Jumaat, 19 Ogos 2011
Hutang Oh Hutang
Salam
Selamat pagi semua,alhamdullilah syukur terhadap ilahi kerana kita dah menjalani ibadah puasa yang ke 19,hanya tinggal beberapa hari saja lagi kita akan menyambut Aidilfitri. Tapi post kali ini saya tak nak bercerita mengenai lebaran yang bakal menjelama,warna tema raya kami suami isteri,beraya di kg mana tapi sebaliknya hanya hendak bercerita mengenai masalah yang kami suami isteri alaminya.
Awalnya kami sangat mempercayai seorang ini yang dikenali sebagai W,macam mana tak percaya sebab dia ada bau bau bacang dengan keluarga mr husband saya,jadi nak di jadikan cerita kemana saja kami pergi W mesti ikut,sampaikan masa W susah tiada kenderaan untuk mencari kerja,mr husband beri pinjam motor mr husband pada W. Mr husband sanggup beri pinjam segala peralatan untuk membaiki motor pada W sebab W ini minat pada motor n pomen,jadinya mr husband ajar cara cara membuka motor,servis motor dan segala hal mengenai motor,mr husband ajarkan. Sehinggakan selepas kami berkahwin,mr husband ada membuat bisness menjual jam G-shock,maklumlah sekarangkan tengah trend orang2 lelaki gilakan G-shock ini,jadi mr husband minta W tolong jualkan pada kawan kawankg mereka,jadi saya ada beri tahu mr husband kalau jam tu berjalan lancar jual di kg,jangan lupa bagi upah pada W sebab kami tahu W ini tidak bekerja.
Nak dipendekkan cerita,seminggu lepas kami balik dari konvoi kuala woh,kami ada menghubungi W untuk mendapatkan duit jualan itu sebabnya kami nak ambil stock baru untuk customer2 yang lain dan kemudian,mr husband pula ada minta kembali motor yang dipinjamkan pada W sebab mr husband hendak pergi ke Pejabat naik motor,kalau nak diikutkan boleh naik kereta tapi jalan jem di sekitar klang n shah alam tidak mengizinkan mr husband untuk drive,nak bawa motor lagenda atau ego tidak boleh sebab saya nak pakai dan motor ego pula rosak,jadi nak tak nakkena juga minta motor tu.
Hampir 3 minggu kami cuba menghubungi,sms W tapi tidak diangkat,tidak berbalas sms,memanglah rumah W dekat dengan mr husband,tapi tak akanlah kami nak terhegeh2 datang ke rumahnya minta hak kami pula,bila dah masuk sebulan,saya pun cakap dengan mr husband supaya pergi ke rumahnya dan minta saja,kalau tunggu macam ini memang tak akan dapat apa apa pun. Bila saja kami datang rumahnya,orang2 di rumah kata W baru saja keluar,tulah alasan yang kami dapat sampaikan saya menjadi fedap dan naik hantu. Mana taknya kita baik dengan dia tapi dia pula dok pijak kepala kita. Memang saya angin sesangat,ramai budak2 kg kata yg motor rxz tu dah barai,okey baiklah start tu saya bertambah marah,bila kami sms tanya motor tu,dia kata ada di rumah pakcik nya dan motor tu dah di ubah,memang tip top (tu katanya lah). 1malam tu mungkin mr husband dah hilang sedikit kesabaran,jadi mr husband pergi ke rumah pakcik W ni bersama saya. Bila sampai di kawasan kg pakcik nya,W sms mr husband,katanya kenapa buat dia macam ini,busukkan lagi nama dia. Setahu saya,dia sendiri yang busukkan nama dia dan dia sendiri buat hidup dia jadi tak tentu hala. Bila saja sampai di rumah pakciknya,memang kami ada nampak sebijik motor rxz tiptop,baru tukoar body,tapi kami diam dulu dan tanya baik2 tapi pakciknya pula kata sebaliknya jadi kami pun angkat kaki balik terus dan memang fikir tu lah motornya. Angin saya datang terus saya tak puas hati,kenapa dia nak menipu kami pula,sebulan kami tunggu duit dan motor tapi habuk pun tak ada,memang melampau sangta! start dari tu saya dah mula benci pada W! benci dengan sikap dia yang tak betul tu!
Malam tadi bila kami balik ke rumah ayah dan mr husband pula berjumpa dengan kawannya,dia cerita,ptg semalam dia terserempak dengan W dan kwn W di bazar menjerit jerit pada kwn mr husband "Waen tu lah abg kau!mampus dah!Abang kau Abang kau" okey tu yang saya dengar,saya pula sampuk "kurang ajar betul punya budajk!tak sedar diuntung,kira bagus aku tak buat report polis sebab kau menyeleweng duit orang" terus mr husband tenangkan saya,saya geram dengan manusia2yang macam tu,tak reti nak bersyukur dengan apa yang orang lain pernah tolong dia masa susah. tu saya menyampuk lagi "W tak tau lagi bila gila saya datang,angin saya datang dan maki saya datang,memang teruk budak W tu kena maki hina caci dengan aku!" memang masa tu saya fikir yang masa ini bulan puasa sahaja. kang elok elok orang raya ada kawan kawan,dia raya tak adakawan,raya sorang sorang!
Note: Inilah salah satu pengajaran yang kami suami isteri dapat masa bulan ramadan,jangan terlampau percaya sangat pada orang tak kira orang luar mahupun darah daging sendiri. kalau dia nak gaduh sekalipun,pergi mana mana akan nampak muka dia,pusing2 pun muka dia juga,jadi kita tak malu,dia sendiri malu dengan perbuatannya. Jadi lepas jer raya ini kami akan mula minta balik duit dan juga motor kami balik.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan