♥ Our Special Moments ♥

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Isnin, 22 Ogos 2011

Ragam semasa Persiapan AidilFitri




Salam


Macam mana dengan kedaan anda semua?masih boleh bertahan lagi tak untuk meneruskan puasa?Sabar ye,harap harapnya dapat meneruskan dan jangan ada yang ponteng ponteng :) Allahammdullilah,lagi beberapa hari saja lagi kita akan menyambut salam lebaran"Aidilfitri" macam mana dengan persiapan warga2 b2b?Moga segalanya berjalan dengan lancar.

Sebut pasal perssiapan raya ini,masing2 mesti dah duduk sibuk dekat dapur untuk buat biskut raya,masa masa macam tu lah pelbagai curahan idea korang yang keluar untuk biskut tu karang. hehe..Sementara mak mak kita duduk dapur yang kita anak anak dara ini (pstt,bakal mak dara dah saya ni,belagak nak jadi anak dara lagi konon,muka tak malu betul aku ni) duduk sibuk pula menghias rumah,menempek kad kad raya,ketupat mini,lampu kelip kelip...wahh...memang meriah sangat,duduk sesama dengan adik beradik pasang langsir,tukar kusyen baru,yang lelaki pula sibuk denga hiasan luar rumah,apa lagi pelitalah,sana sini pelita,kalau boleh nak org datang dari jauh lagi dah nampak rumah. Tetiba malam tadi mr husband dapat idea,katanya nak buat lampu kelip kelip dekat jambatan nak masuk ke rumah,nak buat ala ala jambatan pulau pinang (adoii macam2 suami aku ni,yang bukan2 aje dia nak buat) Mana taknya dekat kg ni dah di penuhi lampu kelip kelip,hiasan hiasan dar pemuda pemuda kg perepat. Rasanya bukan kg mr husband jer tapi setiap kg mesti rasa teruja nak hias kg anda sendirikan.

Tu baru cerita mengenai keadaan di dalam rumah dan di kawasan kg,belum lagi masuk dengan kompilasi lagu lagu raya yang dah mula berkumandang di corong corong radio dan video2 klip di tv,rasanya kalau tengah buat kerja mengemas rumah pun ada yang siap2 pasang lagu raya,katanya sambil ngemas sambil dengar lagu raya. Tak lupa juga,gurau gurau senda bersama adik beradik kita sendiri,memang gembiralah.masa tu bukan jer gelak tawa dapat dgr tapi tangisan pun ada juga,mana taknya kalau dah abang dan kakak2nya mula mengusik adik2nya.

Bila mak dah mula buat biskut raya,mula si anak anak duduk menolong,ada yang tolong kacau bahan bahan,tolong main tepung,tolong sepahkan dan tak lupa tolong ngam/masukkan biskut dalam mulut bila dah siap,nak2 mula bila mak buat biskut masa lepas waktu bebuka,memang jawapannya ke mulut anak anaklah, Sampaikan mak menjerit "Raya tak lagi tapi kuih dah habis dulu" yeeaayy...!masa tu memang semua cabut lari ke depan pula,ke luar rumah untuk tolong si ayah mengetuk kayu untuk letak pelita. tapi tolongnya cuma sekejap jer,lepas tu duduk main bunga api pula,bila dah besar besar ni main bunga api memang best,teringat zaman kanak kanak dulu,sampaikan ada yang kena tangan,baju terkoyak,hehehe.

Rasanya entri kali ini saya rasa teruja sangat,yelah semua aktiviti yang saya tulis ini tengah berlaku dikalangan semua umat islam,macam tulah ragam kita semua ketika menjelangnya AidilFitri,tu belum termasuk lagi ragam bershopping pula,okey post akan datang saya akan share mengenai saya dan mr husband pertama kali shopping sebagai suami dan isteri,wahh!excited sesangat..

Tiada ulasan: