♥ Our Special Moments ♥

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Selasa, 9 Ogos 2011

AKAD NIKAH














 


Salam

Perasaan hati girang dan terus girang bila mendapat panggilan dari kak Ana,yang mengatakan gambar kahwin kami dah siap..!yeepii...!tersangatlah gembira,mana tak gembira,dekatsebulan lebih menanti gambar gambar dan akhirnya dapat juga. Memang cantik dan tersangat cantik..!amat menyukainya dan total kesemua gambar 5629 keping. seperti tajuk di atas,hari ini saya nak cerita mengenai perjalan majlis saya yang tertunda sebab tak ada gambar,sekarang dah ade gambar,lebih seronok untuk mengarang.

Pagi  04 Jun 2011 memang sunyi bila saya bakal pengantin yg tersangatlah ngantuk terpaksa bangun seawal 6.30pagi,gara gara kaki tangan saya berinai. Dah rasa cam robot pon ade jugak. Abih 1 umah memerli n mempermainkan saya. Huwaaa.... tapi memang syiok,pagi2 time nak buka inai,dapat delvry mini donut dari kak shima ( jiran sebelah ) auumm...memang sedap, dan dgn peragai buruk saya,saya terus capai donut tersebut dgn tak gosok gigi nya lagi. Huhuhu


Seawal 10.30pagi,keadaan rumah dah mula sibuk,jiran tetangga serta kaum keluarga sudah mula sampai untuk buat persediaan makan tengahri  dan juga minum petang selepas nikah. Keadaan boleh di kawal lagi sebab saya nikah lepas asar,jadi tidaklah terlalu kelam kabut sangat. Jadi sebelum waktu 3 petang sebelum MUA dtg mekap,saya sempat lagi terlelap lepas makan tghari tu,mana tak ngantuknya,malam semalam berinai sampai pukul 12 lebih, tidurnya pula dekat jam 3pagi, yang tak tahan,tidur duduk dgn keadaan kaki tgn berinai,nak cantik punya pasal,so kena tidur n duduk diam jer kat kerusi sampai pagi.


Sekitar jam 3 petang – 4.30 petang time untuk bersiap,waahh...sebelum saya siap,dayang dayang saya bukan main vogue lagi. Siap berMEKAP berTOUCH UP gitu,ala ala artis nak ker karpet merah =D
(jgn marah haa...!aku jelos bile korg siap dulu) MUA n OP pun sampai,tak pasti sampai yang sampai dulu,tapi rasanya OP sampai dulu sebab perasan dia letak segala barang2nya.


Masa saya sedang bermekap,dayang dayang saya sudah pun siap,jadi macam2 gambar yg mereka ambik,tugas mereka dah pun saya beri jadi harapan saya masa tu adalah berharap mereka menguruskan segalanya dengan baik masa majlis akad nikah , majlis malam berinai,majlis respesi serta majlis bertandang nanti.


Jam menunjukkan pukul 4.30 ptg,dapat panggilan dari mr husband,rombongan semua dah sampai n mereka akan berjemaah dahulu. Jadi saya dan keluarga di rumah get ready untuk pergi ker  masjid, tak terlalu risau sangat sebab masjid dekat sahaja dgn kediaman kami,jadi tidaklah kelam kabut. Sampai sahaja di masjid,jemaah masih belum abih sembayang,jadi saya n dayang dayang hanya tunggu dalam kereta. Bila dapat isyarat dari abang,saya pun mula turun kereta n sarah,ecah siap2 tunggu dalam cari tempat n letak bantal nikah siap siap. Jadi saya n yana masuk,yana minta saya selewat dan pasangkan niat dgn betul untuk semua majlis berjalan lancer,kemudian each sapa kami n bawa kami pergi duduk. Kebetulan,ada dua pasangan  yang akan bernikah pada petang tu,jad kami yg nombor dua. Saya duduk tak jauh dari mr husband,sebelah n belakang saya kaum keluarga telah membanjiri.  Mata,jantung,kaki mula rasa tak selesa duppdapp dupdapp,kebas sana sini,mata secara automatik cepat memandang camera dr OP,family dan kekawan.


Akhirnya tepat pukul 5.40 petang,Saya sah menjadi isteri Muhammad Farhain bin Sumar,Alhamduliliah segala yang dirancang telah pun di laksanakan,baru 50% berjalannya majlis kami tapi yang rasa gembura,majlis terpenting iaitu AKAD NIKAH telah pun selesai. Lepas tu,terus bergegas balik ke rumah sebab nak buat acara batal air sembayang di rumah dan menjamaah kaum family untuk minum petang dan berkenal kenalan.


Sampai saja kat rumah,dah ramai orang,1st yang saya nampak kak long,kak long wish “Selamat Pengantin Baru” kemudian along n angah. Lepas tu dah tak pandang apa,terus masuk bilik untuk acara batal air sembayang dan jamuan makan. Alhamdulilah sekali lagi majlis batal air sembayang dah selesai. Rehat rehat,makan makan n sesi bergambar pula sampai  8malam sahaja sebab malam nya pukul 9malam ialah Malam Berinai,jadi kena rush cepat2.






   


   

   

  


    







   





   


   



   



   


   


   


   


   


   


   


   


   


   

  
   


   


   


    


     

      


      


      


       








   


    









 


 








BERSAMBUNG.................





Note: jumpa lagi di entri Malam Berinai pulaaa...shhhttt.....=)








Tiada ulasan: