♥ Our Special Moments ♥

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Selasa, 31 Mei 2011

Alunan Adat Memeriah Majlis




Salam


Sentuh mengenai adat,mesti pelbagai jenis adat turun menurun yang dapat kita lihat di setiap majlis perkahwinan pengantin,dari kompang,silat, gamelan,kuda kepang,tarian zapin,marhaban,berzanji dan lain lain lagi. Bukanlah untuk menunjuk nunjuk tapi sekadar memeriahkan majlis kedua dua mempelai sahaja.

1. Kompang
Tak perlu risau mengenai kompang lagi sebab mr boo dah uruskan kompang untuk kedua dua belah majlis,dari malam hinggalah siang semua serba sebi dah di uruskan. Memandangkan,orang kompang dari kg mr boo,kawan kawan mr boo juga.






2. Silat
Memang taklah kan nak lupakan silat,acara paling penting bagi setiap majlis,tak sempurna majlis kalau tak ada silat,walau macam mana pun tema dan konsep yg di pilih,silat pasti ada. masa silat ini nantilah pak cik2 kita menyelit untuk silat sekali,macam2 ragam dan jenis silatlah yg dapat kita tengok,ada yg menggelikan hati juga nanti :D Silat pun dah diuruskan juga bagi kedua dua majlis kami nanti







3. Gamelan
Pada awalnya saya memang rancang nak ambil gamelan untuk majlis di rumah saya nanti,memadangkan tiada tempat untuk letak org2 gamelan ini,jadi mr boo tidak bersetuju untuk meneruskan,jadi muncung saya pun panjang ke depan,agak sedih jugalah,niat saya menggunakan gamelan terbantut gara gara tiada ruang.






4. Kuda Kepang
Saya pun tak tau bila mr boo rancang untuk mengambil kuda kepang ini,tau2 saja,malam tadi mr boo ajak saya pergi ke bukit kuching untuk boking kuda kepang.

Mr boo cakap "Tak pelah bby,kalau kita tak dapat buat gamelan dekat umah bby,kita buat kuda kepang kat umah huby,huby dah plan dengan wapik untuk uruskan semua ini" Saya pun jadi terharulah mendengarnya,kebetulan pula saya pun tak pernah tgk kuda kepang secara langsung. Kalau gamelan tu dah selalu saya tgk. betul juga plan mereka ini,sebab laman rumah mr boo luas untuk buat kuda kepang,tambah pula,akan di selitkan bersama ahli ahli silat dan di kawasan kg mr boo memang belum pernah ada org buat kuda kepang ini.

Terima Kasih huby sebab buat semua ini, kami akan berarak bersama kuda kepang,moga anda semua terhibur.






5. LiveBand/PA System
Okey suka, saya dan mr boo membuat sedikit kelainan untuk kedua dua majlis,dari atas mesti anda dah bayangkan bagaimana majlis belah saya dan juga belah mr boo.

Untuk pihak saya,saya menggunakan PA system/DJ dari malam berinai hinggalah petang ahad tu. Manakala untuk belah mr boo,mr boo menggunakan liveband dari pagi ahad hinggalah ke petang. Liveband nie dari kawan ofis mr boo sendiri,so tak payah pening2 kepala nak cari liveband lagi.


Mesti korang pening lagi dan atau masih tak dapat bayangkan lagi perbezaan atau kelainan pada kedua dua majlis nanti? check dekat bawah;



Majlis Perempuan ( 4jun 2011 - 5jun 2011 )
- PA system/Dj
dari malam berinai hingga petang ahad
- Alunan kompang serta silat

Majlis Lelaki ( 12jun 2011 )
- LiveBand
dari pagi ahad hingga petang
- Alunan Kompang
- Perarakkan bersama kuda kepang
- Saringan silat




Dah dapat bayangkan majlis menyambut menantu untuk belah lelaki? Apa apa pun ianya sekadar menggembirakan tetamu,sanak saudara yang datang nanti.




Semoga saya menulis lagi untuk post yg akan datang,iAllah kalau anda membaca post akan datang,saya sudah mula sibuk dengan persiapan terakhir saya.. Selamat membaca :D

Tiada ulasan: