Selasa, 23 Ogos 2011
Shopping Raya
Salam
Mesti masing masing duduk menghitung hari untuk menyambut 1 syawal nanti,ada yang sibuk nak ke hulur hilir menyiapkan persiapan raya anda sekeluarga. Malam ini rasa nak kongsi perjalanan saya dan mr husband untuk menyambut lebaran,labaran tahun ini memang memberi 1001 makna buat kami berdua. Kalau dulu kemas rumah,buat biskut sorang2 tapi tahun ini semuanya di bantu oleh mr husband.
Cerita pasal shopping ni,okey saya masih belum beli apa apa lagi,cuma ari tu sebelum puasa ada juga beli kain dan buat dua pasang baju kurung dan baju melayu,insyaAllah hujung minggu ini dah boleh ambik,taksabar rasanya nak tengok. Tema tahun ni warna hijau tapi rasanya tak delah hijau menyala gitu,hijau ala2 biru sikit...warna pilihan mr husbanddan untuk tema warna keluarga pula,warna purple. Memang meriahkan warna warnanya,tapi rasanya nak tambah lagi baju kurung dan tshirt untuk mr husband.
Yer memang saya tak beli apa apa lagi dan saya hanya beli keperluan rumah dulu,memanglah selalu pergi keluar ke sana sini tapi cara mr husband lain sikit dalam bab ba shopping,tapi saya hormat dan suka dengan cara pembelanjaan mr husband terhadap saya isterinya.
Dua minggu sebelum raya,memang kerap keluar ke mall,kadang2 ke bazar klang,jusco bukit tinggi & raja,mall di sekitar KL,masjid india dan serata tempat tapi kami hanya jalan jalan saja,cara mr husband, dia memang sukajalan tengok harga barang dahulu dari satu tempat ke tempat,bila sampai masanya,harga yang awal kita tengok tu akan bertukar 3kali ganda murahnya,memang berbaloi kalau kita bersabar ni,jadi insyAllah hujung minggu ini memang kami suami isteri shopping sakanlah sebab dah tak fikir nak kemas rumah lagi,sebabnya saya dah siapkan dari awal dari sapu sampah hinggalah balang kuih.Wahh memang puas rasanya dan tak payah nak susah susah fikir,hanya fikir barang apa yang hendak di beli minggu ni tapi saya dah cakap awal awal dengan mr husband yang malam raya harus keluar pergike bazar klang,nak tau sebab apa? Sebabnya ada lelong pasu bunga! Suka mak noh,memang tu yang di nanti nantikan oleh kaum hawa di klang ni,sampaikan mata mengantuk pun tak dihiraukan nanti.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan