♥ Our Special Moments ♥

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Selasa, 2 Ogos 2011

Mas Kahwin



Salam


Terlebih dahulu saya nak minta maaf sebab post kali ini agar panjang lebar untuk saya kongsikan pada mantan mantan pengantin yang masih keliru mengenai/maksud mengenai Mas kahwin. InsyaAllah saya akan cuba terangkan apa itu Mas kahwin.

Mas Kahwin atau mahar adalah sesuatu yang diberikan oleh suami kepada isteri yang bakal dinikahinya.Maskahwin merupakan tanda kejujuran seorang suami dalam menikahi isterinya. Allah berfirman: Berikanlah maskawin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan (al-nisa'4:04) dalam ayat ini Allah memerintahkan kepada para suami untuk memberi mas kahwin kepada wanita yang dinikahinya. Ini merupakan dalil bahawa memberikan maskahwin wajib ke atas suami. dalam ayat ini juga Allah menyebut pemberian itu sebagai sesuatu yang dilakukan dengan kerelaan suami.


-> Rasulullah bersabda: Sesungguhnya di antara kebaikan seorang wanita ialah mudah lamarannya,mudah mas kahwinnya dan mudah rahimnya (Musnad ahmad,no 24478 dengan sanad hasan)

Oleh itu didalam hadis2 kita sahih kita dapati pada zaman Rasulullah,para sahabat yang tidak memiliki harta ada yang memberi mas kawin dengan bacaan ayat al-quran,memeluk islam dan baju besi yang digunakan ketika perang. Sebaliknya bagi suami yang mampu dan mudah baginya,tidak da nilai maksimum pemberian mas kahwin kepad isterinya. Hanya amatlah penting untuk menjaga hati agar tidak timbul perasaan ujub atau ingin meraih sebutan orang ramai.

Mas kahwin seluruhnya adalah untuk isteri. Wali atau sesiapa lain tidak boleh meminta mas kawin tersebut,sama ada sedikit atau banyak. Atas dasar ini juga,isteribole - atas kerelaannya sendiri - memberikan sebahagian dari mas kahwin tersebut kepada suaminya.


-> Allah berfirman: Kemudian jika mereka (isteri) menyrahkan kepada kamu sebahgian dari maskawin itu dengan senang hati,maka makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai suatu) nikmat yang baik (al-nisa 4:04)

Dianjurkan menentukan nilai mas kawin dan menyerahkannaya sebelum melaksanakan akad nikah, ini adalah cara yang terbaik sekalipun pada asalnya mas kawin tersebut bolej tidak dinyatakan nilainya atau/dan ditangguhkan penyerhahannya ketika akad nikah.

-> Allah berfirman: Tidak ada kewajiban membayar (maskawin) atas kamu,jika kamu menceraikan isterimu sebelum bercampurmereka dan sebelum kamu menentukan (nilai) mas kahwinnya. (al-baqarah 2:236)

Mas kahwin menjadi hak isteri 100% setelah berlakunya persetubuhan di antara suami dan isteri. Allah berfirman: bagaimana kamu akan mengambilnya kembali (maskawin) padahal sebahagian kamu telah bergaul (bersetubuh) dengan yang lain sebagai suami isteri dan mereka (isterimu) telah mengambil daripada kamu perjanjian yang kuat. (al-nisa'4:21)mas kahwin juga menjadi hak isteri 100% jika suami meninggal dunia sebelum dia sempat bersetubuh dengan isteri nya. Ini berdasarkan kesepakatan para sahabat dan ulama'.

Masa Kahwin menjadi hak isteri 50% jika suami menceraikanisterinya sebelum berlaku persetubuhan di antara mereka berdua.

Tiada ulasan: