♥ Our Special Moments ♥

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Rabu, 17 Ogos 2011

Perbezaan Ketara




Salam

Pertama sekali nak ucapkan selamat bercuti dan selamat bershopping,sebenarnya saya pun nak pergi shopping petang ni dengan mr husband. Topik pagi ini mungkin menggelikan hati pembaca serta saya sendiri adakalanya tergelak sendiri bila berlaku situasi tu. Memandangkan saya sudah berpindah rumah di kawasan kampung jadi banyak perkara yang melucukan sekitar saya berpindah ini.

Situasi 1

Kalau dulu,nak ke bilik air tak perlu berteman tapi kali ini mr husband kena temankan.

B: Huby boleh temankan bby pergi bilik air??
H: Aik dekat rumah lama boleh pergi sendiri,tak akan kat rumah baru takut??
B: Rumah lama dah biasa sebab dari kecil tinggal sana,ini suasana baru di kawasan kampung,macam macam bunyi ada.


Kesimpulannya: saya tak pernah duduk di kawasan perkampungan,kalau di rumah nenek dah biasa tapi di sini masih tak biasa tinggal dengan persekitaran baru.,jadi darisegi percakapan,tingkah laku kena jaga.


Situasi 2

Bukan saja nak ke bilik air berteman tapi nak masak untuk makan malam pun saya minta mr husband temankan juga

B: Huby macam biasalah temankan bby masak.
H: Nak takut kenapa,huby ada dekat ruang tamu tengok tv ni.
B: Alah teman juga,takutlah.


Kesimpulannya: Biasa kalau saya masak,mesti buka tingkap dapur dan kalau buka tingkap tu nampaklah dapur belakang rumah jiran saya,masa tulah berperang di dapur,macam macam bunyi ada tapi kalau dirumah baru,buka tingkap dapur bukan nampak rumah tapi kebun,pokok kelapa sawit,rambutan,semak samun. Fuhh hati perempuan mana yang tak takut,silap hari bulan terbang kuali kat dapur rumah saya kang.

Situasi 3

Dulu kakau balik dari jalan2 dan sampai dirumah,buka pagar terus menonong masuk rumah,tapi kat rumah baru ni berbeza sikit,buka saja pintu kereta terus bediri tegak macam patung tepi kereta,tunggu mr husband buka kunci rumah dan buka suis lampu semua.

Situasi 4

Saya lebih suka balik dari luar letak handbeg fail fail atas katil berbanding mr husband,dia tak suka ada apa2 atas katil tu,cukuplah sekadar bantal dan selimut sahaja,sebab selalu bila dia abih tgk tv,dia akan terus baring di katil.

Tiada ulasan: