhamdullilah sekali lagi,sembayang berjemaah juga dapat dibuat bersama sama,mr husband menjadi imamnya,manakala saya menjadi makmumnya,Alhamdullilah. Allah maha penyanyang terhadap umatnya,kerna telah memberikan saya seorang suami yang tahu akan tanggungjawabnya dan dapat membimbing saya.

Akhir sekali untuk post kali ini,saya dan mr husband sekali lagi mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak pada semua umat islam,kaum keluarga serta teman teman,Jadikanlah ramadhan kali ini,ramadhan yang penuh makna buat kita semua =)





Budi baik orang ramai menyanjung
Budi ditabur bukan mintak balasan
Kepada sahabat, kekawan dan pengunjung
Salam Ramadhan al-mubarak dan SELAMAT BERPUASA diucapkan

Akhir baris pantun bicara
Mohon ampun dan maaf dipinta
Atas segala salah silap dan kata mengata
Moga ibadah puasa kita akan diberkati oleh-Nya