Rabu, 3 Ogos 2011
Tenang Ketika Majlis
Salam
Macam mana puasa korang semua hari ini?harap harap bertahan sampai ke penghujungnya ya..Alhamdullilah,malam ini masih lagi berkesempatan dan berkelapang untuk menulis blog dengan di temani mr husband di sebelah sambil melayan cerita robocop (huby,sumpah!bunyi tv kita dah macam dekat cinema,menggerunkan bby =D ) Kali ini nakkongsi sikit bagaimana carauntuk kita sentiasa tenang ketikamajlis penting kita berjalan lancar.
Mungkin bukan semua yang kita aturkan untuk majlis raja sehari berjalan dengan lancar,kadang kala kita sudah aturkan tapi ada juga perkara penting yang tertinggal.Hampir kebanyakkan pengantin sering melakukan kesilapan (seperti majlis saya juga,tidak semuanya berjalan lancar). Ada juga perkara yabg tertinggal dalam senarai ketika kita sedang sibuk merancang majlis perkahwinan.
Oleh itu buat senarai atur cara majlis dahulu,senaraikan perjalan majlis dari mula hingga akhir. Anggarkan dalam jam berapa jemputan akan mula sampai (misalnya dari pukul 11pagi dan kemuncaknya pada jam 12tghari) Lantik seseorang untuk memastikan majlis mengikut atur cara yang telah dirancang.
Seminggu sebelum majlis dapatkan kepastian dengan tempah2 yang telah dibuat sperti,pelamin,mak andam atau sebagainya. Ini supaya tidak berlaku sebarang pembatalan tempahan ketika majlis hampir berlangsung tidak lama lagi dan untuk mengelakkan kucar kacir pada saat saat akhir.
Pastikan makanan yang ditempah dengan pihak katering mencukupi ataupun ketua tukang masak untuk gotong royong datang pada waktu di tetapkan.Sebaik baiknya biarlah makanan itu berlebihan kerana pasti tetamu akan membawa keluarga yang lain ataupun teman teman mereka.
Mengenai busan perkahwinan anda,pastikan anda telah mencuba baju yang anda inginkan atau gayakan pada hari bersejarah itu,pastikan ia nya mengikut ukuran badan. Cuba busana persandingan anda,seminggu sebelum majlis berlanggsung,jika mengalami masalah terlalu ketat atau longgar,anda masih boleh mengubah suainya semula.Jika perkara ini telah dilakukan,anda pasti tersenyum riang dan tenang ketika majlis berlangsung.
Berbincang dengan pihak lelaki waktu yang sebenar rombongan mempelai sampai ke rumah pengatin perempuan,agar tidakbiar pengantin perempuan tertunggu tunggu mempelai.
Akhir sekali,pastikan anda semak semula senarai perancangan anda sebelum majlis berlangsung. sentiasa berpesan atau meningatkan segala keperluan,hinggakan kepada perkara remeh seperti membeli daun pandan. Jika duduk di kampung mungkin senang untuk dapatkan daun pandan tapi jika di bandar,semuanya harus di beli. Berdoa dan bertawakallah pada yang Maha Berkuas,mohos supaya majils berjalan dengan lancar.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan