♥ Our Special Moments ♥

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Selasa, 2 Ogos 2011

Tugas Pengapit Pengantin




Salam


Walaupun saya dah bergelar isteri dan majlis saya dah pun berlalu tapi saya tetap dan masih nak berkongsi tips serta ilmu untuk mantan mantan pengantin lepas raya ini dan juga untuk tahun 2012. Memandangkan gambar kawin saya masih belum siap dan untuk di ceritakan,tapi saya tetap hendak menulis mengenai hal perkahwinan.

Sentuh mengenai tugas pengapit bukanlah mudah seperti yang di sangkakan,pada yang pernah menjadi pengapit kepada kawan baik,saudara,mesti anda tau betapa beratnya tugas yang anda pikul.

Perkara utama yang perlu dititikberatkan ketika menjadi pengapit adalah penyediaan baju yang bersesuaian dengan warna tema majlis tersebut.ada juga pengantin menyediakan kain untuk kedua dua pengapit mengikut warna yang bersesuain dengan warna tema anda dan juga warna baju pengantin. Tidaklah nanti pengapit lebih menonjol dari pengantin.

Dari segi solekkan juga amat penting,bersoleklah dengan ringkas dan bersahaja saja,jangan sampai ada pula mak bedah mengata " Overnya mekap pengapit" dan jangalah anda tidak memakai solekkan langsung,kerana pengapitjuga memerlukan keserian.

Menolong pengantin dalam apa sahaja hal.Nama pun dah raja sehari pasti ada orang yang akan melakukan untuk pengantin.tolong sendukkan nasi,ambilkan lauk untuk pengantin. Pengapit haruslah sentiasa memegang tisu atau span solekkan walau ke mana sahaja pengantin pergi,ini kerana solekkanyang mungkin mencair kerana cuaca panas,begitu juga penganti lelaki yang sentiasa berpeluh kerana pakaian yang berlapis.

Sentiasa memastikan pakaian pengantin terletak elok dan kemas,terutama sekali yang melibatkan aksesori dan pakaian pengantin perempuan,contohnya betulkan layah/veil yang senget,ada juga berlaku zip belakang atau cangkuk di belakang baju pengantin tercabut dari kain. Pengantin lelaki juga harus diperhatikan sekiranya kain samping lelaki terungkai,tugas pengapit adalah untuk memperbetulkan.

Sewaktu adat merenjis/menempung tawar,pengapit perlu membersihkan taburan daun pandan yang melekat pada tapak tangan dan baju pengatin.

Pengapit juga bertanggungjawab meredakan perasaan pengantin yang sentiasa berdebar debar. Biasanya majlis perkahwinan adalah satu situasi yang "tegang". cuba tenangkan hatinya dan jangan biarkan pengantin menangis ketika majlis akad nikah.

Begitu juga jika pengantin tetinggal barang di dalam kereta atau bilik,atau ada aksesori yang tidak lengkap,anda seakan akan menjadi "runner' untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengantin.






"kepada pengapit dan dayang dayang saya,terima kasih banyak banyak sebab membantu majlis perkahwinan saya dari awalh hinggalah akhir,saya akan ceritakan pada post istimewa buat mereka...sayang korang weyh...!"
















note: oleh itu,anda haruslah memberitahu tugas pengapit anda dua minggu atau sebulan sebelum majlis perkahwinan anda,agar ianya tidak menjadi kelam kabut.

1 ulasan:

Unknown berkata...

salam perkenalan ya, jom join segmen ni..

http://lotsoflovebyshakira.blogspot.com/2013/07/segmen-sebulan-berblog-by-shakira.html

http://lotsoflovebyshakira.blogspot.com/2013/07/wang-tunai-rm5000-untuk-blogger.html